Khamis, 24 May 2018
Incheon, Korea Selatan"Ah, penatnya!" Seorang gadis berusia 18 tahun rebah dengan lemahnya di atas lantai. Mana taknya, dah hampir 3 jam dah dia mengemas isi rumah tanpa henti. Pindah rumah memang sesuatu perkara yang memenatkan, kalau pindah negeri je dah penat apatah lagi pindah negara.
Begitulah Lee Minseo, setelah 11 tahun menetap di Kanada bersama keluarganya secara tiba-tiba insan yang dipanggil Papa olehnya membuat keputusan untuk meletakkan jawatan dan bercadang untuk memulakan bisnes baru secara kecil-kecilan di tanah air mereka, Korea Selatan.
"Eh Minseo bangun berhabuk lantai tu." Ujar seorang wanita pertengahan usia sambil memukul anak perempuannya itu dengan penyapu.
"Argh! Sakitlah Ma!" Minseo terus bangun lalu mencacak lari ke arah abangnya yang sedang mengelap kabinet dapur, memastikannya tiada habuk.
"Kau ni dah kenapa bertepek dekat aku?" Soal satu-satunya abang kepada Minseo, Mark. Dia hairan dengan adiknya yang tiba-tiba menyorok di belakang badannya.
Setelah selesai mengemas semua perabot, pakaian bahkan barangan rumah yang lainnya, kini Minseo pun duduk di atas katil di biliknya. Barulah dia dapat bertenang.
"Minseo! Pergi bagi kek beras ni dekat jiran!"
"Haih haha." Minseo tergelak kecil, kesian baru nak duduk dah kena panggil. Dia pun keluar dari bilik dengan pasrah lalu mengangkat sekotak kek beras yang berada di atas meja makan.
"Ni ke Ma?" Soal Minseo. Mama membalas dengan anggukan.
"Habiskan semua sekali baru balik." Ugut si Papa membuatkan anak sulung mereka ketawa.
Seketika Minseo terfikir, kek beras ni dia nak kena edarkan kepada jiran kan? Jirannya..
"Eh, Mama dengan Papa ingat tak jiran kita dulu?" Soal gadis yang berambut panjang itu kepada kedua orang tuanya.
"Jiran kita dulu? Oh Minseo cakap pasal budak yang tu ke? Yang satu tadika dengan Minseo tu? Apa nama dia? Nana ke apa agaknya?" Soal Papa. Minseo mengangguk perlahan.
Iya benar sekali, Nana. Atau lebih tepat lagi Na Jaemin. Budak itulah yang meluru masuk ke dalam kepala Minseo setelah dia mendengar perkataan jiran. Sudah begitu lama dia tidak mendengar kabar budak yang pernah menjadi rakan karibnya semasa tadika dulu, dia juga bahkan telah lupa tentang budak itu.
"Oh budak tu, haahlah agaknya dia tinggal sini lagi ke?" Soal Mama yang sedang sibuk mengikat langsir itu pula. Masing-masing baru teringat tentang sosok seorang budak lelaki yang pernah tinggal di sebelah rumah mereka 11 tahun lalu. Budak lelaki dengan kehidupan yang agak tragis.
"Entahlah, alang-alang kau nak bagi kek beras tu kau ceklah sekali." Cadang Mark. Anak bongsu keluarga itu pun keluar dari rumah. Rumah pertama yang dikunjungi Minseo semestinya rumah sebelahnya. Dia membunyikan loceng lalu menunggu sehingga pintu dibuka.
Ting tong!
"Argh." Jaemin yang sedang menyapukan ubat pada dahinya yang luka itu terhenti setelah mendengar bunyi loceng tersebut.
"Kakak?" Tekanya. Dia pun keluar dari tandas lalu pergi ke monitor untuk melihat siapakah tetamu tersebut. Itu bukan kakaknya sebaliknya itu merupakan perempuan asing yang tidak dikenali oleh Jaemin sama sekali.
YOU ARE READING
An End Without A Start【 NJM 】
Fanfiction❝Cinta pertama takkan pernah jadi kenyataan.❞ starting ; 5/3/19 republish ; 20/2/24 end ; 19/4/24