Twenty Six

17.2K 529 9
                                    

Terasa sungguh berat kepalanya meyebabkan susah untuk membuka matanya. Tapi lama kelamaan akhirnya dia sedarkan diri

Perlahan lahan dia bangun dari baringnya lalu duduk. Kepalanya diurut sekilas. Bila matanya terbuka luas barulah dia sedar sepenuhnya bahawa sekarang dia berada dibilik fath othman

Tiba tiba dia terasa pelik. Bukankah dia sudah hendak pergi dari rumah ini kenapa dia boleh terbaring dikatil fath lalu kepalanya juga sakit! Apa yang jadi sebenarnya?

Baru saja dia ingin bangun terbantut bila pintu dikuak dari luar

Terperanjat sekejap fath melihat Nazeera sudah sedarkan diri. Lalu fath berjalan arah nazeera

Tiba tiba gelas berisi air kosong dihalakan arahnya. Nazeera pandang sekilas gelas itu sebelum menepis kuat hingga terlepas dari tangan fath

Prak!

"Apa yang you dah buat ni ha!!". Tengking nazeera walaupun dalam keadaan tidak bermaya

Fath hanya berlagak tenang. Dengan selamba duduk disebelah nazeera

Nazeera mendongak dan memandang tajam arahnya. Fath menghela nafas berat

"You.. Memang tak gunalah fath! You ingat i ni patung ke tak ada perasaan? Ha! Kenapa buat i macam ni!". Kemarahannya hampir kemuncak bila melihat kebisuan lelaki ini

Fath masih mendiamkan diri hanya mendengar Tengkingan nazeera dan kemarahan nazeera. Fath tahu perbuatannya agak kejam tapi entah kenapa dia tak mampu melepaskan nazeera sedangkan hatinya berpaut pada Anna gadis selama ini bertakhta lama dihatinya. Tapi pada masa yang sama dia tak sanggup kehilangan nazeera. Fath sendiri tidak tahu kenapa dia bertindak begini pada Nazeera

Nazeera teringat sesuatu. Kenapa nazeera rasakan ada sesuatu yang berlaku? Dia kenal sungguh sifat fath. Mungkinkah ada sesuatu terjadi pada Anna? Ataupun Akram?. Sifat ini sudah menghilang sejak beberapa tahun dulu tapi muncul semula. Sifat yang pendiam dan tidak melawan ini adalah sifat dimana fath merancang sesuatu terhadap pensyarah mereka dulu. Adakah benar firasatnya

"Apa yang you dah buat?. Jangan cakap you...." Duga nazeera tergantung melihat kekusutan diwajah fath

Inilah yang fath tidak sanggup kehilangan nazeera. Segala masalahnya nazeera seorang saja memahaminya

Tiba tiba nazeera terlihat sesuatu dipipi fath. Sepantas kilat tangannya membawa wajah fath menghadap arahnya

Fath menangis? Jadi....... Besar kemungkinan

"I tak sengaja... I..". Automatik tangan nazeera dipipi fath terjatuh

Nazeera ternganga sambil menggelengkan kepalanya sendiri

"I dah hampir buat anna balu.. Sumpah i tak sengaja. Pada mulanya i taknak tap--

Pang!

Perit! Ya itu yang fath rasakan setelah mendapat tamparan hebat dari nazeera

Turun naik turun naik nafas nazeera mendengar pengakuan fath sebentar tadi hingga dia sendiri tak mampu mengawal dirinya untuk menampar lelaki kejam di depannya ini!

"You memang kejam fath! Manusia paling kejam yang pernah i jumpa dalam dunia ni. I tak sangka you tergamak buat diorang macam tu. Apa perasaan you eh masa buat kerja bodoh tu? Happy? Puas hati? Kenapa tak bunuh dua duanya sekali?"

Fath mula diserang rasa takut

Mata nazeera terhala pada meja itu. Seraya nazeera bangun dan mengambil pisau penghiris buahan itu dihalakan pada urat tangannya

Terbuntang besar fath. Pantas fath berdiri ingin mendekati nazeera

"Stay away! Or..." Ugut nazeera ingin menikan urat tangannya lantas fath mengundur setapak

Isteri 13Hari✔Where stories live. Discover now