"Beg beg apa tu?" Soal Minseo. Mata Jaemin tidak berkedip akibat terkejut, dia tidak menyangka Minseo bakal menegurnya.
"Ah ni aku-"
"Tak apalah, aku bukannya kisah pun." Potong Minseo. Jaemin pun terdiam lalu memandang bawah.
"Takziah pasal kak Jina.. Aku dengar dari Jeno yang kebumi dia dekat Seoul je tak bawa balik mayat dekat sini, and aku minta maaf sebab aku tak dapat datang majlis pengebumian dia. Itu je." Ujar Minseo tanpa memandang Jaemin.
"Minseo.."
"Ah by the way aku cakap macam tu bukan sebab aku dah maafkan kau, aku just sebersalah pasal apa yang jadi dekat kak Jina." Sambung Minseo lalu terus masuk ke dalam rumahnya. Awalnya dia memang keluar untuk ke supermarket namun tak jadi.
Jaemin mengeluh perlahan, yelah apalah yang dia harapkan? Dengan itu Jaemin pun melangkah untuk pergi dari situ.
+++
Ibu Renjun memandang ke arah Renjun yang berdiri di hadapannya bersama dengan Jaemin sekarang ini. Dia mengusap tengkuknya hairan.
"Jaemin lari rumah ke?" Soal ibu kepada Renjun.
"Mama kan ada cakap nak cari pekerja part time hari tu, itu yang Renjun bawa Jaemin ni ha." Ujar Renjun. Jaemin mengangguk.
"Makcik tolong ambil Jaemin kerja dekat sini, Jaemin pandai masak, Jaemin pandai cuci pinggan, Jaemin pandai mengemas, Jaemin boleh mop lantai, bukan tu je Jaemin pun boleh buat delivery." Ujar Jaemin.
"Okey tapi tu beg beg apa tu?" Soal ibu Renjun.
"Alaa ma, sebab Jaemin kerja dekat sini mama tumpangkan lah Jaemin. Jaemin boleh tidur dengan Renjun jangan risau. Plus makan minum dia pun tak free kan? Mama tolak jelah dari duit gaji dia." Balas Renjun.
"Jadi betullah Jaemin lari rumah?" Jaemin mengangguk.
"Tapi Ayah tahu yang Jaemin keluar."
"Okeylah kerja start hari ni boleh kan?"
"Baik! Terima kasih makcik!" Jaemin menundukkan badannya dengan penuh semangat.
+++
"Aku siapa? Aku merupakan orang yang semestinya lebih kenal Jaemin berbanding korang semua ni."
"Dia benci Jaemin tapi kenapa dia bela Jaemin bila orang cakap buruk pasal dia?" Dagu diusap oleh Jihoo memikirkan tentang hal itu.
"Kenapa eh?"
"Mungkin dia kesian, simpati." Celah Yeonhee.
"Simpati? Tapi kenapa dia simpati?"
"Probably sebab hati dia lemah, walaupun dia tak suka dengan Jaemin tapi dia kesian tengok keadaan Jaemin macam tu. Dalam drama pun banyaklah benda macam tu."
+++
"Dia lari rumah ke? Apa beg beg tu agaknya?" Fikiran Minseo lari, dia berhenti mewarna lukisannya apabila teringat keadaan Jaemin sebentar tadi.
"Tengok rupa dah sah sah baru lepas kena pukul. Yelah betullah tu, lari rumah lagi better." Gumam Minseo lagi. Kemudian dia terus menggeleng.
"Ish lari rumah ke lari planet ke ada aku kisah?" Minseo pun hendak sambung mewarna lukisannya di atas camvas tersebut namun dia telah merosakkan lukisannya tanpa sengaja.
YOU ARE READING
An End Without A Start【 NJM 】
Fanfic❝Cinta pertama takkan pernah jadi kenyataan.❞ starting ; 5/3/19 republish ; 20/2/24 end ; 19/4/24