Chapter 20

21 3 0
                                    

Cutie Minseo

| Minseo kenapa tiba-tiba macam tu?
| Aku ada buat salah ke?
5:26 pm

Jaemin melihat phonenya. Pesanan yang dihantar olehnya petang tadi sama sekali tidak dilihat mahupun dibalas oleh Minseo. Dia mula gelisah.

"Apa salah aku dia tiba-tiba suruh aku jangan tegur dia lagi?" Dia mengeluh.

"Sebab hal malam tadi ke? Dia tak selesa dengan aku? Sebab aku asyik sebut dia first love? Sebab tu lah dia nak terus naik balik padahal baru turun?" Soal Jaemin pada dirinya sendiri mengingat kejadian malam semalam.

"Tapi kalau betul sebab tu sekalipun kenapa baru sekarang dia nak marah? Padahal pagi tadi dia elok?"

+++

Minseo memejamkan matanya sambil berbaring. Tangannya diletakkan di atas matanya. Tanpa disedari, air matanya mengalir. Kesemua kenangan Jaemin yang tersenyum padanya berlegar dalam kepala.

"Aku tak percaya kau boleh letak aku dekat dalam situasi yang macam tu." Gumamnya perlahan tanpa membuka mata. Dia teringat waktu waktu dia dibuli. Waktu makanannya dituang susu, waktu orang-orang sengaja membuat dia jatuh, waktu dia disiram dengan air dan dilempari dengan baldi bahkan waktu dia bermandi telur.

Padahal waktu-waktu itu Jaemin terlihat sangat mempedulikan dirinya ternyata semua hanyalah lakonan.

"Minseo nak makan ramen tak?" Soal Mark sambil membuka pintu bilik Minseo. Kening diangkat melihat Minseo yang berbaring sambil menutup matanya dengan lengan.

"Oi? Tidur ke?" Soal Mark.

"Keluar." Ujar Minseo.

"Tak nak makan ramen ke?"

"Tak nak, keluar please."

"Oh my god Minseo kita yang tak pernah pernah reject ramen tiba-tiba tak nak makan ramen? Kau kena rasuk ke?" Soal Mark lagi membuatkan Minseo terus duduk di atas katilnya. Mark pun melihat mata Minseo yang merah serta wajahnya yang agak basah itu.

"Pleaselah keluar." Ujar Minseo serius.

"Kau nangis ke?"

"Ke.lu.ar." Minseo menunding jari ke arah pintu.

"Tak, kau cakap dulu kenapa kau nangis? Sebab budak-budak yang kacau kau tu ke?" Soal Mark bimbang. Meski dia terlihat seperti abang yang biasa-biasa dan tidak begitu berminat dengan hal peribadi adiknya, sebenarnya dia amat prihatin terhadap Minseo.

"Mark please dengar cakap aku! Kenapa semua macam ni!" Minseo hilang sabar, dia menangis kuat.

"Weh weh weh! Shhh! Mama Papa dengar karang!" Mark panik.

"Minseo?!" Seperti yang disangka, ibu dan bapa mereka yang berada di dalam bilik terus keluar selepas mendengar Minseo berteriak.

Buk!

Kepala Mark diluku oleh Papa.

"Mark buat Minseo kan?" Soalnya. Dengan pantas Mark menggeleng sambil memegang kepalanya.

"Bukan!"

"Bukanlah sangat! Habistu kenapa ni?!" Soal Papa lagi. Manakala Mama duduk di atas katil Minseo untuk menenangkannya.

"Sumpah Mark tak tahu kenapa! Mark just nak ajak dia makan ramen tapi tiba-tiba je dia nangis!"

"Sebab tulah aku cakap keluar je!" Balas Minseo sambil menahan esak tangis. Belakang badannya diusap oleh Mama.

An End Without A Start【 NJM 】Where stories live. Discover now