"Tak apa, dengan adanya kau dekat sisi aku pun dah cukup." Ujar Jaemin. Dari kejauhan, kakak Jaemin yang bernama Jina itu melihat kejadian tersebut sambil memegang plastik yang berisi ubat sapu dan plaster.
+++
"Lee Minseo kan? Kawan Jaemin masa tadika." Soal Jina kepada Minseo. Jaemin sudah masuk ke dalam rumah manakala kedua gadis itu berbual di luar.
"Eung, akak ingat Minseo lagi rupanya." Balas Minseo.
"Mestilah ingat, Minseo kan satu-satunya kawan yang paling Jaemin suka masa tadika dulu." Kata kakak kepada Jaemin itu. Minseo tidak membalas kata-kata Jina dan hanya memandang bawah.
"Terima kasih, sebab ada dekat sisi Jaemin. Akak kerja dekat Seoul buatkan akak tak boleh selalu ada dengan Jaemin, ni pun akak balik sebab cuti. Sepanjang akak dekat Seoul akak selalu tak tenang fikirkan Jaemin sorang-sorang dekat sini tapi sekarang akak dah tahu ada Minseo jadi tenanglah sikit hati akak lepas ni." Jina tersenyum seraya menepuk bahu Minseo.
"Dah lewat ni, masuklah." Ujarnya lagi lalu masuk ke dalam rumah. Minseo menghela nafas lalu turut masuk.
"Weh kau pergi mana?" Soal Mark yang berada di dapur itu.
"Keluar sekejap."
"Kau keluar senyap-senyap eh?" Minseo mengangguk.
"Aku bagi tahu Papa." Usik Mark.
"Kesian Jaemin, macam mana ni Mark?" Soal Minseo tiba-tiba membuatkan Mark mengangkat kening.
"Huh?"
"Ayah dia pukul dia, perut, pinggang, muka, kaki semua habis."
"Kau nangis ke?" Soal Mark melihat air mata Minseo yang bertakung.
"Aku dah cuba dah supaya tak nangis, tapi.. Tapi.." Air mata Minseo menitik. Dia mengusapnya dengan belakang tangannya.
"Kenapa ada ayah yang macam tu? Pukul anak sendiri sampai sakit macam tu.. Kenapa ada manusia kejam macam tu?"
"Sebab ada orang yang baik sebab tu ada orang jahat, itu kan cara dunia." Jawab Mark lalu menghelakan nafas.
"Tapi kenapa Jaemin?"
"Kita tak boleh pilih siapa mak ayah kita, itu semua takdir. Ada orang yang bernasib baik, contohnya kita sebab dapat Mama dengan Papa baik dan ada orang yang bernasib buruk macam Jaemin."
+++
Jaemin membuka matanya apabila sinaran mentari mula memancar ke wajahnya. Sepanjang malam, Jaemin hanya tidur dalam satu posisi sahaja kerana jika dia berpusing dia akan merasakan sakit yang luar biasa.
"Huh.. Apalah yang sakit sangat, aku kan dah biasa." Ujarnya lalu keluar dari bilik untuk melihat kelibat kakaknya yang sedang memasak di dapur.
"Oh Jaemin dah bangun? Duduklah, jom sarapan sama-sama." Ujar Jina sambil menghidangkan nasi goreng telur di atas meja.
"Ayah?" Soal Jaemin.
"Ayah keluar tadi."
Manakala di rumah sebelah, terlihat Minseo sedang memasukkan buah-buahan yang dibeli oleh ayahnya. Buah-buahan seperti apel, limau, strawberi dan anggur yang ada di dalam bakul rotan atas meja makan itu disumbatkan olehnya ke dalam plastik.
YOU ARE READING
An End Without A Start【 NJM 】
Fanfiction❝Cinta pertama takkan pernah jadi kenyataan.❞ starting ; 5/3/19 republish ; 20/2/24 end ; 19/4/24