Twenty Two

19.2K 605 3
                                    

Tak! Jangan!!

Terjaga akram bila mendengar jeritan. Lantas akram membuka lampu terkejut akram bila anna mengigau sehingga mengalirkan airmata

"Sayang!" Ubun ubun anna diusap bersama peluh anna di sekitar wajah akram usap juga

Terbuka luas mata anna dadanya berdegup kencang! Anna terus terduduk dan terkelu seperti akram tidak wujud disebelahnya. Akram pula hairan bila anna seolah olah dipukau dan seperti tak sedar wujudnya akram disisinya

Anna termenung memandang dinding memikirkan mimpinya tadi! Ya allah sesungguhnya dia tak sanggup lagi untuk kehilangan orang yang dia sayang. Walaupun hanya sekadar mimpi tapi mimpi itu seakan benar berlaku. Anna mula mengalirkan airmatanya

Bahu anna disentuh dan itu mampu membuat anna tersedar dari lamunan. Bila dia sudah sedar akan kehadiran suaminya. Lantas anna memeluk akram erat sehingga membuat akram terkedu walaupun hairan akram membalas juga pelukkan itu

"Akram.. Saya takut.." Rintih anna dalam dakapan suaminya

Akram mengusap gusap kepala Anna. Dia tak tahu apa yang ditakutkan oleh isterinya tapi dia hanya mampu memberi semangat

"Shh.. Selagi saya ada awak tak perlu takutkan apa apa. Sebab saya akan selalu bersama awak tak kira apa jadi sekali pun saya tetap akan bersama awak." Pujuk akram membuat anna mengeratkan lagi pelukkannya dipinggang suaminya

Beberapa minit kemudian pelukkan dileraikan. Mata anna masih Berkaca kaca. Lantas jari jemari akram menyekat airmata membasahi pipi isterinya. Rambut yang bersurai itu diikat kemas

Akram tenung Anna dalam dalam

"Kalau awak tak keberatan.. You can share your dream with me? It's a bad dream?" Soal akram risau

Anna pula terdiam seribu bahasa bila akram menyoalkannya begitu. Kedua belah pipi anna disentuh dan diusap dengan penuh kasih sayang. Akram ingin anna tahu susah senang dia akan bersama wanita ini

Akram mengeluh bila anna hanya mendiamkan diri dan asyik menangis. Dan entah kenapa dia rasa tak sanggup Melihat airmata anna keluar mengalir seperti hujan lebat ini kerna hatinya seperti dihiris perlahan bila melihat anna begini

"Look Anna! Saya tak sanggup tengok awak macam ni tau. Kenapa? Apa sebabnya awak menangis? Tak bolehkah awak kongsi kesedihan awak pada saya?. Apa makna saya sebagai suami awak kalau awak sendiri berahsia dengan saya? Awak sendiri cakap kan masa lepas nikah kita tu. Kita boleh berkongsi suka duka kita. Tapi awak?" Ujar akram lebar dan penuh emosi

Perlahan lahan akram melepaskan kedua belah tangannya diwajah anna. Walaupun sudah berlawan dengan tekaknya sendiri tapi anna tetap berdiam

Akram ingin mengusap kepala isterinya tapi hatinya juga rasa terkilan bila anna tak berkongsi cerita dengannya. Lalu akram mematikan lampu di bahagiannya dan membaringkan dirinya dek kerana rasa terkilan akram membelakangi isterinya selimut pula dinaikkan hingga paras bahu

Anna pula mula diserang rasa bersalah. Dia cuma trauma dengan mimpinya tadi bukan hendak mengabaikan suaminya

Perlahan lahan anna meletakkan dagunya dibahu akram dan tangannya memeluk lengan sasa milik suaminya.

Terperanjat sekejap akram dibuatnya tapi dia tetap tidak bergerak

"You're right akram. Saya ni menyusahkan je kan?. Sejak saya jadi isteri ni banyak benda menimpa awak. Saya tak layak jadi isteri awak. Saya ni tahu kepentingan diri sendiri saja. Saya tak sedar suami saya ada untuk saya. " Kata anna sedih

Tiba tiba mata akram terasa panas. Luahan anna membuatkan dia pula rasa bersalah. Bukan niatnya ingin membuat anna sedih tapi dia harus luahkan juga apa yang patut diluahkan. Tapi apa yang dia cakap tadi tiada kena mengena dan isu menyusahkan maupun membebankan malah annalah sumber semangatnya!

Bila akram bergerak anna mula bangun dari posisinya. Tapi terbantut bila akram lantas memeluknya dalam keadaan gelap dan baring

"You're Wrong Anna marisha. Awak tak pernah sekalipun menyusahkan saya jauh sekali membebankan. Malah kehadiran awak membuat saya bangkit semula untuk ingin merasa kebahagian. Saya cuma nak awak kongsi suka duka awak dekat saya. Sekurang kurangnya kita berdua rasakan walaupun pahit."

Anna bertambah nangis seperti hujan lebat. Hanya tuhan saja tahu betapa terharunya dia bila akram berkata begitu. Rasa kehangatan dan ketenangan dalam Dirinya bila disamping suaminya ketenangan yang dia tak pernah rasa sebelum ini

Lalu akram melepaskan pelukkan tersebut. Anna dibaringkan dilengannya

"Saya minta maaf akram."

Akram mengelengkan kepalanya lalu dahi anna dikucup mesra

Awak adalah anugerah paling terindah yang pernah hadir dalam hidup saya akram

Pandangannya bertaut dengan akram

"Thankyou sayang."  Ucap akram romantik

Dahinya naik berkerut

"Thankyou for what?." Soal anna tidak faham kenapa akram berterima kasih walah lelaki ini bisa saja mengucap kata cinta bukan dengan berterima kasih!

Akram mendekatkan sedikit wajahnya dengan wajah isterinya

Besar sungguh debaran dihati anna bila akram semakin mendekat

"For everthing."

"Apa pula macam tu. Kita jadi suami isteri baru 9hari awak dah cakap macam ni. Saya tak rasa saya dah berikan segalanya dekat awak. So don't say Thankyou yet."

Akram tersenyum. Dalam 9hari macam macam berlaku dengannya dan mengubah hidupnya juga. Sekarang dia sedar bahawa abangnya ikhwan tidak bersalah dalam hal tersebut. Benar cinta mampu mengubah seseorang

Rambut anna menjadi sasaran jari jemarinya. Manakala anna pula hanya menikmati kehangatan setiap sentuhan.

"Sekarang juga saya tuntut hak saya sebagai suami awak. Lepas tu barulah saya akan berterima kasih." Kata akram dengan wajah serius

Terpinga pinga anna dibuatnya. Airliurnya ditelan berkali kali. Kalau inilah cara untuk akram melupakan topik mimpinya dia harus bersedia sebagai isteri sebenar akram Iskandar

Perlahan lahan akram mendekatkan wajahnya dan melihat anna memejamkan mata. Akram tersenyum nipis

Akhirnya bibir mereka bersatu




~~~~~~~
"Aku nak jumpa kau. Esok. aku ada kerja penting untuk kau." Lalu panggilan dimatikan

Fath menyentuh bibirnya yang ada parut luka itu. Lalu senyuman sinis terukir di bibirnya

Nazeera mula hairan bila mendengar percakapan fath dalam telefon tadi. Jangan fath berbuat macam macam lagi

Fath baring memandang kipas diatas siling itu dipandang lama lalu tersenyum sendiri. Nazeera di sebalik pintu bilik fath mula dipaut hairan

Wajah kejam ini muncul semula sejak 2 tahun lepas. Adakah firasatnya ini benar?.jika benar siapa lagi sasaran seterusnya

"Anna! Anna!" Seru fath seperti orang kurang siuman

Nazeera pula hanya mampu pendam perasaanya rasa kecewanya kerna tiada siapa akan datang memujuk kecuali dirinya sendiri. Dulang berisi air dan ubat milik fath dipandang lama. Nazeera tak rasa fath ingin diganggu

"Fath tak kira betapa teruknya layanan you dekat i. I akan tetap bersama you dan i akan selalu mencintai you."

Nazeera berlalu dari situ dengan penuh rasa sedih dan kecewa




Hmm:(

Isteri 13Hari✔Where stories live. Discover now