Bab 3

1K 68 10
                                    

Irshah memandang sahaja umi dan abinya yang sedang berbincang di gazebo rumahnya. Manakala dia pula hanya berdiri menunggu dipintu rumah.

"Shah. Tengok apa?" Irshah menoleh.

"Oh Maya.. Aku tengok umi dan abah tu. Serius sahaja berbincang." Maya turut menoleh ke arah yang dilihat sepupunya.

Benar kata Irshah. Pasangan itu kelihatan serius sahaja berbincang. Sekejap Datin Irnah kelihatan tenang, kemudian tiba-tiba sahaja dahinya berkerut, kemudian wajahnya tegang kembali.

"Agak-agak diorang bincang apa ya?" Soal Irshah. Dia memandang sekilas sahaja kepada Maya.

"Manalah aku tahu, Shah.." Balas Maya. Benar juga kata Maya itu.

Pap!

"Oh mak kau mak aku!" Latah Maya. Irshah dan Maya sudah jatuh terduduk di atas lantai. Kepala didongak memandang insan yang memeranjatkan mereka tadi.

"Kak Dian!" Dian mengekek ketawa sahaja melihat wajah cemberut dua gadis muda itu. Tak padan dengan perutnya yang memboyot itu, ada sahaja perkara nakal yang dibuatnya. Suaminya juga risau kelak anak mereka itu akan mengikut perangai nakalnya itu.

"Buat apa tadi? Memghendap siapa?" Soalnya. Tangannya naik mencekak pinggang. Matanya dikecilkan, memandang tajam dua orang anak muda itu.

"Tak ada apalah akak.." Balas Irshah. Setelah dia berdiri, tangannya menarik Maya pula.

"Akak ni, tak elok tau bagi terkejutkan orang.. Nanti anak akak ikut sama nakal macam akak." Usik Maya.

Belum sempat Dian berbuat apa-apa, Irshah dan Maya sudah terlebih dahulu melarikan diri.

"Sayang. Pantang abang tinggal sekejap, laju je lari." Dian menoleh ke belakang lalu tersengih pada suaminya.

"Sengih, sengih. Dah pergi duduk kat ruang tamu sana." Dian menurut sahaja kata suaminya.

°°°••°°°••°°°••°°°••°°°

"Shah.. Kau betul ke ni okay?" Soal Maya.

Sekarang, dia menemani Irshah di bilik tidurnya. Mahu membantu di dapur, malah mereka berdua dilarang. Jadi, mereka mengambil keputusan untuk masuk ke dalam bilik dan menunggu majlis tahlil malam itu mula.

"Walaupun tak okay, aku mesti okay jugalah.. Nanti umi, abah dan abang Syaz sedih." Balas Irshah. Jarinya dimainkan antara satu sama lain.

Maya tidak berkata apa. Dia mendakap tubuh Irshah lalu tangannya menepuk-nepuk belakang Irshah.

"InshaaAllah, semuanya akan baik-baik sahaja nanti. Aku faham apa yang kau rasa.." Pujuknya.

Bibir Irshah dipaksa mengukir senyuman. Kata-kata Maya membuatkan dia kembali sebak. Dia ingin menghamburkan tangisannya, namun memikirkan umi, abah dan abangnya membuatkan dia menahan sahaja sebaknya.

"Tak nak menangis ke?" Soal Maya tiba-tiba. Irshah hanya membalas dengan gelengan.

"Baiklah.. Kau mesti kuat. Ini semua ketentuan Allah dan kita tiada hak nak mempertikai atau melawan kehendak Allah. Faham tak tu Shah?"

[IN EDITING] Suamiku Si King Pick-up Line | New VersionWhere stories live. Discover now