Seventeen

19.3K 636 3
                                    

Lalu akram merangkul bahunya. Lantas dia mendongak arah suaminya. Akram memberikan senyuman manis padanya. Senyuman itu mampu melupakan kelukaan dan kesakitan dalam dirinya dan fath nazeera di hadapan seolah olah tidak wujud kerna baginya sekarang tiada orang lain lagi selain dia dan akram

Nazeera turut bahagia melihat kawan baiknya kembali ceria dan riang seperti dulu. Mujurlah ada akram menjadi sumber semangat Anna kalau tidak mungkin sampai sekarang kejadian itu masih menghantui anna

"Tahniah! Atas perkahwinan korang dua. Sorry tak dapat datang majlis nikah korang tadi. tiba tiba kereta buat hal." Nazeera mencecah kesunyian antara mereka berempat

Melihat ketegangan wajah fath membuat anna menjadi gerun dan takut tapi dia sedar bahawa sekarang dia tak berseorangan lagi. Akram pula dari tadi dia tertumpu pada pandangan fath terhadap isterinya

Anna hanya tersenyum nipis pada Nazeera

"Thank! Tak apa. Tapi esok makesure korang datanglah. Sebab umi buat kenduri kesyukuran sempena raikan pernikahan kami berdua. Kan anna?" Akram sengaja mengeratkan lagi rangkulan dibahu anna

Anna hanya mengangguk tanpa bersuara

Manakala fath pula hatinya sudah cukup mendidih dek perasaanya sekarang bercampur baur. Sakit hati kecewa terluka semua ada! Sanggup akram khianat dia padahal selama ini akramlah yang sangat sangat dia percaya tapi akhirnya lelaki ini juga memusnahkan ke percayaan secara langsung. Tapi dia tidak akan berputus asa untuk mencari jalan kerna dia ingin membalas dendam terhadap akram Iskandar kerana mengkhianati dia.

Fath mengengam erat kedua belah tangannya hatinya pula sangat sakit! Seperti ditoreh toreh pisau dengan sangat kejam. Mau saja dia penumbuk sepupunya ini tapi dia akan tahankan dulu

"Insyallah. Aku doakan kau bahagia selalu bersama orang yang kau sayang. Doktor pun jaga anna elok elok tau! Jangan buat dia menangis kalau doktor buat siaplah doktor!" Usik nazeera. Lantas fath membuat muka menyampah dengan kata kata yang dianjurkan. Oleh nazeera

"Don't worry be happy!. Insyallah." Lagi mengejutkan fath apabila akram dengan selamba mencium kepala anna

Terkejut berok Anna jadinya lantas dia mendongak arah akram. Baru saja dia ingin marah tiba tiba umi datang mencelah

"Lah sini rupanya kamu."

Tiba tiba datin aulia ada mood ingim mengusik anak saudaranya

"Akram dah berumah tangga. Fath dengan Nazeera bila lagi?"

Nazeera dan fath berpandang bersilih ganti. Susah ingin mentafsirkan kata kata datin aulia

Anna pula dengan selamba menyampuk

"Maksud umi. Bila korang nak berkahwin." Sampuk Anna menyampah lalu berpeluk tubuh

Fath diam begitu juga nazeera. Tapi akram cukup tidak puas hati bila fath suka suka saja ingin menenung anna

Datin aulia mengangguk bila anna memahamkan nazeera dan fath

"Lama lagi kut!" Nazeera cuba untuk beriak tenang bila fath berkata begitu

"Ala tak payah ambil seriuslah. Umi gurau gurau je. Esok ada majlis kecil kecillan. Umi nak kamu berdua datang memandangkan majlis nikah akram kamu berdua tak datang." Ajak umi

"Kalau tidakpun. Kamu berdua tidur sini aje. Tak payah ulang alik? Macam mana?" Cadang umi pula

Belum sempat Nazeera ingin menjawab fath pula mencelah

"Baik umi. Kami tidur sini. Lagipun dah larut malam." Datin aulia menganggukkan dan berlalu pergi

Terus Anna memandang akram dengan pandangan lain. Akram pula menghela nafas panjang lalu mengusap bahu anna cuba menenangkan isterinya. Nazeera turut pelik dengan fath tak pernah pernah lelaki ini ingin menginap dirumah akram yala memanglah diorang rapat tapi fath orangnya tak berapa suka bergaul atau tidur dimana mana

Fath tersenyum sinis

"So bro. Aku tidur bilik kau?" Soal fath mengejut

Akram terus mengangkat sebelah keningnya. Eih lain macam aje bunyinya tu

"Maksud kau?" Soal akram pula

Kalau fath melebih batas terhadap anna dia tak akan teragak agak ingin bertindak lebih kasar dari fath kenal dia sebagai sepupu. Fath berpura pura dengan keterlanjuran katanya tadi

"Tak. Maksud aku. Anna tidur dengan nazeera. Aku tidur dengan kau."

Ini bukan fath yang anna kenal selama ini

"Kenapa pula macam tu!" Suara anna mula meninggi. Berubah terus riak wajah fath bila anna membantah! Mungkinkah namanya dihati anna sudah hilang?

Akram dalam diam tersenyum.

"Diorang kan suami isteri mana boleh tidur berasingan. Lagipun inikan first day diorang sebagai suami isteri. Rumah umikan banyak bilik." Geram jugalah nazeera dengan perangai kejam fath suka hatinya saja ingin memisahkan akram dan anna

Fath mendengus marah

"Betul tu. Awak jomlah kita naik. Esokkan nak bangun awal." Dengan manjanya anna berkata pada suaminya

Akram mengusap pula ubun ubun anna di depan fath dan nazeera

"Kitaorang naik bilik dululah. Korang buatlah rumah ni macam rumah sendiri." Terus anna dan akram beriringan keatas

Berkaca kaca mata fath melihat mesraan di antara akram dan anna. Nazeera pula turut sedih bila fath sedih tapi terima atau tidak fath kena terima hakikat yang Anna bukan ditakdirkan untuknya

~~~~~~~
Anna hanya memandang akram dari belakang. Nyenyaknya lelaki ini tidur

Hanya cahaya samar samar menemaninya. Ternyata hanya berlakon di hadapan fath tadi bukan kerana dia ikhlas melakukannya. Tak adalah akram kata dia berlakon tapi anna dapat agak itu hanya drama semata. Lihat saja tadi sampai saja di bilik terus akram melayannya dengan dingin sekali lepastu tidur pun membelakanginya sudah 3jam anna menunggu berharap akram akan berpaling arahnya

Sedikit sebanyak perasaan bencinya terhadap Nazeera berkurangan bila melihat kekesalan dimata Nazeera. Tapi fath? Anna tidak yakin fath sudah berubah. Bila dia bersama suaminya kejadian pahit itu sedikit demi sedikit dia lupakan. Tidakkah akram sedar bahawa dia sudah pun jatuh hati pada suaminya sendiri

Perlahan lahan airmatanya mengalir. Walaupun akram dekat Dengannya tapi terasa hati mereka tersangatlah jauh. Akram sudah memberi amaran terhadapnya agar tidak membuat lelaki ini terjatuh cinta dengannya. Sebagai isteri dia akan patuh dengan kata suaminya. Dia hanya mampu berdoa dan terus berdoa

Perlahan lahan bantal penghalang diletakkan di sebelahnya. Dan tiada lagi halangan diantara mereka berdua

Lantaklah akram nak marah. Lalu perlahan lahan tangan anna melingkar dipinggang akram dari belakang. Anna memeluk enak tubuh akram dari belakang

Tiba tiba tangan akram berada diatas tangannya. Membuat anna mengetap bibir bawahnya. Perlahan lahan anna mendongak arah akram dengan berhati hati

Lena pula dia tidur tak ada ciri ciri nak bangun. Mungkin akram tidak sedar bahawa Anna sedang memeluknya kalau akram sedar mana mungkin lelaki ini ingin dipeluk

Anna mengeratkan lagi pelukannya terhadap akram dan ikut melenakan dirinya seperti suaminya


Sweetnya anna😍

Isteri 13Hari✔Where stories live. Discover now