Seven

20.4K 1K 6
                                        

Perlahan lahan akram turun dari tangga. Matanya lantas melilau lilau seseorang

Sepi

Lantas akram menuju ke dapur

"Bik!"

Hanya sekali panggilan lantas bibik itu menyahut

"Ya tuan."

Akram berpeluk tubuh

"Bibik ada nampak kawan perempuan saya yang saya bawa masuk tadi?" Tanya akram risau

Lantas kepalanya digelengkan. Akram mengeluh

"Tapi tuan.. terakhir bibik nampak kawan tuan. Tadi dia tengok tengok frame dekat ruang tamu lepas itu bibik tak tahu dia kemana." Jelas bibik itu bersungguh.

Akram mengangguk dan terus berlalu dari dapur. Akram berhenti seketika dimeja perletakkan semua frame frame lamanya

"Ada benda yang tak kena ke? Takkan... dia masih marah kat aku? Ke aku yang terlebih dingin tadi lepas tu dia saja buat muka happy tapi hati dia marah?." Macam macam akram menyoal dirinya atas ketiadaan Anna dikondo miliknya

Dalam akram melilau frame frame miliknya ada satu akram perasan. And yes gambarnya bersama sepupunya tiada disini. Akram menjadi hairan seperti ada kaitan dengan anna? Tapi apa

Tanpa berfikir panjang akram mengeluarkan iphone7plusnya dari poket jeasnnya. Nombor Anna lantas didail

~~~~~~~
Memang benar tekaannya walaupun frame ditangannya kelihatan sudah lama namun wajah belah kiri akram masih segar dalam ingatannya. Berkali kali anna melihat belakang gambar itu yang tertulis happy holiday with mybestfriend and myloply sepupu fath othman

Dalam ramai ramai manusia dalam dunia nie kenapa lelaki kejam ini juga ada! Anna benar benar tidak sangka dengan apa yang dilihatnya. Walaupun gambarnya kelihatan sungguh muda disini tapi nama itu.. ya nama itu yang menyakinkan anna bahawa itu memang dia.

Airmatanya disekat perlahan lahan dikedua belah pipinya. Frame itu diambil tanpa kebenaran orang empuannya sendiri. Anna juga balik tidak memberitahu akram. Bukan niatnya ingin buat lelaki itu risau tapi dia cuma terkejut dengan frame ditangannya ini oleh itu dia mengambil keputusan untuk terus balik. Lagipun kalau dia balik sendiri bukannya lelaki itu kisah mungkin akram lagi suka dia balik sebab dia hanya menyusahkan akram!

Balik saja dari kondo milik akram. Anna berkurung dalam bilik dengan frame itu

Telefonnya berdering dimeja sebelah katilnya. Anna tidak peduli dan tidak memandang panggilan itu jauh sekali ingin menyambut panggilan tersebut

Baru dua kali deringan telefonnya senyap semula tapi anna masih termenung memandang dinding didepannya. Haruskah dia teruskan perkahwinan ini? Anna pernah bersumpah dimasa kejadian itu dia bersumpah dia tidak mau ada kaitan dengan keluarga fath othman tapi akhirnya dia termakan dengann sumpahnya sendiri. Kalau ikutkan hatinya memang dia tak sanggup nak batalkan perkahwinan ini tapi.. susah hendak membuat pilihan. Anna tahu akram langsung tiada kena mengena dengan halnya dengan fath tapi akram tetap bersaudara dengan fath othman lelaki yang selama ini anna sangat benci!

Telefonnya sekali lagi berdering. Kali ini anna mengambil telefonnya nama yang tentera ialah

Aunty Aulia

Anna membetulkan tekaknya terlebih dahulu sebelum menjawab pangillan datin aulia. Lalu anna menekan butang hijau

Belum sempat anna memberi salam orang itu terlebih dahulu menyapa

"Hello! Anna?" Anna melihat semula nama yang tentera dalam talian itu aunty aulia tapi kenapa suara garau semacam

"Hello.." lemah suara anna menyahut

"Awak dekat mana nie? Tau tak saya risau. Kalau ye pun marah tak payahlah balik sendiri kan saya cakap saya akan hantar. Susah sangatkah nak dengar cakap saya? Kalau ada apa apa jadi dekat awak saya nak jawab apa dengan mama awak? Boleh fikir tak!?" Marah akram kedengaran nafas akram turun naik

Anna mengetap bibirnya tadi matanya sudah kering sekarang dibasahi pula dengan airmata. Dia nangis bukan sebab dia takut dengan tengkingan akram tapi terharu dek ada juga yang risaukan dirinya apatah lagi si akram mau terharu berairkan airmata. Boleh tak kalau akram tak payah ambil kisah pasaldia nanti berat hatinya membuat keputusan untuk melepas lelaki ini.

Akram dalam talian terdiam mendengar esakkan anna. Teruk sangatkah dia marah sampai gadis ini nak menanggis? Nie dah dua kali akram rasa dia buat anna menangis.

"Awak menanggis ke?" Tanya akram naif

Anna tersenyum kecil namun ada makna

"Sikit."

Akram mengeluh tanpa sedar. Akram mematikan enjin keretanya semula. Sesampai saja dia dibanglo mewah milik kedua ibubapanya tadi akram tanpa meminta izin dia terus mencerobohi kamar uminya  dan mengambil telefon bimbit milik uminya kalau tidak mau gila dia mendail nombor anna tapi tak dijawab dan akram menelefon anna didalam kereta takut kantoi oleh mamanya tiba tiba pula anak terunanya ambil berat pasal perempuan buang tebiat apa kan?. Dan akram juga sudah tekad kalau panggilan ini juga tidak diangkat akram akan pergi kerumah puan dyana! Tapi dengan sekali dail terus pangilan dijawab pelik! Panggilannya tak dijawab pula sudahlah framenya hilang diambil orang!

Akram tersedar sendiri didalam lamunannya

"Saya cuma risaukan awak bukan niat nak marah ke tengking awak. Janganlah nangis aje awak suka eh buat saya rasa bersalah dengan awak hm?."

Anna memejamkan matanya suara akram seperti rayuan yang sangat asyik sehingga membuatnya takut untuk berdepan dengan kenyataan. Tapi dia harus sedar dunianya dan dunia akram jauh berbeza walaupun pangkat hampir sama tidak semestinya dunia mereka juga sama. Anna harus membuat keputusan yang bijak

"Terima kasih sebab risaukan saya. Saya harap lepas nie awak tak payahlah nak risaukan saya lagi." Kata anna tiba tiba dingin

Kenapa akram rasa seperti ada sesuatu disebalik kata kata itu. Anna pula mulai dingin dengannya

"Kenapa pula saya tak boleh risau?" Bidas akram geram

"Sebab...

Anna tidak mampu untuk melanjutkan kata katanya

"Sebab apa anna? Tak salahkan kalau saya risaukan bakal isteri saya." Perkataan bakal isteri itu membuat anna bertambah sedih

"Cakaplah!" Desak akram

Anna ketap bibirnya supaya esakkan tidak kedengaran kuat didalam talian

"Sebab saya taknak menaruh harapan dengan awak! Puas hati!." Marah anna membuak. frame dipandang lalu panggilan dimatikan dengan serta merta

Belum sempat akram membalas panggilan tersebut dimatikan. Akram mendail nombor anna tapi mentah mentah ditolak. Akram mencampak telefon mamanya dikerusi sebelah keretanya. Lalu akram bersandar pada bucuk kerusi keretanya. Akram berfikir dengan apa yang dikatakan oleh anna. Sebab saya taknak menaruh harapan dengan awak! Puas hati!. Akram yakin pasti masalah ini ada kaitan dengan frame yang diambil itu cuma akram belum ada bukti yang kukuh untuk meneka sekarang. Satu lagi kenapa anna tiba tiba jadi dingin

Tiba tiba iphone7plusnya berbunyi

Jururawat Vvip Khas Tuan Zahid

Lalu akram sepantas kilat menyambut panggilan tersebut

"Hello Nurse."

"Hello doktor akram..."

Akram mendengar teliti setiap butir kata kata jururawat. Sekejap akram menganguk sekejap berkerut

"Kalau bahagian tulang belakangnya sakit lagi. Bagi dia ubat tahan sakit. Kalau masih sakit lagi. Tunggu saya datang nanti biar saya sendiri buat CT Scan mesti ada masalah lagi dengan pembedahan minggu lepas." Kata akram tegas memberi arahan

"Baiklah doktor." Lalu akram mematikan panggilan tersebut

Enjin kereta dihidupkan dan kereta mercedes laju melunjur keluar dari perkarangan banglo mewah datin aulia dan dato ibrahim

VOTE!VOTE!. Wah tak sangka pula bakal suami anna nie seorang doktor pakar bedah

Isteri 13Hari✔Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang