Thirteen

19.3K 690 14
                                        

Keesokan harinya...
Dia tidak tahu bagaimana hendak berdepan dengan puan dyana. Susah dia ingin membuat keputusan. Sudah terlambat untuk hatinya kembali dia sudah pun jatuh cinta pada akram Iskandar, Dalam masa yang masa dia menyesal kerana keterlanjuran katanya pada akram tapi masa itu hatinya terlalu sakit melihat Nazeera

Anna duduk termenung di balkoni biliknya. Angin malam mula menyapanya

Nafas dihela berat. Baru saja dia ingin merasakan kebahagiaan muncul pula dua insan yang amat amat anna benci! Melihat Nazeera seperti rapat dengan akram membuat anna tidak kuat untuk meneruskan perkahwinan ini. Mungkin kah Nazeera juga ingin merampas akram darinya? Sepertimana dia dan fath dulu

"Teruk sangatkah aku ni sampai semua orang yang aku sayang tinggalkan aku? Malangnya nasib aku. Diorang tak taukah aku tengah terluka sekarang ni. Apa lagi diorang nak. Aku dah terlebih menderita dah, Tak bolehkah biarkan aku bahagia walaupun kejap?" Omel anna sendiri sambil menangis teresak esak

Seksanya hatinya menanggung semua ini

Anna menekup wajahnya di kedua belah tangannya bahunya terhinjut hinjut menahan esakkan kuat

"Mungkin dia bukan di takdirkan untuk kau anna. Kau kena terima. Aku taknak menderita lagi cukuplah setakat ni." Anna tekad ingin memberitahu Puan dyana perkara sebenar

Lalu anna berlalu dari balkoni. Anna ke bilik air untuk membersihkan wajahnya itu

Cermin depan dipandang. Senyuman nipis diukir untuk diri sendiri

"Kau boleh!




~~~~~~~
Kakinya berhenti seketika. Mendengar perbualan dari ruang tamu. Sepertinya puan dyana mempunyai tetamu

Anna mendengus geram. Lalu ingin naik ke atas. Tapi bila difikir balik baik dia turun aje kang berkurung saja naik bosan juga dok menangis. Anna tidak jadi ke biliknya lalu kakinya diatur turun kebawah

Bila sampai dibawah. Kaki anna terpaku matanya tidak berkelip memandang tetamu puan dyana

Anna mengigit bibir bawahnya. Memandang tiada siapa melihatnya baik dia chaww

Cik Anna!

Terhenti terus langkah anna baru saja dia hendak menaiki satu tangga. Bibik ini menyapanya pula

Perlahan lahan Anna kalihkan tubuhnya. Puan dyana dan Datin Aulia memandang arahnya

"Panjang umur. Baru aje kami bersembang pasal kamu dan akram." Mendengar saja nama akram berubah riak wajah anna. Lelaki itu tidak ikut mesti dating dengan nazeera

Anna menuju arah puan dyana. Lalu menyalam tangan datin Aulia. Dan duduk disebelah puan dyana

"Anna sihat? Umi dengar anna demam. Dah okey dah?." Soal datin Aulia lembut

Anna tersenyum senget. Umi? Pahit pula tekak ni nak panggil gelaran tu

"Alhamdulillah Anna dah okey sikit." Jawab anna ringkas dan sopan

"Anna umi ada hadiah untuk anna. Dekat luar."

Anna memandang puan dyana. Puan dyana hanya mengangguk dan menyuruh anna keluar

"Terima kasih." Ucap anna terlebih dahulu tanpa melihat apa hadiah tersebut

Lalu anna bangun dari duduknya dan menuju keluar. Ingin melihat hadiah tersebut

Pintu dibuka luas

Jantung anna berdebar kuat melihat kononnya hadiah

"Hai?" Sapa akram

Isteri 13Hari✔Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang