Two

31.4K 1K 6
                                        

Sendirian itu ternyata lebih perit daripada meluahkan pada seseorang. Tidak cukupkah derita yang ditanggungnya ini ditambah pula beban kahwin, sejujurnya dia masih belum bersedia ingin mendirikan rumah tangga banyak lagi impian ingin dia capaikan bukan hendak berkahwin! Namun siapalah dia ingin menidakkan dan membantah keputusan puan dyana. Kalau dia membantah layaknya dia dipanggil cucu tak tahu bersyukur! Tapi jika diterima dia sendiri yang akan menderita. Siapalah yang ingin berkahwin dengannya ini

Anna mengelap airmatanya yang berjuraian jatuh dari tadi. ombak pantai dan burung berkicauan sangat menenangkan anna dari masalahnya, anna duduk dipasir dan dielus elus pasir itu dan termenung memandang lautan luas dihadapannya ini.

Nafas dihela lalu dihembus berkali kali. Sudah banyak kali dia mengalirkan airmata penat sungguh menanggung beban ini sendirian. Tubuhnya terasa lelah dan sekarang anna hanya perlukan ialah tidur! Lalu anna bangun dilap bajunya dan jeansnya yang terkena pasir tadi. Lalu anna menuju ke arah keretanya yang diparkingkan diseberang jalan

Anna mengeluh berat. Inilah dia malas! Kenapa kalau petang sudah tiba jalan raya sangat sesak sehinggakan ingin melintas juga susahkan orang awam! Anna menunggu dengan tenang tangan dipelukkan ditubuh. Kepala ditoleh ke kiri dan kanan..

Dan kanannya ada seorang lelaki. Bertubuh agak sasalah dan tampan tanpa anna sedari dia mencuri curi pandang lelaki itu. Gayanya sungguh berkarisma sehingga membuat dirinya terpukau. ' ya allah anna kau dah kenapa! Ish!.' Bisik anna memarahi dirinya dek angaukan lelaki tampan ini

Tiba tiba pandangannya dengan lelaki itu bertaut membuat anna gelabah dan melarikan diri tanpa melihat sekelilingnya

Bulat mata anna bila sebuah kereta alza hitam menuju arah kakinya seperti terpaku dan hanya berdiri disana. Anna pejamkan matanya menerima apa yang akan jadi pada dirinya. Mungkinlah ini adalah terakhir dia berada dimuka bumi ini!

Namun tangannya ditarik kuat membuat tubuhnya berjalan sendiri dan tubuhnya bertembung dengan tubuh seseorang. Anna dapat rasakan degupan jantung orang ini begitulah jantungnya juga. Adakah dirinya sudah selamat?

Seluruh badannya menggigil ketakutan. Namun sempat anna mendongak sebelum pandangannya kabur dan gelap gelita. Yes aku dah mati?!

Cik! Ya allah!

Dek kerana darurat tubuhnya diangkat oleh seorang lelaki bertubuh agak sasa




~~~~~~~
Terasa pipinya yang tepuk tepuk berkali kali sedaya upaya dia ingin membuka mata. Dan selang beberapa saat barulah dia sedarkan diri

Pejam celik pejam celik matanya. Dan akhirnya matanya terbuka luas dan memandang sekeliling. Eh sejak bila aku dekat klinik ni?

Cik!

Terdengar saja suara sangat dekat denganya anna mendongak kesebelahnya. Terbuntang mata anna melihat lelaki berada disebelahnya ini. Bukankah dia nie...

Lelaki itu kelihatan risau. Anna ingin bangun namun tubuhnya agak lemah dan tiba tiba belakangnya disentuh untuk membantu dia bangun. Wajah mereka sangat dekat membuat anna memandang lelaki itu dengan jarak sangat dekat. Sekali lagi pandangan mereka bertaut, kedua duanya terkedu namun lelaki itu cepat cepat membantu dan berdiri tegak disebelah anna

Awak siapa?

Lelaki itu tersenyum kecil

"Let me intro myself. Saya akram iskandar yang lelaki yang awak dok pandang dekat jalan raya tadi dan hero selamatkan awak dari dilanggar kereta ditempat yang sama juga." Ternganga mulut anna ditelan airliurnya berkali kali. Jujur sangat lelaki nie! Tiba tiba seluruh wajahnya membahang dek kantoi!

Isteri 13Hari✔Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang