Bab 14

827 52 0
                                    

Airel Farhan, Irshah dan Fawaz melangkah masuk ke dalam rumah Andrew. Selepas pertemuan mereka di Hyde Park tadi, mereka terus datang ke sini.

"Sorrylah tiba-tiba datang rumah kau. Kalau aku bawa Irshah ke rumah aku, macam tak manis pula. Sekurang-kurangnya kat sini ada Katelyn." Kata Airel Farhan sebaik sahaja dia duduk di sofa.

Andrew turut sama mengambil tempat di atas sofa.

"Tak apa.. Kami pun tak kisahlah. Datang je, kami sentiasa mengalu-alukan." Balas Andrew pula. Kemudiam matanya memandang Irshah.

"Adik Irine kan?" Teragak-agak dia menyoal. Namun melihatkan anggukan daripada Irshah membuatkan dia mengukir senyuman manis.

Tidak lama kemudian, kelihatan Katelyn datang mendekati mereka.

"Hey Kate." Tegur Airel Farhan. Gadis itu hanya tersenyum lebar. Kemudian matanya beralih kepada Irshah pula.

"Oh my god!" Jerit gadis itu tiba-tiba. Matanya membulat besar dan tangannya naik menekup mulutnya. Irshah kelihatan kebingunan memandang gadis itu.

"You're a fashion designer, right?" Soal Katelyn. Dia laju mengambil tempat di sebelah Irshah.

"Yes I am." Sejurus selepas itu, tubuhnya dipeluk erat oleh Katelyn.

"I know you! I like all of you works, girl!" Kata Katelyn dalam nada terujanya. Andrew, Airel Farhan dan Fawaz yang hanya menjadi pemerhati itu tersenyum manis. Comel..

"Thank you." Balas Irshah sambil tangannya naik membalas pelukan Katelyn. Sekurang-kurangnya, gadis ini membuatkan dia kembali gembira.

"Farhan! Is she your girlfriend? Because you two look so good together!" Terkebil-kebil mata Airel Farhan mendengar soalan gadis itu.

"No she's not. She's my friend. Haha." Kedengaran kekok sahaja ketawa Airel Farhan.

"Oh gosh! Nonsense! Man and woman, cannot be just friend!" Bidas Katelyn. Dia kembali memandang Irshah.

"You are way more prettier than in the pictures." Puji Katelyn. Sekali lagi dia memeluk Irshah. Seronoknya!

"I forget to mention. You look so beautiful tonight, girl! I like it!" Matanya memandang seluruh pakaian Irshah. Membuatkannya benar-benar terpukau.

"Thank you." Ucap Irshah dan serentak itu, air matanya mengalir lagi. Laju Katelyn menariknya masuk ke dalam pelukan.

"Oh my god.. Gorgeous girl. What happened?" Belakang Irshah diusap-usap. Tiga orang jejaka di situ hanya memerhati dua orang gadis itu.

"This dress. My designed has been stolen by Vincent Mike." Kata Irshah dalam tangisannya.

"OH MY GOD! That bastard! For your information, you are not the first person he did that to, gorgeous girl. Most of his dresses were not his actually. He is such a thief!" Kata Katelyn dalam nada marahnya. Mereka yang mendengar semuanya tergamam.

"Gorgeous gorgeous girl don't cry. He is such a bastard! I will fight him because he made you cry!" Kata Katelyn lagi.

[IN EDITING] Suamiku Si King Pick-up Line | New VersionWhere stories live. Discover now