Tengah hari itu, Irshah sudah bersiap-siap untuk keluar. Dia mengenakan dress labuh berwarna baby blue yang dipadankan dengan shawl putih. Tudungnya dirapikan buat kali terakhir sebelum dia mengambil hand bag Guccinya yang berada di atas meja solek. Irshah melangkah keluar daripada biliknya.
"Adik nak ke mana cantik-cantik ni?" Soal Irsyaz yang kebetulan lalu di hadapan bilik Irshah. Penampilan adiknya dipandang dari atas ke bawah.
"Adik nak keluar jalan-jalan." Balas Irshah lalu dia tersengih pada Irsyaz.
"Nak abang Syaz teman?" Laju Irshah menggelengkan kepalanya.
"Adik nak jalan sorang-sorang."
Irsyaz memandang Irshah seketika. Matanya dipincingkan pada Irshah yang sedang tersengih padanya.
Setelah lama merenung Irshah, akhirnya dia mengangguk membenarkan. "Pergilah. Hati-hati nanti and kalau ada apa-apa berlaku, cepat-cepat beritahu." Sempat lagi dia menitipkan pesanan pada Irshah.
"Aye! Aye! Captain!" Kata Irshah sambil tangan kanannya tabik hormat pada si abang. Terlepas ketawa Irsyaz kerana terhibur. Tangannya naik mengusap kepala Irshah sebelum berlalu pergi.
Irshah menyambung lagi langkahnya menuju ke tingkat bawah rumah. Tiba di tangga terakhir, matanya meliar memandang sekeliling untuk mencari kelibat umi dan abahnya.
"Cari apa tu adik?" Tegur Dato' Lukman dari arah kiri Irshah. Mendengarkan suara itu, Irshah laju menoleh.
"Abah.." Irshah mendekati Dato' Lukman. Tangan tua abahnya disalam lalu kedua-dua pipi Dato' Lukman diciumnya dan kemudian dibalas dengan ciuman pada dahinya.
"Nak ke mana cantik-cantik ni?" Dato' Lukman memandang Irshah hairan.
"Adik nak keluar jalan-jalan. Bolehkan abah?" Tangan kanan Dato' Lukman digenggam.
"Boleh. Yang penting, adik mesti hati-hati." Kepala Irshah diusap sedikit oleh abahnya.
"Eh abah. Umi mana?" Soal Irshah.
"Umi ada di belakang rumah. Pergilah jumpa umi di sana."
"Okay abah!"
Irshah kemudiannya menuju ke halaman belakang rumahnya melalui pintu belakang di dapur. Daripada pintu, sudah kelihatan figura Datin Irnah yang sedang sibuk dengan bunga tanamannya.
Irshah melangkah menghampiri Datin Irnah.
"Umi.." Panggilnya. Datin Irnah laju menoleh ke belakang. Penampilan Irshah dipandang lama.
"Nak ke mana ni?" Soal Datin Irnah.
"Adik nak keluar jalan-jalan." Jawapan yang sama diberikan pada uminya juga.
"Oh.. Hati-hati nanti." Tangan Datin Irnah disalam lalu kedua-dua pipi uminya dicium.
"Pergilah.. Jangan balik lewat." Belakang Irshah ditolak lembut oleh Datin Irnah.
"Okay.. Bye umi!" Teruja sahaja nada suara Irshah.
Pemergiannya dipandang sahaja oleh Datin Irnah sebelum wanita itu kembali menyiram bunganya.
°°°••°°°••°°°••°°°••°°°
Pasar Seni
Setelah lama berfikir, akhirnya Irshah membuat keputusan untuk pergi ke Pasar Seni.
"Bila fikir-fikir balik, dah lama tak datang sini." Ujarnya sendiri.
YOU ARE READING
[IN EDITING] Suamiku Si King Pick-up Line | New Version
FanfictionPemergian Irine jelas memberikan impak yang besar kepada ahli keluarganya, termasuk tunangnya sendiri. Kematiannya yang secara tiba-tiba benar-benar mengejutkan mereka semua. "Adik nak kakak.." Irshah si adik bongsunya adalah antara yang paling terk...