BAB 10
Fail yang berselerak di atas mejanya telah disusun disatu sudut. Selesai menfailkan kesemua dokumen syarikat tadi, Nina kembali ke dalam bilik Daniel Arman. Dia akan menyusun semula fail yang telah diambil mengikut kategori bagi memudahkan Daniel Arman untuk acsesssemula bila masa dia perlukan.
Menurut makluman yang diperoleh dari Sofea tadi, Daniel Arman sudahpun keluar untuk minum pagi semasa Nina sendiri keluar minum. Nina rasakan itulah masa yang sesuai untuk dia masuk ke dalam bilik Daniel Arman memandangkan lelaki itu tiada kerana dia tidak mahu bertembung dengan Daniel Arman.
Sejurus menyusun fail-fail tebal ditangannya, Nina bawa ke bilik Daniel Arman. Tiba di bilik itu, Nina terperanjat kerana ada sesusuk tubuh yang sedang bersantai di atas kerusi secara membelakanginya. Dari belakang dia pasti, Daniel Arman tidak jadi keluar minum pagi itu.
Nina meneruskan kerja-kerjanya tanpa bertangguh, terlanjur Daniel Arman berada disitu, Nina akan meminta lelaki itu menandatangan beberapa keping cek yang di pesan oleh bahagian akaun kepadanya.
Selesai mengemas fail, Nina kembali ke luar. Dia tahu Daniel Arman memerhatikan dirinya selepas menyedari dia masuk untuk menyusun fail tadi tapi Nina tidak mahu menentang mata Daniel Arman.
Nina membawa beberapa keping cek ke meja Daniel Arman, dia lebih suka memandang cek ditangan berbanding berbalas pandang dengan Daniel Arman.
“Encik Arman, ini cek dari bahagian akaun, Cik Latifah minta Encik Arman tolong tandatangan.” Nina bersuara dengan matanya tertancap pada kepingan-kepingan cek.
Nina letak cek di atas meja apabila dirasakan Daniel Arman masih merenung tepat wajahnya.
“Kalau dan siap sign nanti Encik Arman intercom je saya, nanti saya datang ambil.” Nina berkira-kira untuk berpusing dan kembali ke mejanya.
Belumpun sempat Nina berbuat demikian, pergelangan tangannya ditangkap kasar oleh satu tangan sasa. Apabila terlihat cincin dan gelang berwarna silver tersarung kemas ditangan itu, Nina angkat muka.
“Well, my sister in law rupanya. Sejak bila pula kerja satu office dengan suami ni?”
Nina terperanjat, tiba-tiba darahnya berderau melihat wajah Danish Arham. Memang sekilas pandang Danish Arham dan Daniel Arman tiada perbezaan. Mereka sangat serupa cuma yang membezakan antara keduanya ialah perwatakan mereka.
Nina rentap tangannya dari pegangan Danish Arham.
“Wow!, dah pandai melawan, adaprogress.”Kata Danish Arham sinis.
Nina hanya terpaku berdiri.
Danish Arham bangun dari duduk, dia berjalan mendekati Nina dihadapan meja.
“Sekarang dah makin cantik berbanding dulu.”Sambung Danish Arham sambil melirik mata ke seluruh tubuh Nina.
Nina masih terpaku berdiri. Perasaannya berbaur. Gementar,takut dan terkejut.
“tak sangka, you jadi adik ipar I.” Kata Danish Arham sinis.
Nina cuba mengumpul kekuatan untuk lari dari Danish Arham. Pantas dia melangkah untuk keluar dari bilik, namun belum sempat kakinya melangkah Danish Arham sudah pun menangkap kembali tangannya. Nina cuba menarik tetapi cengkaman Danish Arham kuat dan kejap.
YOU ARE READING
BIS[BUKAN ISTERI SEMPURNA]
RomanceNina seorang gadis kampung yang menolong maknya berkerja di rumah dato zainuddin Sutu hari nina diperkosa oleh danish arman,daniel arman ialah penyelamat nina mereka berkhawin tanpa perasaan cinta tapi apabila daniel arman melihat penampilan baru n...