Thirty Three

19.7K 617 26
                                        

Saya minta maaf!

Sekali lagi kepala di anggukkan tanpa memandang wajah itu

Betul,saya betul betul minta maaf!

Kerana kesabaran sudah terhad lalu lelaki ini diberi pandangan tajam!

"Kan saya dah cakap, Tak apa benda dah jadi kita nak buat macam mna kan!?" 'kan' itu ditekankan dengan suara geramnya

Iskandar benar benar rasa bersalah! Entah setan apalah yang masuk dalam badannya sampai berani peluk bini orang!. Tapi dalam masa yang sama Iskandar hairan juga kenapa marisha begitu tenang selepas apa mereka lakukan tadi bukankah itu salah!

Marisha hanya termenung Iskandar duduk di sebelahnya juga diendahkan saja

"Kenapa awak tak marah?" Tanya Iskandar resah

Berubah riak wajah marisha

Macam mana dia nak marah kalau perbuatan mereka itu halal bukannya haram! Inilah padahnya dapat suami amnesia apa pun tak ingat!

Tekaknya dibetulkan, Marisha sendiri bingung hendak marah macam mana? Bukankah itu menambah dosanya? Marahkan suami sebab berpeluk? Apakah?

"Entah!"

Iskandar membuat muka memek, pelik dengan jawaban marisha yang tak berapa nak masuk akal!

"Kalau saya cakap ni awak jangan marah tau?"

Marisha mendongak walaupun agak gelap tapi sinaran bulan menerangi wajah suaminya. Kan! Inilah yang dia tak suka pandang akram hatinya akan rasa sedih!

Lalu cepat cepat marisha mengalihkan pandangan kearah lebuh raya distesen bas ini

"Kenapa saya rasa awak suka?"

"Suka apa?" Ulang marisha keliru

Aduh! Nak cakap ke tidak eh? Dah fikiran Iskandar sekarang berbelah bahagi

Lalu Iskandar mendekatkan jaraknya sedikit lalu duduk menghadap marisha

Dalam diam marisha bahagia! Sudah lama dia tidak berbual begini bersama suaminya walaupun situasinya agak berbeza

"Suka agenda tadi tu. Bukan apalah, Tapi Kalau awak tak suka kenapa balas pelukkan saya tadikan?." Kata Iskandar lambat lambat dia sendiri pun malu tahu peluk isteri orang aih

Bibirnya digetap wajahnya mula membahang merah. Alamak! Habislah apa aku nak jawab ni!

Uhuk! Uhuk!

Marisha terbatuk dek tertelan airliurnya sendiri

Kalut dibuatnya Iskandar tapi kali ini dia tidak mau menyentuh lagi cukuplah dia sudah buat dosa besar tadi

"Awak ok tak ni?" Soal akram risau

Pantas marisha menoleh. Pandangan mereka bertaut

Iskandar menjauhi marisha. Takut dia tak mampu kawal perasaanya

"Kalau saya cakap suka pun apa salahnya." Pantas tangannya naik menutup mulut celuparnya itu!

Bulat mata Iskandar mendengarnya tapi dalam diam hatinya berbunga?

Kepalanya digaru garukan menahan malunya entah mungkin wajahnya sudah terlebih masak!. Iskandar memandang wajah marisha dari sisi tiba tiba jantungnya berdegup kencang melihat blushing face itu

Sungguh hebat debaran itu hingga dahinya berpeluh

Marisha memberanikan diri untuk mendongak arah Iskandar

"Are you okay?" Tanya marisha melihat banyak peluh didahi Iskandar membuat dia naik risau

Isteri 13Hari✔Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang