An End Without A Start ; Intro

75 11 11
                                    

"Cinta pertama takkan pernah jadi kenyataan."

Adakah perkara tersebut benar? Tentu sekali Jaemin tidak mempercayai perkara konyol seperti itu. Kerana padanya perkara tersebut hanyalah tahyul yang direka oleh orang semata-mata.

Kerana buktinya pada saat ini cinta pertama Jaemin, seorang gadis bernama Lee Minseo telah kembali kepadanya lepas 11 tahun meninggalkan tanah air. Dalam ingatan Jaemin, Minseo merupakan seorang gadis kecil berusia 6 tahun yang sangat baik kepadanya. Mereka berjiran dan bahkan menghadiri tadika yang sama.

Jaemin adalah seorang budak lelaki yang kurang bernasib baik. Sudahlah mempunyai ayah yang hobi mabuk-mabukan tak cukup dengan itu kaki pukul pula. Bahkan ibu Jaemin sendiri tewas di tangan ayahnya pada saat Jaemin hanya berusia 6 tahun.

Tapi mempunyai jiran seperti Minseo telah mengubati lukanya walaupun sedikit. Ibu bapa Minseo merawat Jaemin dan juga kakak Jaemin yang kehilangan ibu dengan baik pada saat ayah Jaemin dihakimi oleh tuduhan membunuh meskipun pada hujungnya dia dilepaskan.

Jaemin sangat menyukai sosok gadis kecil yang bernama Minseo sehingga dia meminta izin kepada ibu bapa Minseo untuk menikahi Minseo setelah dewasa nanti. Namun ibu bapa Minseo semestinya tidak mengambil serius dengan ucapan budak yang berusia 6 tahun.

Tapi semuanya berakhir apabila Jaemin memasuki umur 7 tahun. Langit seakan-akan jatuh kepadanya setelah dia mengetahui yang keluarga Minseo telah berpindah dengan alasan bapanya telah dinaik pangkat sekaligus dipindahkan ke negara yang terkenal oleh daun maple, iaitu Kanada.

Dari situ neraka bagi Jaemin pun bermula. Dia kehilangan tempat bersandar dan tempat berbagi makanan.

"Anak bodoh."

"Kau dengan mak kau sama je."

"Dahlah tak guna, elok mati je kau ni."

Setiap cacian dan pukulan diterima oleh Jaemin dengan pasrah. Itulah kehidupannya sehinggalah dia mencecah usia 18 tahun. Genap 11 tahun Minseo telah pergi dari hidupnya namun dia masih tidak melupakan gadis kecil itu. Tapi harapannya mulai pudar. Mungkin perkara yang dia sangkakan konyol dan tahyul itu benar, bahawa cinta pertama takkan menjadi kenyataan.

Sehinggalah..

"Haii saya baru pindah sini hari ni, kita berjiran. Saya datang nak bagi kek beras ni." Ujar Minseo tersenyum sambil menayangkan kek beras tersebut pada kamera monitor tersebut. Jaemin pun membuka pintu utama rumahnya.

"Terima kasih." Ujar Jaemin setelah menerima kek beras itu.

"No problem." Ujar Minseo cuba menjadi ramah.

Dia kembali setelah 11 tahun. Dia, tempat bersandar ternyaman bagi Jaemin dan juga tempat dia berbagi makanan. Iya, gadis 6 tahun yang sentiasa dalam ingatan Jaemin telah kembali dengan rupa 18 tahun. Itu telah membuatkan Jaemin kembali percaya yang cinta pertama tidak semestinya gagal. Persoalannya sejauh manakah Jaemin akan mempercayai kalimat itu?

Adakah dia bakal berhenti mempercayai kalimat tersebut apabila dia mengetahui yang cinta pertamanya itu menanamkan perasaan terhadap lelaki lain? Atau apabila cinta pertamanya itu mula membencikannya akibat fitnah yang disebarkan oleh orang yang dengki terhadapnya?

An End Without A Start【 NJM 】Where stories live. Discover now