Chapter 6

29 12 0
                                    

"Sekarang korang balik dulu, hari Isnin jangan lupa datang sekolah. Jangan ada yang gatal nak sambung cuti." Ujar cikgu setelah hari yang panjang di sekolah tiba ke penghujung.

"Giselle!" Panggil seorang lelaki di pintu kelas. Itu merupakan Mark.

"Apa pula tu?" Minseo mengecilkan biji matanya melihat Mark.

"Minseo, aku balik dengan abang kau tau. Kau balik sendiri boleh kan? Bagilah kami masa nanti aku belanja roti lagi. Eh tapi kau tak sorang, Jaemin kan ada." Ujar Giselle lalu menepuk bahu bakal adik iparnya itu. Minseo kaku, sesungguhnya dunia ini penuh dengan kejutan.

"Weh kau tahu tak ketua kelas kita Soobin tu couple dengan Yeop Ji? Junior kita." Soal Han.

"Yeop Ji? Apa punya nama tu macam brand kayu." Balas Minseo membuatkan Hyunjin ketawa.

"Kan? First time aku dengar pun pelik. Taste ketua kelas memang pelik." Sambung Han membawang ketua kelas.

"Tapi budak tu lawalah juga." Ujar Hyunjin.

"Lawa kau cakap?"

"Maksud aku tu tak adalah teruk, taste Soobin okeylah juga. Cuma nama budak tu jelah pelik, lagi pula Soobin taste dia junior." Jawab Hyunjin.

"Cinta tak mengenal usia." Sambung Minseo lalu bangun daripada duduknya.

"Balik dah?" Soal Han. Minseo mengangguk.

"Kau Hyunjin? Tak balik?" Hyunjin menggeleng.

"Self study sebab kau tak nak pergi Art Platform dengan aku."

"Eh bukan aku tak nak! Mana ada tak nak! Nanti boleh?" Lelaki tampan itu tergelak dengan balasan Minseo lalu dia mengangguk.

"Bila-bila je boleh."

Dengan itu, Minseo pun keluar dari kelas lalu berjalan di koridor seorang diri. Separuh daripada pelajar kelasnya pulang manakala separuh lagi self study di sekolah.

Tiba-tiba ada orang meletakkan tangannya di atas bahu Minseo membuatkan dia terkejut.

"Kau?!" Jaemin tersenyum kambing.

"Aih Jaemin Jaemin. Kau buat aku terkejut tahu tak? Kalau aku sakit jantung dekat sini juga aku boleh mati sekarang ni."

"Sorrylah, tak ada niat pun nak buat kau terkejut. Jomlah makan kimbap." Ajak Jaemin.

"Eung, jom." Mereka menuruni tangga bersama. Tiba-tiba Jaemin berhenti kemudian dia duduk di pemegang tangga.

"Minseo tengok ni." Dia menggelongsor turun seperti budak-budak.

"Oi bahayalah." Ujar Minseo melihat aksi tersebut.

"Kau boleh tak buat macam tu?"

"Mestilah boleh." Baru sahaja Minseo hendak duduk di pemegang tangga itu, terus dia membatalkan niat suci murninya.

"Kenapa?"

"Tak naklah, lagipun aku pakai skirt."

"Tipu. Kau takut sebenarnya kan?" Usiknya.

An End Without A Start【 NJM 】Where stories live. Discover now