Bab 12

810 58 14
                                    

"Nah coffee." Irshah mengangkat kepalanya memandang Airel Farhan. Ice coffee yang dihulurkan kepadanya disambut.

"Thank you." Ucap Irshah perlahan. Matanya terus sahaja memandang ke luar dinding kaca kafe itu.

Kekok. Malu.

Itu yang dia rasakan sejak dia bertemu dengan Airel Farhan tadi. Sedari tadi, hanya lelaki itu sahaja yang banyak bersuara. Dia pula hanya membalas sepatah dua kata.

"Irshah. Minumlah." Arah Airel Farhan.

Sesekali dia memandang wajah gadis itu, kemudian turut memandang ke luar dinding kaca.

"Berapa lama kat sini?"

Irshah menoleh memandang Airel Farhan. "Huh?" Keningnya terjongket kehairanan.

"Berapa lama kat sini?" Soal Airel Farhan lagi.

"Seminggu." Balasnya sepatah.

"Banyak masa lagi.." Perlahan suara Airel Farhan. Air kopinya disedut perlahan-lahan.

Pak!

Terkedepan badan Airel Farhan akibat daripada pukulan itu. Irshah yang sedari tadi termenung ikut sama terkejut. Matanya memandang hairan wajah lelaki yang berdiri di belakang Airel Farhan.

Gangster ke?

"Who—"

"Damn you, Franz." Kata Airel Farhan dengan nada suara yang tertahan-tahan. Matanya memandang Franz tajam.

"Who is this young lady?" Soal Franz.

Seketika kemudian, riak wajahnya tiba-tiba berubah menjadi terkejut. Tangan kanannya naik menekup mulutnya.

"Finally! You have a girlfriend!" Kata Franz. Tak semena-mena, suaranya yang sedikit meninggi itu menarik perhatian pengunjung di situ.

Irshah yang sudah berasa malu itu merasakan bahang pada wajahnya. Mukanya juga berubah kemerahan.

"Stop with your nonsense and leave, Franz." Kata Airel Farhan. Franz ditolak menjauh. Sempat dia berpaling memandang Irshah.

"Sekejap abang Farhan datang balik." Irshah mengangguk sahaja. Dia hanya memerhati dua orang lelaki itu keluar daripada kafe itu.

"What the hell are you doing, Franz?" Soal Airel Farhan. Kepala Franz yang masih menoleh memandang ke dalam kafe ditarik memandangnya sahaja.

"Look at me, not her." Arah Airel Farhan.

"Who is she?" Tanya Franz dalam nada terujanya.

"She's my friend, Franz.. My late fiance's sister. You know it, right?" Mendengarkan jawapan Airel Farhan, serta-merta riak wajah Franz berubah. Daripada teruja kepada sedih.

"I thought you already found some new girl." Katanya dalam nada sedih.

"I'm fine, Franz. She's such a shy girl. Don't disturb her. Can you?" Tidak berkata apa, Franz hanya mengangguk.

[IN EDITING] Suamiku Si King Pick-up Line | New VersionWhere stories live. Discover now