Tiga bulan sudah berlalu, Perubahan hidup sepasang suami isteri ini juga kelihatan semakin bahagia. Akhirnya datang juga kebahagian yang dia nanti kan selama ini sungguh tak disangka akhirnya dia kembali bersama suaminya setelah bermacam halangan di tengah mereka! Tapi kerana cinta dia cuba bertahan untuk menanti suami terchentanya
Tapi... Walaupun begitu layanan abah Iskandar masih dingin terhadapnya bermacam cara sudah dia lakukan untuk meraih kasih sayang abah tapi sampai sekarang tiada hasilnya! Mujurlah umi dan Ikhwan melayannya baik kalau tidak hm tak tahulah...... Tak apalah yang penting Iskandar sudah berada disampingnya itu pun sudah cukup baginya!
Tengoklah betapa bahagia meraka sekarang pergi mana mana pun bersama. Kata Iskandar dia tidak sanggup berjauhan lagi dengan marisha walaupun sekejap Iskandar maukan marisha sentiasa ada didepan matanya. Derita yang dialaminya digantikan dengan kebahagian yang tak pernah marisha rasakan selama ini, Benarlah perancangan allah itu sungguh indah
Tapi semua itu seolah olah hanya mimpi bila perangai Iskandar mula berubah!
Petang itu mereka berlepak di sebuah Caffe Fat Cake
Hazelnut White Coffe diteguk dengan straw beberapa kali sebelum pandangan beralih pada Iskandar, Tapi marisha perasan juga sejak beberapa hari ini kelakuan Iskandar begitu pelik, Asyik berkepit saja dengan telefonnya itu entah apa yang best sangat sampai bini dekat depan ni pun tak dilayan
"Awak?" Panggil marisha sambil tersenyum nipis
Marisha dipandang sekilas sebelum beralih semula menatap screen telefonnya
Terkilan! Ya itulah yang marisha rasakan. Pandangannya dilemparkan diluar di sebalik dinding cermin cafe fat cake ini. Hujan semakin lebat seolah olah tahu perasaanya sekarang. Sabar anna mungkin akram ada kerja yang perlu diselesaikan sebab itu kau diabaikan! Ugh! Sakit pula hati ni
Marisha mengeluh matanya menjeling Iskandar walaupun Iskandar tak nampak
"Awak busy ke?" Tanya marisha sedikit memerli
Iskandar mendongak dengan mata terkebil kebil
"Tak" Balas Iskandar sepatah. Taklah sangat!
"Kalau saya tahu awak dok main fon tu, Baik saya pergi lepak aje dengan haikal ke ataupun nazeera fath. Lagi best ada teman borak." Bidas marisha geram
IPhone7nya diletakkan dimeja lalu Iskandar memandang tajam arah isterinya
"Apa?"
"Ha, Yala yala Sorry. Saya ada kerja sikit nak buat sebab tu.... Ermn adalah." Berahsia pula laki aku ni! Hm macam sesuatu sangat
Wajah cuak itu menyalakan marisha
"Hm Pandai berahsia dah sekarang taknak bagitahu kite.". Marisha berpura pura merajuk straw itu dimain mainkan kedalam minuman
Dalam diam Iskandar susah hati
"Saya nak ke toilet jap." Ternganga marisha Iskandar pergi begitu saja tanpa memujuknya langsung! Sungguh menyakitkan hati!
Tangannya digenggam penumbuk dadanya turun naik menahan amarah! Dah mulalah perangai lama tu! Ish!
Dalam marisha geram sendiri tiba tiba ada orang duduk tanpa diundang dikerusi Iskandar tadi
Marisha perlahan lahan mendongak. Hampir terbuntang marisha dibuatnya
Riya tersenyum manis marisha hanya membalas dengan senyuman hairan
"Masih ingat i lagi?" Soal riya penuh bergaya
Sekilas marisha mengangguk
Terkejut marisha bila cofe Iskandar selamba saja riya teguk. Itu sangat sangat mencabar kesabaran marisha
![](https://img.wattpad.com/cover/150571198-288-k559201.jpg)
YOU ARE READING
Isteri 13Hari✔
Romansa"Kalau inilah buatkan abah awak bahagia. Saya izinkan awak kahwin dengan riya,But...Divorce me first!"-Anna marisha "No! Sampai bila bila pun awak milik saya! Walau dalam mimpi sekalipun you're still mine Anna remember that! So please jangan sebut l...