"Oi? Na Jaemin???" Jeno memetikkan jarinya di hadapan Jaemin. Jaemin pun memandangnya.
"Ha apa?"
"Tak makan ke?" Jeno duduk di sebelah Jaemin sambil menggigit ice pop nya.
"Tak lapar." Balas Jaemin. Kemudian ice pop yang dibeli lebih oleh Jeno diberikan pada Jaemin.
"Cuba cerita. Minseo eh?" Jaemin mengeluh lalu membuka ice pop tersebut.
"Eung."
"Bukan korang dah berbaik ke?"
"Memang tapi tiba-tiba ada benda lain pula jadi."
"Apanya?"
"Aku pun tak tahu weh, Minseo tiba-tiba marah dekat aku. Aku sendiri tak tahu apa yang aku buat, dia sampai suruh aku tak payah tegur dia lagi dah."
"Pelik betul, kau sendiri pun tak tahu?" Soal Jeno, Jaemin mengangguk.
"Pujuklah dia, bagi hadiah ke apa?" Cadang Jeno.
"Kau rasa benda macam tu berhasil?"
"Eh mestilah! Selama ni setiap kali Karina merajuk aku tak pernah tau stop bagi hadiah, dan itulah yang melembutkan hati dia supaya berhenti marah. Kau pun cubalah."
"Tapi nak bagi apa? Takkan kimbap pula?" Serta merta belakang badan Jaemin dipukul oleh Jeno.
"Kau ni pun bagilah sesuatu yang tak biasa sikit, macam cincin ke rantai ke. Tapi kau dengan Minseo kawan jadi aku rasa sesuai. Rasanya kalau kau belikan dia tumbler ke coklat ke okey kot. Hadiah yang sederhana." Cadang Jeno lagi. Jaemin mendiamkan diri cuba meresap segala idea yang diberikan oleh Jeno.
Setelah waktu pulang tiba, Jaemin tidak terus pulang ke rumah. Sebaliknya dia singgah di kedai hadiah berhampiran. Setelah melihat pelbagai jenis hadiah yang ada di situ, dia akhirnya memutuskan untuk membeli lampu tulip. Dia turut membelinya dengan kotak hadiah dan membuat pembayaran.
"Harap dia suka dan akan maafkan aku." Ujar Jaemin. Dia pun naik ke tingkat 10 lalu membunyikan loceng rumah Minseo.
Klik!
"Jaemin? Cari Minseo?" Soal Mama. Jaemin tersenyum sambil mengangguk.
"Kejap eh."
"Minseo tu Jaemin datang cari Minseo." Ujar Mama sambil membuka pintu bilik Minseo. Minseo yang sedang menonton drama melalui laptopnya pun berhenti.
"Siapa?" Soal Minseo semula.
"Na Jaemin."
"Kenapa pula dia datang sini?"
"Manalah Mama tahu, pergilah cepat jumpa dia. Tak elok bagi dia tunggu lama-lama dekat luar tu."
"Haishhh." Minseo mengusutkan rambutnya serabut. Dia pun bangun lalu keluar dari rumah, pintu rumah ditutup.
"Kau nak apa?" Soal Minseo kasar.
"Aku ada benda nak bagi kau."
YOU ARE READING
An End Without A Start【 NJM 】
Hayran Kurgu❝Cinta pertama takkan pernah jadi kenyataan.❞ starting ; 5/3/19 republish ; 20/2/24 end ; 19/4/24