"Huh, sakit jantung aku." Ujar Giselle.
"Terkejutlah Hyunjin." Kata Minseo.
"Sorrylah tak ada niat. Hehe sorry Selle, Rin." Ujar Hyunjin.
"Weh weh, jom." Ujar Giselle sambil menarik tangan Karina pergi meninggalkan Minseo bersama Hyunjin di situ.
"Buat apa dekat sini? Tak makan ke?" Soal Hyunjin setelah mereka berdua duduk di kerusi batu yang terdapat di lapangan itu.
"Tak, semua pasal perempuan gila tu." Balas Minseo membuatkan Hyunjin mengangkat kening.
"Perempuan gila?" Minseo mengangguk.
"Apa-apapun adalah perempuan gila tu dekat kantin tadi."
"Diorang kacau kau ke?"
"Tak ada apa-apalah, jom masuk kelas." Minseo berdiri diikuti Hyunjin.
"Aku nak pergi kantin sekejap, kau masuk dulu." Ujar Hyunjin.
"Oh.. Okey." Hyunjin pun beredar manakala Minseo masuk ke kelas seorang diri. Setelah dia masuk ke kelas, dia terkejut. Mejanya penuh dengan contengan. Ada tulisan 'bad bitch' 'jalang ' 'mata duitan' dan bahkan ada gambar gambar yang tidak menyenangkan di atas meja Minseo.
"Siapa yang buat ni?" Soal Minseo kepada classmatenya. Memandangkan waktu rehat belum habis, di dalam kelasnya hanya terdapat beberapa orang sahaja. Iaitu, Soobin, Chaeyeon Chaewon dan juga Eric.
"Kenapa Minseo?" Soal Chaewon.
"Meja aku.." Balas Minseo.
"Ketua kelas, weh kau ketua kelaskan? Cuba bagi tahu siapa yang buat macam ni?" Soal Minseo kepada Soobin. Soobin yang duduk di meja paling hadapan itu menoleh memandang Minseo.
"Aku pun tak tahu, aku orang first yang masuk kelas and meja kau memang dah macam tu. Mungkin ada budak kelas lain masuk masa kelas kita kosong." Balas Soobin membuatkan Minseo mengeluh. Apa yang terjadi ni?
Minseo pun membuka lokernya untuk mengambil tisu basah yang dia simpan di dalam sana. Dia menggunakan tisu basah tersebut untuk memadam segala contengan tersebut.
"Minseo awal masuk." Tegur Giselle dan Karina yang baru masuk ke kelas.
"Apa ni?" Soal Giselle turut terkejut melihat keadaan meja Minseo.
"Aku pun tak tahu ish!" Ujar Minseo sambil menyental mejanya.
"Siapa buat ni?" Soal Giselle pula kepada budak-budak yang ada di kelas itu saat ini.
"Diorang pun tak tahu, aku rasa bukan budak kelas kita. Semua ada tadi kan dekat kantin?" Ujar Minseo.
"Kalau bukan budak kelas kita habistu siapa? Takkan Yeonhee.." Sambung Karina menuduh mereka memandangkan dia yang menuangkan susu di dulang makanan Minseo tadi.
"Diorang pun dekat kantin kan tadi." Balas Giselle.
"Habistu siapa?"
"Aish sial betul aku hari ni." Ujar Minseo.
"Itulah tu apasal semua buat macam ni dekat kau?" Soal Giselle tidak mengerti.
"Aish!" Minseo memicit kepalanya lalu duduk. Setelah menjeleng pukul 3, waktu pulang akhirnya tiba. Hyunjin dan Jaemin memutuskan untuk self study manakala Giselle telah pergi bersama Mark begitu juga dengan Karina yang pergi bersama Jeno. Dan di sini, Minseo berjalan seorang diri untuk pulang. Baru sahaja Minseo hendak melangkah keluar dari gedung sekolah, secara tiba-tiba dia terjatuh kerana ulah seseorang.
YOU ARE READING
An End Without A Start【 NJM 】
Fanfic❝Cinta pertama takkan pernah jadi kenyataan.❞ starting ; 5/3/19 republish ; 20/2/24 end ; 19/4/24