Bab 11

823 56 6
                                    

Dengan langkah yang perlahan, Airel Farhan menyusun langkah menuju ke kelasnya. Matanya galak memerhati sekeliling. Ada yang sedang berbual dan ada yang seronok bermain bola keranjang di koridor itu.

"Farhan!"

Airel Farhan menoleh ke belakang apabila namanya diseru.

Tanpa sempat dia bersedia,

Buk!

Pipi kirinya ditumbuk. Terteleng kepalanya ke kanan akibat daripada tumbukan padu itu. Wajah lelaki di hadapannya dipandang.

"What's wrong with you?!" Soal Airel Farhan. Suaranya kuat kedengaran di sepanjang koridor yang sudah sunyi itu.

"You're asking me?! I'm the one that should ask! What's wrong with you?!" Lelaki yang bernama Jack itu terus menerus menengking Airel Farhan sambil matanya mencerlung tajam Airel Farhan.

Dahi Airel Farhan bertambah kerutan. Hairan sebenarnya. Tidak pernah-pernah dia berurusan dengan lelaki ini, tiba-tiba sahaja ditumbuk.

"We've never had any business before. What's wrong with you, huh?" Kali ini, suara Airel Farhan kedengaran semakin tenang. Jarinya tidak berhenti menyentuh tepi bibirnya yang sudah luka berdarah.

Seketika kemudian, Will yang berdiri di pintu kelas menoleh ke kanan dan ketika itulah dia ternampak Jack dan Airel Farhan. Dia laju berlari masuk ke dalam kelas semula. Rakan-rakannya yang sedang berkumpul didekati.

"I guess Jack punched Farhan!" katanya. Laju Will, Franz, Hanz, Ben, Ken berlari ke luar kelas. Airel Farhan dan Jack yang sedang berdiri di tengah-tengah laluan itu didekati.

"Damn! What you've done, Jack!?" Will berdiri di hadapan Airel Farhan. Matanya mencerlung tajam wajah Jack.

"Get out of my way! We are not done yet!" Tengking Jack lagi. Dia cuba untuk mendekati Airel Farhan, namun pantas dihalang oleh Will.

"Just stop! You are so damn childish, Jake! Farhan had nothing to do with her!" Mata hijau Jake ditenung dalam oleh mata biru Will. Dia faham kenapa Jack bertindak sedemikian.

2 hari lalu

"Ma'am.. I'm sorry but. I have to quit." Wajah Ma'am White jelas terkejut memandang anak muridnya.

"Maya.. Do you even know what are you talking about, right now?" Lambat-lambat Maya menganggukkan kepalanya. Kepalanya tunduk memandang lantai. Langsung tiada keberanian untuk memandang wajah tegang lecturernya.

"This is all about your future, Maya." Tangan Maya diraih lembut oleh wanita itu.

"I know it, ma'am.. But I have to.." Jarinya laju naik menyeka air mata.

"Do you have any problems, dear?" Maya laju menggeleng.

"I'm sorry, ma'am." Katanya lagi sebelum melangkah keluar daripada pejabat itu.

Baru sahaja mahu keluar, dirinya dikejutkan dengan Jack yang baru sahaja masuk. Lelaki itu merenung wajah Maya tajam.

"You come with me." Pergelangan tangan Maya digenggam kuat lalu gadis itu dibawa keluar daripada pejabat. Maya hanya mengikut sahaja langkah Jack. Pergelangan tangan yang semakin pedih, ditahan.

[IN EDITING] Suamiku Si King Pick-up Line | New VersionWhere stories live. Discover now