Nineteen

18.8K 634 4
                                    

Sampai saja dibilik anna diletakkan dikatil dengan berhati hati takut kakinya tersentuh. Anna yang tadinya cemburu buta bertukar pula dengan rasa terharu

Akram duduk di sebelahnya lalu tangannya dipegang lembut dan diusap usap. Anna pula masih menundukkan wajahnya masih tidak mau memandang akram

"Awak marah saya?" Tanya akram ingin tahu

Gulp! Aduh macam mana nak jawab eh? Takkan nak terus terang eih malulah dia nanti!

Anna mengeleng kecil walaupun hakikatnya hatinya marah yang amat!

Perlahan lahan akram mendekatkan dirinya dengan anna lalu kedua bahu anna dipegang untuk sesaat sebelum bertukar dengan pelukkan. Terbesar mata anna dibuatnya tiba tiba airmatanya mengalir perlahan. Tangannya ingin saja membalas pelukkan hangat ini tapi dia tak mampu berbuat demikian, Anna meleraikan pelukkan itu

Akram yakin 100% mesti Anna marahkannya cuma dia perlukan bukti sahaja

"Awak rehat dululah. Saya ambilkan breakfeast untuk awak ok. Lepas tu nanti saya urut kaki awak." Kata akram membuat hati annna sedikit demi sedikit terusik

Anna hanya mengangguk lalu bersandar pada katil pandangannya pula dialihkan dari akram. Lalu akram keluar dengan rasa hambar. Apapun dia harus tahu anna tiba tiba saja dingin dengannya. Takkan sebab fath? Akram harap anna dingin dengannya bukan atas sebab orang lain!

Anna menghela nafas berat. Anna memejamkan matanya




~~~~~~~
Dulang berisi bubur ayam dan air suam itu diangkat dan ingin dibawa keatas. Tiba tiba bila dia berpaling fath berada di hadapannya dengan muka tegang. Akram mengangkat sebelah keningnya dengan muka sinis pula

Fath berpeluk tubuh

"Kau nak apa?" Bukan akram tidak ingin pergi dari sini tapi fath benar benar halang laluannya

"Sebenarnya aku taknak apa apa. Cuma aku nak ambil hak aku yang kau rampas!."

Akram kurang faham dengan kata kata fath. Hak apa pula ni dan sejak bila dia mengambil hak fath

"Apa kau merepek ni? Hak apa aku rampas dari kau?. Eih buang masa betullah cakap dengan kau ni." Akram ingin berlalu tapi Lengannya dicengkam kuat sehingga dulang itu terjatuh kebawah lantai. Akram mengetap bibirnya dan memandang fath tajam

Fath tahu walaupun diorang bergaduh tiada siapa akan halang. Sebab datin aulia dan nazeera tiada di rumah sebab itu dia berani cari pasal dengan akram!

Akram menepis kasar tangan fath di Lengannya

"Apa masalah kau ni fath!? Tak ada angin tak ada ribut tiba tiba nak cari gaduh dengan aku? Kau bergurau ke apa ni?!" Akram mula hilang sabar

Fath mendengus marah

"Dengar sini baik baik akram. Kaulah sepupu paling rapat dengan aku. And aku percaya dengan kau macam mana aku percayakan diri aku sendiri. Tapi kenapa kau senang senang je musnahkan kepercayaan tu.?kenapa kau rampas dia? Kau tahu tak aku masih cintakan anna dulu sampai sekarang! Perasaan aku dekat dia sikit pun tak pernah berubah. Kau lepaskan anna aku seorang je boleh bahagiakan dia kram! Kau tahu menyakitkan hati dia je! Fikir sikit dia tak bahagia dengan kau! " Ujar lebar fath membuat akram terlopong

Satu tumbukkan padu hinggap kewajah kacak fath. Fath tersungkur jatuh dengan sekali tumbukkan

Rahang akram ke kiri ke kanan nafasnya pula tidak menentu. Hatinya sakit bila fath kata dia tak mampu bahagiakan anna dan hanya tahu menyakitkan hati anna. Fath pandai memfitnah!

"Kau pula dengar sini! Aku tak kisahlah percaya atau tidak itu bukan masalah aku! Dan aku tak pernah rampas anna dari kau. Kau kena ingat allah itu maha adil dia tak akan takdirkan anna dengan orang gila talak macam kau ni! Aku tak mampu nak halang kau cintakan dia tapi kau kena ingat satu benda. Sampai bila bila pun aku tak akan lepaskan anna. Bahagia aku dengan isteri aku rasanya kau tak perlu tau!"

Isteri 13Hari✔Where stories live. Discover now