Bab 15

800 50 0
                                    

"Aamiin.." Kedua-dua tangannya diraupkan pada wajahnya. Songkok di kepala ditanggalkan. Tubuhnya dipalingkang ke belakang dan kelihatan mereka yang lain hanya diam memerhatinya solat.

"Why?" Soal Airel Farhan. Mereka berlima tersengih.

"We want to wear that." Kata Will sambil jarinya menunding ke arah kain pelikat yang dipakai oleh Airel Farhan.

Airel Farhan menunduk memandang kain pelikatnya lalu ketawa kecilnya terlepas. Dia kembali mengangkat kepalanya memandang ke arah mereka berlima.

"Alright.." Airel Farhan bangun daripada duduknya. Laci yang berada di sebelah almarinya dihampiri. Laci tingkat ketiga dibuka lalu dua helai kain pelikatnya yang ada di dalam laci itu dikeluarkan lalu diletakkan di atas tilam.

"I will go find the rest." Katanya sebelum dia melangkah keluar.

Kakinya melangkah menuju ke bilik Arianna. Pintu diketuk beberapa kali lalu terpacul wajah abang iparnya, Muaz.

"Bang. Ada kain pelikat lebih tak? Tiga helai." Ternaik kening Muaz setelah mendengar permintaan adik iparnya.

"Kau nak buat apa? Banyak pula tu." Soal Muaz. Airel Farhan tersengih.

"Member nak pakai juga. Kain aku kat sini ada dua helai je lagi dalam laci." Terang Airel Farhan. Muaz turut tergelak mendengar ala yang dikatakannya.

"Sekejap aku pergi cari." Ujar Muaz sebelum dia masuk ke dalam bilik. Almari pakaian dibuka lalu tiga helai kain pelikat yang tersusun cantik diambil.

"Abang nak buat apa dengan kain tu?" Soal Arianna yang kebetulan baru sahaja keluar daripada kamar mandi di dalam bilik itu.

"Kawa-kawan Farhan nak pakai." Katanya dan serentak itu Arianna menayangkan riak terkejutnya.

"Abang bagi kat An dulu." Pamitnya sebelum kembali melangkah ke pintu bilik. Tiga helai kain pelikat itu diberikan pada Airel Farhan.

"Kau kat sana ajar dia orang pakai kain ni ke?" Airel Farhan menganggukkan kepalanya sebagai jawapan.

"Seronok sangat dia orang pakai. Aku masuk bilik dulu, bang." Muaz mengangguk sahaja. Pergi sahaja Airel Farhan, dia kembali menutup pintu bilik.

Masuk sahaja Airel Farhan ke dalam biliknya, dilihatnya Will dan Franz sudah selesai memakai kain pelikatnya. Ketawa kecilnya terlepas lagi.

"You can wear it on your own now." Puji Airel Farhan. Tiga helai kain tadi diberikan pada Ken, Ben dan Hanz.

Dia melabuhkan punggungnya di atas tilam dan memerhati sahaja mereka berlima yang sedang memakai kain pelikat tanpa seorang pun meminta bantuan daripadanya. Dah pandai dah sekarang ni..

Beberapa minit berlalu, akhirnya mereka selesai. Airel Farhan menghampiri mereka untuk mengemaskan sedikit kain mereka sebelum dia menjarakkan diri daripada mereka.

"You guys look so cute." Katanya.

"Let's go. We go downstair." Ajaknya. Mereka berenam keluar daripada bilik itu dan berjalan menuju ke tingkat bawah.

Puan Hasnah yang sedang duduk di ruang tamu itu menoleh ke arah tangga. Lebar senyumannya melihat enam orang anak terunanya itu turun.

"Lah.. Pakai kain pelikat pula dah." Tegur Puan Hasnah. Gelaknya yang ditahan akhirnya terlepas juga.

Airel Farhan berlari ke arah Puan Hasnah. Tubuh ibunya dipeluk dari tepi lalu pipi kiri wanita itu diciumnya berkali-kali.

"Manjanyalah abang ni.." Kepala Airel Farhan diusap-usapnya. Kemudian, Hanz, Franz, Will, Ben dan Ken mengambil tempat di atas lantai. Mereka hanya memerhati sahaja kerenah Airel Farhan terhadap ibunya.

[IN EDITING] Suamiku Si King Pick-up Line | New VersionWhere stories live. Discover now