Bab 1

1.3K 89 21
                                    

Irshah termenung memandang ke luar jendela. Pandangannya kosong sama seperti fikirannya yang kosong ketika itu.

Sudah 4 jam dia berkurung di dalam bilik setelah selesai tahlil Irine selepas waktu isya' tadi. Halaman belakang rumah yang luas itu direnung lama. Satu persatu memorinya bersama Irine berlayar di fikirannya.

Betapa rindunya dia dengan senyuma dan suara kakaknya itu. Sehingga sekarang, dia rasakan seperti semua ini hanyalah sebuah mimpi dan jika ini mimpi, cepat-cepatlah sedarkan dia. Dia sudah tidak mampu untuk terus bertaham di dalam mimpi ini.

"Kakak.." Laju air matanya kembali mengalir. Terhinjut-hinjut bahunya menaham esakan. Dadanya yang terasa sakit ditekan. Kepalanya ditundukkan sedikit. Lalu, lututnya pula dirapatkan ke dada.

"Adik rindu kakak.." Rintihnya lagi. Esakannya semakin kuat kedengaran, memenuhi ruangan biliknya yang sunyi.

Seketika kemudian, Irshah membaringkan tubuhnya di atas tilam. Matanya merenung ke arah dinding kosong di hadapannya.

Dia sudah tidak tahu apa yang perlu dia lakukan saat itu. Perlukah dia terus mara ke hadapan sedangkan kakaknya yang menjadi penguat semangatnya selama ini sudah tiada.

Tok ! Tok! Tok!

Bunyi ketukan pada pintu dibiar sepi. Irshah masih statik terbaring di atas tilam. Tidak lama kemudian, kedengaran pula pintu biliknya dibuka. Dia alngsung tak berminat untuk tahu, siapa yang datang menjenguknya saat itu.

"Adik.."

Oh umi rupanya..

Irshah menoleh ke sisi lain apabila Datin Irnah melabuhkan punggung di birai katil.

"Turun makan jom.." Ajaknya namun Irshah menggeleng.

"Adik tak nak.." Perlahan sahaja suaranya menjawab.

"Jangan macam ni, adik. Makan dulu. Adik tak jamah apa-apa pun daripada pagi. Kalau sakit nanti macam mana?" Pipi Irshah diusap oleh Datin Irnah. Risau dia melihat keadaan anak bongsunya itu.

Irshah menggigit bibirnya. Menahan daripada bunyi esakannya keluar. Dagunya bergetar dan akhirnya dia tewas. Air matanya mengalir laju menuruni pipinya.

"Adik nak kakak.." Katanya dalam tangisannya. Bibirnya tercebik sambil matanya memandang ke arah uminya.

"Allahuakhbar.. Sabar anak umi.." Dahi Irshah diciumnya.

Semakim lama, esakan Irshah semakin kuat kedengaran. Bagai tiada tanda-tanda untuk si gadis itu menghentikan tangisannya.

Uhuk! Uhuk!

Tiba-tiba dada Irshah berombak kencang dan nafasnya mula tersekat-sekat.

"Ya Allah adik! Abang!!" Dada Irshah diurut perlahan.

"Abang!!" Jerit Datin Irnah lagi. Tidak lama kemudian, Dato' Lukman melangkah masuk ke dalam bilik. Melihatkan Irshah yang seperti terkapai-kapai di atas tilam itu, dia laju mendekati meja solek anaknya itu. Inhaler diambil lalu diberikan pada isterinya.

"Adik.. Betulkan nafas dulu.. Tarik nafas.."

"Hembus." Irshah menurut sahaja kata uminya.

Beberapa minit kemudian, Irshah kembali tenang. Matanya juga semakin kuyu.

"Dah ngantuk ni.. Tidurlah." Arah Dato' Lukman. Kepala Irshah diusap-usapnya perlahan sehinggalah Irshah terlena.

"Abah, umi. Kenapa ni?" Dato' Lukman dan Datin Irnah sama-sama menoleh ke pintu. Kelihatan Irsyaz yang sedang berjalan ke arah mereka.

[IN EDITING] Suamiku Si King Pick-up Line | New VersionWhere stories live. Discover now