Bab 13

825 57 4
                                    

Irshah membelek-belek tubuhnya pada cermin. Daripada tudung, kepada dressnya kemudian kepada kasutnya. Yang lebih menggembirakan hatinya adalah,

Dia memakai rekaannya sendiri untuk event hari ini. Setelah memeriksa riasannya dan dia berpuas hati, tubuhnya dijarakkan daripada cermin lagi.

Sesekali dia berpusing-pusing di hadapan cermin. Betapa puasnya hati dia melihat penampilannya pada hari itu. Telefonnya yang berada di atas tilam diambil lalu jarinya menekan ikon kamera. Macam-macam gaya gambarnya yang diambil kemudian dihantar ke group chat keluarganya.

Ding! Dong!

Irshah laju mengambil beg tangannya kemudian berlari ke pintu. Pintu bilik terbuka dan kelihatan Puan Rose yang sedang berdiri tegak di hadapannya.

"Gorgeous gorgeous girl look so stunning today." Puji Puan Rose. Matanya tidak berhenti memandang ke arah penampilan fashion designernya itu.

"Kalau macam ni, Irshah. Saya rasa awak yang patut jadi model." Usik Puan Rose. Irshah yang tercuit hati dengan usikannya sudah menghambur ketawanya.

"Jom."

Irshah hanya mengikut langkah Puan Rose dari belakang. Tidak mereka nafikan, setiap langkah Irshah telah menarik perhatian semua orang di sekelilingnya. Bibirnya menarik senyuman bangga. Setiap langkahnya diambil dengan penuh yakin.

Tiba di luar hotel, sebuah kereta berjenama Mercedez berhenti. Pintu penumpang belakang dibukakan untuk Irshah dan Puan Rose. Segera dua orang wanita itu memboloskan diri masuk ke dalam kereta.

"You are the most beautiful woman tonight, dear." Puji Puan Rose lagi pada Irshah.

"Dahlah tu puan. Saya malu." Balas Irshah. Wajahnya semakin kemerahan setelah berkali-kali dipuji majikannya. Malah sudah sedia kemerahan setelah dia menyedari bahawa dirinya menjadi perhatian semua pengunjung di lobi tadi.

Puan Rose ketawa kecil. "Malu pula.."

°°°••°°°••°°°••°°°••°°°

Somerset House, London

Irshah memandang lama bangunan di hadapannya. Bangunan yang selama ini menjadi impiannya untuk dia menjejakkan kaki walaupun hanya sekali.

Kemudian, dia memandang sekelilingnya pula. Terlalu ramai pengunjung yang menunggu untuk masuk ke dalam dan yang lebih mengujakan ialah, melihatkan betapa cantiknya pemakaian mereka.

"Irshah jom masuk." Ajak Puan Rose. Irshah jalan bergandingan bersama Puan Rose melangkah masuk ke dalam.

"Miss Irshah?"

Irshah laju mendongak. Matanya membulat besar melihatkan individu di hadapannya sekarang ini.

Vincent Mike. Dialah director kepada jenama Co_Red.

"It such an honour to see you here. Thank you for coming." Ujar lelaki itu.

"It such an honour for me to get an invitation card from you." Balas Irshah pula. Rasa gembiranya pada waktu itu tidak mampu dia gambarkan dengan kata-kata.

"The event will start in a short time. You can have a sit first. Enjoy!" Ujar lelaki itu sebelum mereka berpisah. Irshah mendekati Puan Rose yang sudah terlebih dahulu mengambil tempat.

[IN EDITING] Suamiku Si King Pick-up Line | New VersionWhere stories live. Discover now