Bab 8

903 63 6
                                    

2 tahun lalu

Navigli Lombardi , Milan , Italy

Irshah memandang ke arah pemandangan yang menghiasi deria penglihatannya ketika itu. Bibirnya ketika itu tidak berhenti mengukirkan senyuman manis.

Dia gembira kerana memilih untuk pergi ke Milan, Italy untuk mengubati hatinya. Jika dia terus berada di rumah sahaja, semakin hari dia merasakan dirinya semakin lemah. Sudah dua minggu dia berada di Italy sendirian.

Buk!

Irshah jelas terkejut. Sewaktu dia hendak melangkah tadi, tubuhnya tanpa sengaja terlanggar seorang wanita.

"I'm sorry, ma'am." Ucapnya sambil membantu wanita itu mengutip beberapa helaian kertas yang berterabur di atas lantai.

Seketika kemudian, sekeping kertas menarik perhatiannya. Lakaran sehelai gaun yang masih belum berwarna. Cantik.

"Miss?" Irshah tersedar. Kertas tadi diberikan kepada wanita itu semula dan mereka sama-sama berdiri.

"I'm sorry again, ma'am." Ucap Irshah lagi.

"No it's okay.. I'm sorry but I've got to go." Lalu wanita itu dengan pantas berjalan meninggalkan Irshah.

Irshah juga turut melangkah ke arah bertentangan dengan wanita tadi. Kakinya hanya melangkah tanpa hala tuju. Bangunan yang kelihatan unik dan cantik di matanya benar-benar menenangkan hati dan fikirannya.

"Lain kali nak bawa umi, abah dan abang Syaz datang sini.." Katanya sendiri.

Setelah puas bersiar-siar di situ, dia kembali ke hotelnya yang berhampiran kawasan itu.

Sewaktu tiba di lobi hotel, matanya tertangkap pada figura wanita yang dilanggarnya tadi. Daripada pandangannya, wanita itu benar-benar menonjolkan aura feminin dan professional ketika itu. Mengingatkan lukisan tadi, dia yakin bahawa wanita itu adalah seorang fashion designer.

"It once was my dream.." Katanya sendiri. Dia masih statik berdiri di tengah-tengah lobi itu dan merenung ke arah wanita tadi dalam tempoh yang lama.

Mungkin kerana rasa diperhati, wanita itu menoleh, tepat ke arah Irshah. Jelas di riak wajah wanita itu bahawa dia terkejut namun riak wajahnya cepat-cepat dikawal. Fokusnya kembali diberikan pada kliennya.

Irshah yang sepertinya baru tersedar daripada lamunannya kembali melangkah menuju ke lif untuk balik ke biliknya.

°°°••°°°••°°°••°°°••°°°

"Cantik sangat tempat ni, umi.. Lain kali kita datang ke sini ya, umi?" Datin Irnah mengangguk. Dia memandang sahaja anaknya yang sedang tekun melukis sesuatu di atas sketch booknya.

"Adik lukis apa tu?" Tak betah menahan rasa ingin tahunya, akhirnya Datin Irnah bertanya juga.

Irshah tidak berkata apa, malah lukisannya dihalakan pada skrin ipadnya.

"Dah lama umi tak nampak adik melukis.. Cantik." Melebar senyuman Irshah mendengarkan pujian Datin Irnah.

"Adik tak nak cuba jadi fashion designer?"

"Tak tahu, umi.. Bagi adik masa untuk fikirkan lagi, boleh?" Datin Irnah mengangguk sahaja.

Dia tidak kisah dengan apa yang anaknya itu mahu lakukan. Kehidupannya, impiannya, semua diserahkan sepenuhnya kepada Irshah sendiri. Tiada sesiapa yang akan masuk campur.

[IN EDITING] Suamiku Si King Pick-up Line | New VersionWhere stories live. Discover now