bab2&3

5.4K 102 4
                                    

Skrin komputer riba yang terpasang sedari tadi dipandang dengan pandangan kosong. Nina lebih banyak termenung dari menyiapkan minit mesyuarat hasil perbincangan mesyuarat siang tadi. Dia teringat pada Daniel Arman. Lelaki itu sangat tenang semasa berucap dalam mensyuarat siang tadi. Seolah-olah mereka saling tidak kenal antara satu sama lain.

Nina menarik nafas dalam-dalam,cuba mencari kekuatan untuk meneruskan kerja-kerjanya yang tertangguh. Ingatan masa silamnya cubadilempar jauh-jauh, biar berlalu pergi dari hidupnya sekarang. Dia sudah mahu melupakan kenangan silam. Segala yang dia usahakan selama ini adalah untuk masa depannya. Masa depan yang dia harus corakkan sendiri.

Nina memandang skrin komputer, dia mula menaip patah-patah perkataan dari nota ringkasnya. Setiap nota ringkas yang tercatat pada buku notanya dikarang-karang sehingga menjadi barisan ayat-ayat yang mudah difahami. Esok, minit itu akan dihantar kepada Encik Zachary untuk disemak sebelum diterima untuk difailkan.

Hampir dua jam berlalu, Nina berjaya menyiapkan tugasannya. Jam di dinding bilik dikerling dengan hujung mata, sudah hampir jam dua belas malam tapi matanya belum mengantuk lagi, masih segar apabila teringatkan perjumpaannya dengan Daniel Arman siang tadi.

Nina merebahkan tubuhnya ke katil, dia merenung syiling sambil termenung jauh. Terasa kenangan masa lalu menghimpit kembali. Dia tidak dapat membuang jauh kenangan-kenangan lampau. Satu-persatu kenangan itu diraih kembali

Bab 3

Salamah menangis teresak-esak sambil ditenangkan oleh Maksu Zana sementara Nina memencilkan diri di satu sudut biliknya. Air matanya turut mengalir seiring tangisan ibunya. Terlalu pedih hakikat yang dilalui kala itu. Terasa dadanya sesak dan pedih memikirkan nasib dirinya. Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga.

            “Akak janganlah macam ni, akak sedih-sedih macam ni akan burukkan kesihatan akak.”Zana menenangkan satu-satunya kakak yang dia miliki.

            “Macam mana aku tak sedih, Nina tu buat aku macam ni. Kalau jadi kat kau pun, kau akan sedih macam aku jugak.”Salamah masih mengalirkan air mata. Hatinya pedih memikirkan Nina.

            “Kalau akak berterusan macam ni, nanti akak jatuh sakit semula, baru minggu lepas akak keluar wad.” Zana terus memujuk.

            “Kalau aku mati lagi baik, tak payah nak fikir-fikir lagi masalah Nina. Dia pun suka kalau aku mati agaknya!”

            “Astagfirullahalazim, apa akak cakap ni, mengucap kak, jangan cakap macam tu, Allah tak suka.”Mata Zana sudah mula berair mendengar kata-kata Salamah.

            “Kalau aku hidup lama pun mana aku nak letak muka. Si Nina tu dah malukan kan aku. Nanti apa kata orang bila semua dah terbongkar. Aku malu dengan orang taman ni. Orang akan kata aku tak pandai didik anak. Nina tu bertudung, aurat tak pernah bukak tapi mengandung anak luar nikah. Mana aku nak letak muka aku. Tak cukup ke ilmu agama yang aku bagi dia sampai dia tergamak buat aku macam ni. Aku sedih, lebih baik aku mati daripada ada anak macam tu.” Salamah menghamburkan marahnya.

            Nina hanya mampu mengalirkan air mata. Terasa setiap butir kata-kata ibunya menghiris hati. Terasa pedih hingga ke tangkai hati.

            “Akak janganlah macam ni, akak tanya la Nina dulu, tentu semuanya berlaku bersebab. Zana kenal Nina, dia tak kan buat benda yang akan memalukan akak.” Zana turut mengalirkan air mata.

            “Dah berbuih mulut aku tanya, jantan mana yang buntingkan dia tapi dia tak pernah nak bagitahu. Kalau bukan dia pun sama-sama suka, tak kan dia nak rahsiakan perkara ni, aku kecewa sangat Zana.” Luah Salamah dengan hati yang lirih.

BIS[BUKAN ISTERI SEMPURNA]Where stories live. Discover now