Sebulan kemudian
"Irshah!" Jerit satu suara. Irshah laju memusingkan tubuhnya daripada terus menghadap televisyen.
"Ya, umi? Ada apa tu.." Sahutnya.
"Ni ada kotak untuk Irshah. Umi jumpa kat luar. Irshah beli apa?" Ujar Datin Irnah.
Irshah memandang pelik ke arah kotak yang dihulurkan padanya itu. Perlahan dia menyambut huluran uminya.
Benda pertama yang dilihatnya adalah alamat pemberi.
London?!
Tapi bukan nama abang Farhan..
"Daripada London.."
Tak menunggu lama, Irshah laju membuka kotak itu. Sekeping kad ucapan adalah benda pertama yang dilihat oleh Irshah. Isi kad itu laju dibaca oleh Irshah.
Sorry 'cause I left without telling you anything
Bibir Irshah mengukir senyuman nipis.
Abang Farhan bagi Irshah sesuatu..
Isi kotak itu dikeluarkannya lagi dan terdapat sehelai baju hoodie berwarna merah jambu di dalamnya.
"Daripada siapa, adik?" Soal Datin Irnah setelah lama diam memerhati anak gadisnya.
"Daripada abang Farhan umi.." Mendengarkan itu, Datin Irnah turut tersenyum.
"Ini.. Ini hoodie yang adik teringin sangat nak beli tau, umi! Tapi dah habis stock.."
"Farhan dah belikan dah tu, adik.. Kan dah dapat tu. Jangan lupa cakap terima kasih kat dia." Sempat lagi Datin Irnah berpesan padanya sebelum dia berlalu meninggalkan Irshah.
Pergi sahaja Datin Irnah, Irshah laju mencapai telefonnya. Nombor telefon Airel Farhan laju didail.
tutt..tutt..
"Hello?"
"Abang Farhan.."
"Eh.. Irshah.."
"Erm.. Thank you for the hoodie." Jari Irshah menguis-nguis kain baju hoodienya.
"Oh baru sampai ke kotak tu? I saw your post on instagram a month ago.. Sebab tu abang tolong belikan. You want it, right?"
Irshah menganggukkan kepalanya laju. "Haah Irshah nak. Thank you tau."
"Your welcome. Sorry sebab I left without telling you.. Month ago.."
"Tak.. Tak apa.. Irshah tak kisah pun.."
Mulut kata lain, hati kata lain. Selama sebulan itu jugalah Irshah menahan dirinya daripada menghubungi lelaki itu. Dia yakin pertelingkahan lelaki itu bersama bekas kekasihnya di hospital dahulu menjadi punca Airel Farhan pergi tanpa memberitahunya.
"Irshah." Panggil Airel Farhan.
"Yes?"
"Irshah apa khabar?"
"Alhamdulillah, sihat. Abang Farhan apa khabar?"
"Good.. I'm good cumanya abang Farhan sibuk sekarang dengan assignmentnya, test and many more.."
"Oh iyelah.. Biasalah tu, kan? Kawan-kawan abang Farhan sihat?" Irshah melabuhkan punggungnya di atas tilam. Mata merenung lama ke arah tingkap bilik yang tertutup rapat.
"Semua sihat, Shah.. Diorang semua dah jadi macam owner rumah abang and abang ni yang tetamu." Gelak tawa Airel Frhan disambut pula dengan gelak tawa Irshah. Terhibur dengan ujaran lelaki itu.
"Irshah kalau free datanglah ke London lagi. Abang Farhan boleh bawa Irshah pusing-pusing kat sini.. Itupun kalau Irshah sudilah.."
"InshaaAllah kalau ada rezeki lebih Irshah datang ke sana, ya? Irshah minta diri dulu ya Abang Farhan. Assalammualaikum."
"Waalaikumussalam."
Tamat sahaja panggilan, Irshah mengambil hoodie pemberian Airel Farhan. Fabrik baju itu diusapnya lembut.
"Kan bagus kalau awak ada kat sini.."
°°°••°°°••°°°••°°°••°°°
Farhan melabuhkan duduknya di tangga rumahnya. Matanya hanya memandang keliling dengan fikirannya yang susut dengan banyak fikiran.
Ktak!
Kedengaran bunyi pintu rumah dibuka namun tak diendahkan Airel Farhan.
"Hey bud.." Bahu Airel Farhan ditepuk perlahan oleh Will. Airel Farhan hanya menoleh sekilas bersama senyuman nipis diberikan pada lelaki itu.
"What's in your mind? Mind to share with me?" Soal Will. Matanya turut dialihkan memandang jalan raya di hadapan.
"Nothing big.. Just some small things to think.. I guess.." Ujar Airel Farhan.
"You want her, right?" Soalan daripada Will menarik perhatian Airel Farhan. Sisi wajah Will dipandangnya.
"Who?"
"Irshah."
Mendengarkan nama itu membuatkan Airel Farhan terkedu seketika.
"If you want her, just tell her, dude. It's now or never." Kata Will lagi. Airel Farhan yang senyap di sebelah dipandangnya seketika.
"Maybe she's the one.." Sambungnya lagi sebelum dia berlalu pergi meninggalkan Airel Farhan bersendirian lagi.
°°°••°°°••°°°••°°°••°°°
"Ibu! Abang rindu kat ibulah.. Rindu sangat ni.."
"Haa tahu pun rindu ibu.. Siapa suruh balik awal sangat haritu? Padan muka abang.."
Mencebik bibir Airel Farhan mendengar perlian Puan Hasnah.
"Alaaa ibu.. Pasal tu kan abang dah minta maaf. Ibu tak maafkan abang lagi ke?" Jari telunjuknya menguis cadar tilam.
"Tak adalah.. Ibu berguraulah.."
"Ni ada apa abang tiba-tiba call ibu semula? Selalunya sehari sekali je call.. Kenapa hari ni dua kali pula? Ada apa-apa jadi ke?"
Airel Farhan terdiam seketika. Tangannya naik menggosok tengkuknya. Macam mana nak mengaku dengan ibu ni..
"Abang sebenarnya nak minta tolong ibu.." Perlahan suaranya menyatakan hasrat di hati.
"Haa minta tolong apa tu?"
"Hmm.."
°°°BERSAMBUNG°°°
YOU ARE READING
[IN EDITING] Suamiku Si King Pick-up Line | New Version
Hayran KurguPemergian Irine jelas memberikan impak yang besar kepada ahli keluarganya, termasuk tunangnya sendiri. Kematiannya yang secara tiba-tiba benar-benar mengejutkan mereka semua. "Adik nak kakak.." Irshah si adik bongsunya adalah antara yang paling terk...