Chapter 15

24 9 0
                                    

Mata bertentang mata. Jaemin tersenyum manakala Minseo masih terkejut.

"Hmp!" Minseo terus duduk daripada terus berbaring di atas Jaemin. Jaemin pun turut duduk.

"Asallah aku asyik jatuh je kebelakangan ni?" Soal Minseo pada dirinya sendiri.

"Sekarang Jihoo tak ada dekat sini, jadi penyebabnya ialah kau sendiri." Ujar Jaemin. Mereka berdua terus berdiri.

"Eh kau tu dah kenapa mengelak daripada aku?" Soal Minseo.

"Bila pula?"

"Tadi! Tadi baru je kau mengelak! Kau lari daripada aku! Kau nak sangkal apa lagi? Plus fitness center? Cih, fitness centerlah sangat badan kau kurus kering macam ni fitness center? Alasan kan semua tu? Mana fitness center kau? Member tengah buang sampah, fitness center apa?" Soal Minseo membuatkan Jaemin terdiam. Muka dia macam baru lepas kena tampar dengan selipar Jepun. Mana taknya, berdas das Minseo bagi.

"Aku- itu-"

"Kau cakap sekarang kenapa?"

"Kan aku dah cakap sebelum ni, kau dengan Hyunjin. Aku tak nak jadi orang ketiga."

"Orang ketiga? Banyaklah kau orang ketiga, Jaemin kita bukan hubungan yang macam tu. Kita kawan." Ujar Minseo.

"Iya aku tahu, aku tahu kita kawan kita bukannya hubungan sulit hubungan terlarang macam tu. Tapi aku cuma tak suka. Aku-"

"Diam." Potong Minseo.

"Aku tak nak dengar apa-apa lagi dah. Sekali lagi kau cuba mengelak daripada aku, ingat yang aku akan cari kau sampai lubang cacing." Sambung Minseo. Pergh meremang bulu roma Jaemin dibuatnya mendengar ugutan Minseo.

"Jom." Ujar Minseo.

"Mana?"

"Mana lagi? Makan kimbaplah!" Terhinjut bahu Jaemin dibuatnya mendengar Minseo meninggikan suara.

"Kimbap apa sekarang ni? Dah nak senja dah." Ujar Jaemin.

"Aku cakap jom." Ujar Minseo tidak mempedulikan kata-kata Jaemin. Lelaki itu pun terpaksa akur.

"Haih sakit betul hati aku hari ni." Kata Minseo setelah mereka membeli kimbap. Mereka duduk di meja luar GS25 itu.

"Kenapa?"

"Perempuan gila tu satu masalah, kau pun satu masalah." Jawab Minseo membuatkan Jaemin memadangnya.

"Aku buat apa?"

"Kau ni biar betul tak nak kawan dengan aku dah?" Soal Minseo semula.

"Bila masa aku cakap macam tu? Aku kan just cakap yang aku nak kurangkan jumpa kau tu je." Balas Jaemin.

"Sama je kan maksud dia? Kalaulah suatu hari nanti ditakdirkan persahabatan kita putus, kau akan buat apa?" Soal Minseo membuatkan Jaemin tergelak.

"Apa kau kata ni? Kalau persahabatan kita putus, kita tak kawanlah." Balas Jaemin deret.

"Bukan tu maksud aku. Maksud aku, nanti kalau jadi something yang memutuskan persahabatan kita, kau akan buat apa?" Soal Minseo sekali lagi dengan serius.

"Aku akan buat sesuatulah untuk halang benda tu daripada terjadi." Balas Jaemin.

"Kau akan halang? Tapi sekarang ni macam kau je yang menjadi sebab." Kata Minseo, Jaemin tidak tahu mahu membalas apa dan hanya memilih untuk mendiamkan diri.

"Kau akan terus macam ni ke?" Soal Minseo.

"Tak." Jawab Jaemin.

"Kita akan kembali macam biasa right?"

An End Without A Start【 NJM 】Where stories live. Discover now