"Kau faham maksud aku kan?" Soal Minseo membuatkan semua menjerit dan seperti biasa jeritan tersebut diketuai oleh Han Jisung. Hyunjin mengangguk faham sambil tersenyum lebar sehingga ke telinga.
Krakk
Korang dengar bunyi tu? Iya itu bunyi hati Jaemin pada saat ini.
"Apa semua ni..?" Soal Jaemin.
"Jaem.." Jeno memegang bahu Jaemin namun ditepis serta-merta. Jaemin menghelakan nafas lalu berpusing. Dia keluar dari beranda rumah Hyunjin untuk beredar dari situ.
"Kau tak nak kejar dia ke?" Soal Renjun.
"Biarlah.. Mungkin dia perlukan waktu."
Jaemin berjalan dengan hati yang remuk. Mengapa perkara seperti ini terjadi? Dia bahkan tidak pernah membayangkan perkara seperti ini bakal berlaku.
"Jadi selama ni Minseo.. Sukakan Hyunjin?" Gumamnya perlahan.
"Padahal aku yang sukakan dia dulu, aku yang jumpa dia dulu. Mana boleh macam ni. Hyunjin seriously.." Sekuat-kuat Jaemin, dia memang terluka pada saat ini.
+++
Jihoo mengetap gigi sambil menggenggam penumbuknya. Dia seakan-akan air mendidih yang sedang dimasak dalam cerek pada bila-bila masa sahaja boleh berbunyi. Melihat perkara itu, Yeji mengibas rambutnya ke belakang lalu menghampiri Jihoo.
"Baik kau balik daripada buat kecoh dekat sini, nanti satu kelas anggap kau gila." Bisik Yeji seperti tahu yang Jihoo ingin menimbulkan rusuhan di majlis itu.
"Kau tahu pasal benda ni kan?" Soal Jihoo dengan mata yang membesar, urat lehernya kelihatan.
"Mestilah aku tahu, benda ni sebahagian daripada majlis kan?"
"Kau tahu and kau biarkan?"
"Well kau nak aku buat apa? Hyunjin suka dekat budak baru tu, macam yang kau tengok budak baru tu pun sama. Aku hanya support kembar aku." Balasan Yeji membuatkan Jihoo tergelak sinis.
"Kau tengoklah nanti, memang aku bunuh semua orang." Ujar Jihoo lalu terus beredar dari majlis tersebut. Yeji ketawa.
"Dia fikir dia apa?" Gumam Yeji.
"Diakan psycho." Balas Lia.
+++
Jaemin membuka pintu rumahnya lalu masuk ke rumah. Dia hanya berjalan kaki sahaja pulang dari rumah Hyunjin ke rumahnya dan tidak menaiki bas.
"Oi siapa suruh kau keluar?" Soal Ayah kepada Jaemin.
"Ayah tidur tadi waktu Jaemin keluar."
"Habistu kau fikir aku tidur kau boleh keluar suka-suka hati kaulah?" Ayah berdiri.
"Sejak bila Ayah sibuk pasal Jaemin keluar? Selama ni Jaemin minta izin keluar sekali pun Ayah tak peduli, siap kata Ayah tak nak tengok muka Jaemin lagi. Sekarang kenapa tiba-tiba marah?" Soal Jaemin, buat
pertama kalinya dia berani menjawab seperti ini."Huh? Apa kau cakap? Pandai dah melawan? Dasar anak tak pandai diuntung, kau nak kena kan?"
Pang!
Pipi Jaemin ditampar. Jaemin terteleng lalu dia memandang Ayahnya dengan mata yang penuh kemarahan.
"Pukullah, Ayah pukullah Jaemin lagi. Lagipun Jaemin memang dah cukup sakit dah sekarang ni setakat kena pukul lagi apalah sangatkan?" Soal Jaemin sambil tersenyum seperti orang gila.
YOU ARE READING
An End Without A Start【 NJM 】
Fanfic❝Cinta pertama takkan pernah jadi kenyataan.❞ starting ; 5/3/19 republish ; 20/2/24 end ; 19/4/24