Thirty Nine

27.2K 631 12
                                        

Tok! Tok!

Marisha tersedar dari lenanya bila ketukan pintu biliknya menganggu tidurnya

Lalu marisha berjalan dengan longlai untuk membuka pintu

Terpacaklah wajah kacak haikal dimuka pintu itu

"Awak, Awak boleh teman saya pergi cafe dekat pantai tu tak?" Tanya haikal sedikit gementar

Marisha menguap seketika. Dia sudahlah penat seharian menangis tapi... Dalam masa yang sama dia juga tidak mampu menolak ajakkan haikal kerna kalau bukan sebab haikal mana dia hendak pergi?

Haikal masih menunggu

Marisha tersenyum kecil. Sebenarnya dia rasa bersalah terhadap suaminya. Yala walau bagaimana pun dia masih isteri sah akram, Bukankah keluar dengan lelaki itu dosa apatah lagi tanpa izin suami... Eih macam mana ni

Otaknya masih berfikir

"Ok." Akhirnya itulah keputusannya. Menyesal pun tak guna bubur dah jadi nasi

Haikal kelihatan gembira sehingga menampakkan lesung pipinya. Hensem juga mamat ni

"Saya siap kejap." Haikal mengangguk

Bila pintu marisha sudah tertutup rapat. Tak semena wajah gembiranya tadi bertukar keluhan berat

Rambutnya dikuak kasar hingga sedikit serabut



~~~~~~~
Mereka duduk bertentangan kalau orang tak tahu statusnya pasti mereka dilihat seperti sepasang kekasih

Haikal menghirup teh panas itu memandang tempat ini agak sejuk maklumlah cafe ini berdekatan laut. Manakala marisha tidak menjamah apa apa hanua termenung memandang laut luas di hujung sana

Cafe ini juga mempunyai stage untuk sesiapa berminat untuk menyanyi dan paling bestnya tak payah bayar free! Sebab itu ramai pengunjung walaupun sudah hampir larut malam

Sedikit sebanyak luka dalam hatinya beransur hilang mungkin kerana akram tiada disini sebab itu dia rasakan semuanya tenang, Bagaimana keadaan akram sekarang? Kenapa akram tidak cuba memujuknya? Mungkinkah akram sekarang sedang berbahagia bersama riya? Bermacam tanda tanya dalam fikirannya. Dia sebenarnya berharap untuk akram memujuknya...tapi sayang lelaki itu seolah olah membiarkannya saja begini!

Cepat cepat airmata yang mengalir itu disekat kerna tidak ingin haikal melihat. Nanti haikal akan risau dan itu pasti akan merosakkan mood haikal

"Awak sure taknak pesan apa apa?" Tanya haikal buat ketiga kalinya

Marisha mula diserang rasa bersalah. Aih sebabkan banyak berfikir haikal yang banyak tolong kau ni, kau abaikan

Baru saja marisha hendak bersuara haikal terlebih dahulu memotong

"its okay, Biar saya pesankan untuk awak. Duduk sini diam diam tau!" Lalu haikal meninggalkan marisha seorang diri disitu

Mata marisha melilau lilau disekitar cafe ini. Lama benor pula si haikal ni. Pelik! Pelayan disini sedang melayan pelanggan tapi kenapa haikal layan diri pula? Tak ada pun tanda papan layan diri?

10 Minit sudah berlalu namun kelibat haikal masih belum kelihatan. Tiba tiba ada satu pengumuman di adakan di atas stage

"Hello everyone here! Saya ada satu pengumuman khas untuk semua disini! Ada seorang jejaka Hensem tadi menyampaikan hajatnya untuk menyanyikan sebuah lagu distage. Tapi lagu ini khas dianjurkan untuk isteri tercintanya, Dan lagu ini juga menggambarkan betapa cintanya si suami dengan si isteri. Dan dia harapkan hubungan mereka akan kembali bahagia bila mendengarkan lagu ini. Itulah yanh dikatakan oleh jejaka bernama Akram iskandar! Dipersilakan naik ke pentas encik Iskandar!"

Isteri 13Hari✔Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang