Hari yang dinanti telah tiba, iaitu hari peperiksaan. Meja telah dijarakkan dan mereka semua duduk mengikut angka giliran dan urutan nama. Pada saat ini, Minseo yang biasanya duduk paling belakang di dalam kelas mendapat tempat duduk lajur keempat baris kedua paling hadapan mengikut angka giliran. Di hadapan Minseo terdapat Jeno manakala di belakangnya ada Nakyung. Jaemin berada di baris yang sama dengan Minseo tapi tempatnya paling belakang sekali.
Biologi Kertas 1
1 jam 15 minitMinseo pun menarik nafas lalu mula menjawab setiap soalan yang keluar. Alhamdulillah tidak sia-sia Minseo study selama ni, dia berjaya menjawab ke semua soalan dengan baik sehinggalah waktu menjawab tamat.
Setelah selesai, gadis itu pun keluar dari kelas untuk ke tandas sebentar. Dia masuk ke dalam salah satu tandas lalu menutup pintu. Tanpa Minseo sedari, dia diikuti oleh Somyi, Zuu dan Mia.
Setelah beberapa minit, bunyi flush pun kedengaran. Minseo membuka pintu tandas dan-
Bush!
Somyi menyiramkan air dari baldi kepada Minseo.
"Argh!" Minseo terkejut. Sekelip mata sahaja dia basah lenjun. Dia pun mengelap wajahnya dengan tangan lalu memandang ke arah Somyi yang berada di hadapannya dengan pandangan yang tajam.
"Kau memang nak mati kan?" Soal Minseo.
"Yang nak mati tu aku rasa kau." Balas Zuu.
"Kau buat macam ni pasal semalam kan?" Soal Minseo lagi.
"Maybe yes maybe not." Zuu mengangkat bahu.
Sabar Minseo. Semalam kau hampir sahaja nak masuk bilik disiplin kalau tak disebabkan Hyunjin. Kata Minseo di dalam hati.
"Tepi." Ujar Minseo kepada mereka bertiga yang menghalang jalannya untuk keluar dari tandas itu. Namun mereka tidak bergerak dan hanya tersenyum sinis.
"Aku cakap tepi anak-anak setan." Ulang Minseo lalu terus menolak mereka bertiga dari laluannya. Minseo terus membasuh tangannya di singki lalu keluar dari tandas.
"Anak setan?" Somyi tergelak sinis lalu turut keluar dari tandas. Dia pun membaling baldi kosong yang dipegangnya tepat mengenai kepala Minseo.
Buk!
Minseo terus memegang kepalanya, dia merintih kesakitan. Pandangannya mulai kabur dan dia rebah di situ.
"Minseo? Minseo!" Walaupun kabur, Minseo nampak itu merupakan Jaemin. Jaemin berlari ke arahnya.
"Minseo?! Buka mata!" Ujar Jaemin.
"Jaemin bilik rawatan!" Teriak Jeno yang sedang bersama dengan Jaemin. Jaemin pun terus mengangkat Minseo secara piggyback dibantu oleh Jeno. Mereka terus berlari ke bilik rawatan.
Mark sedang berada di kelasnya melihat Jaemin yang sedang berlari di koridor depan kelasnya sambil mendukung seorang perempuan itu membuatkan dia melihat dengan lebih jelas lagi. Alangkah terkejutnya Mark bila melihat perempuan itu merupakan adiknya.
"Minseo!" Terus Mark bangun lalu mengejar Jeno dan Jaemin.
+++
Zuu mula menggeletar di tempat duduknya. Dia takut.
"Weh.. Betulkan Minseo tu okey?" Soal Zuu.
"Tak payah risaulah, setakat baldi kosong tu tak adanya dia mati." Balas Somyi.
"Eung, dia berlakon je tu nak attention. Kan dia tuduh Jihoo buat dia jatuh sebab nak attention." Sambung Mia. Somyi mengangguk setuju.
YOU ARE READING
An End Without A Start【 NJM 】
Fanfic❝Cinta pertama takkan pernah jadi kenyataan.❞ starting ; 5/3/19 republish ; 20/2/24 end ; 19/4/24