Suasana malap di ballroom Hotel Nikko membuatkan suasana sambutan majlis hari lahir Daniel Arman seperti suasana makan malam tahunan syarikat. Kali pertama Nina menghadiri majlis hari jadi yang boleh dikatakan agak grand. Kalau menjadi orang berkedudukan begitulah, majlis hari lahir pun diadakan secara besar-besaran. Desis Nina dalam hati. Dia sendiri jarang meraikan hari lahir, seingat Nina hanya sekali sahaja majlis hari jadinya diraikan. Itupun ketika dia menyambunt ulang tahun kelahiran yang ke 23. Semasa itu, Kak Ina dan Chek Nor, rakan sebiliknya membelikan kek. Dan hadiah istimewa yang diberi oleh rakan-rakannya itu ialah sebiji keronsang berbentuk bunga. Itupun dibeli hasil perkongsian duit antara kedua-dua sahabat itu.
Lamunan Nina terhenti apabila suara pengerusi majlis untuk program malam itu memecahkan suasana sunyi sebentar tadi. Sebentar kemudian pengerusi majlis itu berceloteh itu dan ini. Isi percakapannya walaupun jelas di telinga Nina namun Nina kurang memberi perhatian. Dia leka memerhatikan para tetamu yang hadir yang terdiri dari beberapa kakitangan syarikat dan juga beberapa orang buyer dan supplier penting yang selalu berurusan dengan syarikat mereka.
Tema pakaian mereka malam itu ialah merah hati. Nina mengenakan kemeja merah hati dipadankan dengan skirt labuh berwarna maroon. Tudung bercorak polka dot dengan awning merah hati dipadankan dengan persalinannya malam tu. Penampilannya hanya biasa-biasa sahaja, sama seperti persalinan yang dikenakan semasa di tempat kerja.
Nina alihkan pandangan dari satu meja ke meja yang lain, semua tetamu yang hadir mengenakan pakaian tercantik yang mereka miliki. Pelbagai gaya dan pelbagai ragam. Semua meja sudah dipenuhi dengan orang. Nampak seragam dalam samar-samar lampu apabila warna merah hati terbias. Majlis itu nampak sedikit ekslusif dengan padanan warna itu.
Nina masih duduk bersama Zachary di meja berlabel nombor satu. Pada awalnya dia menolak untuk turut duduk di meja itu kerana meja nombor satu itu dikhususkan hanya untuk individu penting sahaja, namun Zachary tetap berkeras, alasannya dia PA kepada Daniel Arman. Dalam terpaksa, Nina menurut. Zachary duduk berhadapan dengan Nina, dia turut kelihatan tampan dengan kot berwarna hitam dipadankan dengan bow berwarna merah hati yang bersesuaian dengan warna tema mereka malam itu.
Sedang leka Nina memerhatikan gelagat tetamu yang hadir, matanya menangkap kelibat Daniel Arman yang berjalan beriringan dengan Azzura dari arah pintu utama. Sebentar kemudian, kedengaran pengerusi majlis mengumumkan kedatangan mereka. Seisi ballroom gemuruh dengan bunyi tepukan sejurus Daniel Arman dan Azzura berjalan menghampiri meja nombor satu.
Daniel Arman turut mengenakan sut serba hitam dengan bow berwarna merah hati manakala Azzura mengenakan gaun labuh berwarna merah hati separas betis. Warna merah hati itu menyerlahkan kulit putih gebu Azzura. Daniel Arman turut kelihatan segak. Rambutnya berkilat dan disisir rapi. Lebih kacak dari penampilan biasa. Biasanya Daniel Arman lebih suka biarkan rambutnya terjuntai di dahi tetapi malam itu, dia kelihatan lebihhandsome kerana rambutnya nampak lebih kemas dari biasa. Nina tidak dapat melarikan anak mata saat dia terpandangkan Daniel Arman tadi.
Untuk seketika kemudian Nina tersedar, Daniel Arman dan Azzura sama-sama cantik, dan sama-sama padan dan yang lebih penting, mereka sama-sama taraf. Betapa jauh jarak mereka. Umpama langit dengan bumi. Dalam hatinya ada rasa cemburu yang bertamu. Masakan dia boleh bergandingan dengan Daniel Arman. Desis Nina sendiri di dalam hati.
Majlis itu meriah dengan celoteh pengerusi majlis. Kadangkala terdengar ketawa besar dari para tetamu bila mana ada kata-kata lawak yang terbit dari bibir pengerusi majlis. Kemudian majlis disambung dengan ucapan Daniel Arman, kemudian diserikan dengan lagu dan nyanyian penyanyi yang disediakan pihak hotel.
YOU ARE READING
BIS[BUKAN ISTERI SEMPURNA]
RomanceNina seorang gadis kampung yang menolong maknya berkerja di rumah dato zainuddin Sutu hari nina diperkosa oleh danish arman,daniel arman ialah penyelamat nina mereka berkhawin tanpa perasaan cinta tapi apabila daniel arman melihat penampilan baru n...