Bab 22

657 42 0
                                    

Tok! Tok!

Irshah yang sedang bermain telefonnya laju menoleh memandang ke arah pintu wad. Serentak itu, pintu dibuka dari luar.

"Assalammualaikum, si manis.." Terkebil-kebil mata Irshah memandang jejaka di hadapannya ini.

"Na—Nawfal.." Jejaka bernama Nawfal itu serta-merta tersenyum manis setelah mendengar namanya disebut oleh gadis itu.

"How do you feel today?" Mata Irshah tidak berhenti mengekori Nawfal sehinggalah lelaki itu duduk di atas kerusi di sisi katilnya.

"Hei! Aku tahu aku handsome, tapi janganlah pandang lama sangat." Irshah melarikan wajahnya. Kepalanya ditundukkan memandang jari yang dimainkan satu sama lain.

"Aku tanya ni.. How do you feel today?" Sekali lagi dia menyoal.

"Fine." Hanya sepatah yang keluar daripada bibirnya.

"Aku tahulah aku ni ex-boyfriend kau tapi, takkanlah nak pandang muka aku pun kau dah tak sudi?" Nawfal mengintai sedikit wajah Irshah. Sejambak bunga baby breath diletakkan di atas kaki Irshah.

"This is for you. Your favourite." Ujarnya. Baru sahaja tangannya hendak naik mengusap kepala Irshah, tiba-tiba tangannya ditepis.

Irshah dan Nawfal sama-sama mengangkat kepala. Apa yang menyapa kornea mata mereka adalah, wajah dingin Airel Farhan yang sedang mencerlung tajam memandang Nawfal.

"Suka hati je tangan kau tu nak sentuh anak dara orang." Dingin suaranya menuturkan ayatnya. Rasa marahnya semakin membuak setelah melihat senyuman sinis Nawfal.

"Kau ni siapa pula?" Soal Nawfal. Dia bangkit dari duduknya dan berdiri menghadap Airel Farhan. Mata turut memandang tajam wajah Airel Farhan.

Irshah yang sedari tadi menjadi pemerhati sudah gelabah. Bergetar matanya kerana rasa takut kalau-kalau dua orang lelaki itu akan berkelahi di dalam wadnya.

"Aku siapa bukannya penting untuk kau pun.." Balas Airel Farhan. Bunga baby breath pemberian Nawfal dipandangnya tajam sebelum kembali memandang Nawfal.

"Lapuknya cara kau nak pikat perempuan." Sarkastik nadanya. Ketawa kecil dilepaskan.

Nawfal yang semakin panas hati mula melayangkan penumbuknya. Namun tak disangka-sangka, pergelangan tangannya digenggam kuat oleh Airel Farhan. Urat-urat hijau mula timbul di lengannya.

"Fuck off." Perlahan suaranya mengeluarkan kata-kata carutan itu. Cukup untuk dia dan Nawfal dengar.

Nawfal merentap kembali lengannya. Serentak itu, bunga baby breath tadi diambil oleh Airel Farhan sebelum dihempas ke dada Nawfal. Dengan selambanya tubuh Nawfal ditolak keluar daripada wad itu.

Selesai menutup pintu wad, Airel Farhan berjalan mendekati katil Irshah. Tanpa berkata apa, Airel Farhan terus mengambil tempat di atas kerusi. Irshah yang sedang memandangnya itu hanya dipandang sekilas.

Irshah pula sudah mula risau dengan Airel Farhan yang sedari tadi hanya senyap. Setiap gerak geri lelaki itu diperhatikannya dan dia sedar bahawa Airel Farhan cuba untuk mengelak daripada memandangnya.

"A.. Abang Farhan ada apa datang sini?" Akhirnya Irshah bersuara. Airel Farhan memandang Irshah seketika.

Dingin. Itu yang mampu Irshah ungkapkan daripada pandangan mata lelaki itu.

"Tak boleh ke?" Kecut perut Irshah mendengar ton suara Airel Farhan. Takut-takut Irshah membalas renungan dingin Airel Farhan.

"Abang Farhan marah ke?" Soal Irshah. Bibir bawahnya digigit apabila Airel Farhan hanya senyap sambil merenungnya.

"Why would I?" Irshah tersenyum nipis sahaja. Betullah tu.. Kenapa perlu dia marah, bukan?

"I got to go.. Abang ada urusan. Jaga diri baik-baik." Tanpa menunggu balasan daripada Irshah, Airel Farhan terus bangkit dan meninggalkan gadis itu terkebil-kebil.

"Aku ada buat salah ke?"

°°°••°°°••°°°••°°°••°°°

Sudah 5 hari berlalu sejak kali terakhir Irshah bersua muka dengan Airel Farhan. Lelaki itu tiba-tiba sahaja senyap tanpa sebarangan perkhabaran.

Malah ketika Irshah sudah dibenarkan pulang pun, hanya keluarga Airel Farhan sahaja yang datang melawatnya. Hendak bertanya akan keberadaan lelaki itu, namun Irshah cukup segan untuk bertanya.

Biarlah.. Mungkin sahaja dia sibuk.

"Adik. Termenungkan apa lagi tu? Kenapa tak makan?" Suara Datin Irnah mematikan lamunan Irshah. Gadis itu hanya tersengih sebelum dia mula menyuapkan nasi ke dalam mulutnya.

"Emm.. Umi.." Datin Irnah yang sedang makan itu memandang Irshah yang duduk menghadapnya.

"Ya, sayang.. Kenapa?"

Irshah senyap seketika. Berkira-kira hendak bertanya ataupun tidak pada wanita kesayangannya itu.

"Tak.. Tak ada apalah, umi." Irshah tersenyum nipis melihatkan wajah kehairanan Datin Irnah.

"Nak tanya apa tu, adik?" Irshah memandang Datin Irnah lama kali ini.

"Emm.. Abang Farhan mana?" Akhirnya terkeluar juga soalan itu.

Datin Irnah memandang Irshah dengan hairan. Air suamnya diteguk sedikit sebelum dia kembali memandang Irshah.

"Adik tak tahu ke?" Soalan Datin Irnah membuatkan Irshah berkerut kehairanan.

"Tak tahu apa umi?" Dia benar-benar buntu. Ada apa-apa yang dia tidak tahukah?

"Farhan dah balik ke Londonlah." Irshah terdiam. Dia mimpikah?

"Hah?" Datin Irnah mengangguk perlahan.

"Umi ingatkan adik tahu.. Sebab itulah dia tak datang lawat adik semalam." Terang Datin Irnah lagi sebelum dia mengangkat pinggannya dibawa ke sinki.

Irshah jelas tergamam dengan apa yang diberitahu oleh uminya. Dia terkilan sedikit apabila pemergian lelaki itu langsung tidak dia ketahui.

Tapi kenapa tiada sesiapa yang beritahunya?

Atau lebih tepat lagi.. Kenapa abang Farhan tidak memberitahunya sendiri?

°°°BERSAMBUNG°°°

[IN EDITING] Suamiku Si King Pick-up Line | New VersionWhere stories live. Discover now