"Eung mestilah, aku akan tepati apa sekalipun janji tu dekat kau." Balas Jaemin sambil tersenyum. Memang kaku habis Minseo dibuatnya. Jadi.. Kata-kata Jeno adalah benar?
Yang Jaemin menyukainya bahkan sampai sekarang?
Jaemin memandang Minseo yang berdiri tegak seperti ais, reaksi wajahnya agak terkejut. Itu membuatkan Jaemin pelik.
"Minseo?" Jaemin melambaikan tangannya di hadapan wajah Minseo namun dia tetap kaku tidak ubah seperti ais.
Kring kring! (loceng basikal)
Jaemin memandang ke belakang. Terdapat sebuah basikal yang ingin lalu di tepi Minseo membuatkan Jaemin terus menarik Minseo rapat dengannya. Pada saat itu barulah Minseo sedar. Dia memandang wajah Jaemin yang sangat rapat dengannya. Kemudian Jaemin memandang Minseo yang berada dalam pelukannya membuatkan dia turut terkejut. Terus sahaja tubuh Minseo dilepaskan.
"Basikal tu nak lalu, aku takut dia terlanggar kau." Ujar Jaemin.
"K-k jomlah kita naik sekarang!" Kata Minseo.
"Sekarang?" Minseo mengangguk.
"Tapi kita baru turun?"
"Sekejap pun dah cukup! Aku dah tak rasa lemas dah nak naik balik!" Ujar Minseo lalu terus berjalan meninggalkan Jaemin untuk naik ke atas.
"Biar betik? Minseo tunggu!"
+++
Keesokan harinya, Minseo membelek buku sejarahnya sambil melangkah masuk ke dalam gedung sekolah. Tidak lupa juga dengan lagu Boss dari NCT U yang berkumandang di earphonenya.
"Dah sampai dah." Ujar Yeonhee sambil melihat Minseo dari tingkat 2. Terus sepapan telur dicapai olehnya lalu dia menjatuhkan kesemua telur tersebut ke bawah tepat mengenai Minseo.
Kecekak!
Kecekak!"Pftt." Somyi ketawa sambil melihat gambar Minseo yang disaluti lendir telur itu.
"Woi!" Minseo memandang ke atas.
"Weh, Minseo salut telur sumpah sesuai." Ujar Yeonhee.
"Iya weh, patutnya kita bawa tepung sekali." Sambung Zuu.
"Good luck exam Minseo." Kata Somyi menyindir.
"Exam dengan lendir lendir tu? Hahaha confirm A+" Ujar Mia. Mereka high five lalu beredar.
"Pagi lagi dah cari pasal, memang tak sedar sedar lagi rupanya." Ujar Minseo perlahan. Dia mengambil serpihan kulit telur yang berada di kepalanya lalu dibuang.
"Oh my god.." Minseo memandang ke arah Giselle yang baru sampai di sekolah. Giselle menekup mulutnya terkejut melihat keadaan Minseo pada saat ini.
"Aku okey." Ujar Minseo kepada Giselle.
"Okey apanya? Weh kau kena mandi weh! Cepat jom." Tangan Minseo ditarik oleh Giselle ke tandas.
"Aish! Semalam dah nice dah aku tak nampak batang hidung diorang pastu hari ni muncul pula balik. Pagi pagi lagi pula tu!" Minseo mendengus geram. Dia membuka blazer yang disalut telur lalu dia simpan. Nasib baik vest dan kemeja putih yang berada di bawah blazer tidak mengenai telur telur tersebut.
"Tapi Minseo peliklah diorang kacau kau.. Kau ada buat salah ke dekat diorang?" Soal Giselle yang sedang membantu mengelap blazer Minseo.
YOU ARE READING
An End Without A Start【 NJM 】
Fanfic❝Cinta pertama takkan pernah jadi kenyataan.❞ starting ; 5/3/19 republish ; 20/2/24 end ; 19/4/24