Insyallah. Mama pun sama. Assalamualaikum. Sayang mama!" Dengan itu panggilan dimatikan
Anna tersenyum lebar setelah mendengar suara yang dirinduinya! Bagasi sederhana itu ditutup rapi semua pakaiannya sudah lengkap!
Lantas anna mendongak arah pintu setelah pintu dikuak dari luar. Terpacaklah wajah suami tercintanya! "
Lalu akram duduk bertentangan dengan isterinya diatas katil. Anna pula tiba tiba sahaja membahang bila ditenung lama oleh akram
"Tak jemu ke asyik tenung muka saya je?" Tanya anna malu malu kucing
Akram pula tertawa kecil bila melihat wajah kegemarannya. Kepala anna diusap sekilas
"Langsung tak. Sebab saya suka tenung muka awak." Balas Akram membuat anna terkedu
Anna berdehem membetulkan tekaknya. Jantungnya hampir mau gila didalam! Ya allah bahagiaaanya!. Anna mendongak memandang akram
Pandangan mereka bertaut. Anna mula lemas dengan renungan mata si suami. Manakala akram pula ingin mengungkapkan sesuatu tapi entah kenapa bibirnya seolah olah digam!
Anna pantas mengalihkan pandangannya kebawah tangannya pula diramas sendiri. Mau terkeluar jantungnya bila bertentangan mata dengan suaminya
"Ish! Tak payahlah tenung saya macam tu." Marah anna tapi bukan betul betul. marah marah manja saja
Bagasi yang menjadi halangan mereka itu dialihkan oleh akram kesebelah. Lalu akram mendekatkan jarak mereka berdua. Terkebil kebil mata anna bila akram merangkul kedua tangannya
"Suka hati sayalah nak tenung awak. Awak kan wife saya."
Anna pula tersenyum nipis
"Oh jadi awak dah anggap sayalah wife awaklah?" Anna terlepas cakap. Lantas bibirnya getap
Mau saja anna menampar mulutnya sendiri kerna terlalu celupar. Kacau saja suasana romantik mereka!
Berubah terus riak wajah akram dan tak mampu mengeluar sembarang kata. Benar! Dulu memang dia tidak pernah menganggap anna isterinya kerna dia percaya bahawa cinta akan melukakan pada akhirnya nanti jadi dia berfikir untuk tidak mengangap anna isterinya untuk mengelak situasi seperti abangnya dulu dia cuba untuk menyakitkan hati isterinya walaupun akhirnya dia tewas dan tak mampu lagi menyakitkan maupun melukakan hati anna. Namun sekarang suasana itu berubah bila hatinya lebih memilih untuk belajar sesuatu cinta memang tak dapat dielakkan. Dulu niatnya berkahwin hanya untuk menjaga isterinya tapi sekarang dia sedar bahawa dia bukan saja hendak menjaga isterinya malah dia juga sudah terperangkap dalam sesuatu yang benar benar dia ingin elakkan dalam hidupnya!
Terpinga pinga anna melihat akram mendiamkan diri seperti memikirkan sesuatu
Akram!
Sekelip mata akram tersedar
Rangkulan akram dibalas
"Saya... Mint. A maaf."
Akram cepat cepat menggelengkan kepalanya
"Hey!. Tak payahlah minta maaf bagai. Awak tak salahlah. Saya sebenarnya yang patut dipersalahkan."
"Saya yang salah. Saya tak patut cakap macam tu."
Hidung anna dicuit manja
"Ingat tak dulu saya pernah cakap dengan awak. Jangan pernah sesekali jatuh cinta dengan saya?"
Anna menganguk perlahan
"Kalau saya nak tarik balik kata kata saya tu boleh tak?"
Terpaku anna jadinya sehingga dia tak mampu berkata lagi.
ANDA SEDANG MEMBACA
Isteri 13Hari✔
Romance"Kalau inilah buatkan abah awak bahagia. Saya izinkan awak kahwin dengan riya,But...Divorce me first!"-Anna marisha "No! Sampai bila bila pun awak milik saya! Walau dalam mimpi sekalipun you're still mine Anna remember that! So please jangan sebut l...
