2018
Rumah Diana"Woi.. woi apa ni. Dee jangan main gila ya. Aku hempuk kau dengan kipas ni."
"Kan aku dah kata. Jangan cerita pasal 18 tahun ke atas punya. Kau degil." Diana yang tadi cuba memeluk aku ketawa terbahak-bahak. Aku tahu dia bergurau. Tapi naik meremang bulu roma aku.
"Aku cerita sikit je pun kau boleh stim. Apa punya orang. Nafsu kuda betul"
"Lama tak dapat kan" Diana masih lagi gelak sampai terkeluar air mata. Nak kena dia ni. Aku pun hempuk Diana dengan bantal bertalu-talu sebab dah geram sangat.
"Eh dah.. dah.. jap lagi mak kau marah pula kita gelak sakan malam-malam ni" aku yang teringat berada di rumah Diana menenangkan keadaan. Walaupun aku biasa di rumah Diana. Namun kena la jaga juga tingkah laku. Lain lah kalau masih dibawah umur lagi. Ni kalau kahwin, berderet dah anak.
"Tak sangka ya. Tak cerita pun kat aku pasal dalam toilet tu. Pandai korang simpan rahsia kan. Eh, apa cerita masa kau ikut family Erny keluar masa tu. Ni pun aku terlepas juga kan. Aku kat mana masa tu. Tak ingat pula."
"Masa kejadian kat toilet tu kau tengah tidur lagi. Lepas tu kau busy gila dengan kelab kau tu. Tak habis-habis dengan meeting aje. Kesian aku kau tinggalkan sorang-sorang"
"Sorang konon. Siap keluar "air" berapa liter. Citpodah. Sembang je lebih. Woi jangan lah ubah topik. Story lagi la. Tapi jangan pula story buat aku stim. Kawan aku. Dah terkemut-kemut ni."
"Sengal!"
==============================
90's
Bandaraya Timun KontotAku hanya mengikut saja kemana parents Erny nak bawa. Dari dalam kereta lagi aku hanya mendiamkan diri. Sesekali mama Erny bertanya aku menjawab sepatah dua saja. Bukan aku sombong. Tapi aku memang lambat sedikit untuk berbicara dengan orang asing. Orang yang mengenali diriku akan sedia maklum akan sikapku itu. Bila dah kenal rapat sikit, susah pula mulutku ini untuk berhenti bercakap. Ada saja topikku untuk mulakan bicara. Kalau takde topik pun aku akan membuat lawak atau pickup line untuk buat suasana tidak senyap.
Sampai di bandar, aku di bawa makan direstoran seafood yang terkenal di bandar ini. Selepas itu, parents Erny membawa pergi membeli belah barang keperluan Erny. Aku juga turut dibelikan sehelai baju. Aku jadi segan dengan keadaan ini. Tapi demi Erny aku turutkan saja.
Papa Erny ni seorang yang berpengaruh di tempat kelahiran Erny dengan membawa gelaran Dato' . Tidak hairan la sepanjang kami berjalan ada saja orang yang menegurnya. Aku cuba untuk jauhkan diri bila ada orang mula menegur. Aku jadi malu bila orang bertanya siapakah aku dalam keluarga Erny.
Seharian kami berjalan. Akhirnya sebelum menjelang malam. Kami dihantar balik ke asrama. Semasa bersalaman dengan parents Erny, aku juga turut dihulur wang saku yang agak banyak. Aku mengucapkan terima kasih dan naik membawa barang kami.
"Thanks baby teman sayang jalan. Happy sayang hari ni sebab ada baby" Erny merangkul aku dari belakang dan mencium tengkuk ku.
"Hei, jangan mula. Diana takde ni. Tak pasal jadi lagi macam hari tu."
"Takpe la. Sayang suka je. Baby nak ke?" Hish budak ni. Hari tu pun kebetulan je takde orang. Tak boleh juga selalu. Nanti takde umpph pula. Eh tahu-tahu je ada umph ke takde.
"Baby penat la sayang. Next time ok. Baby bagi yang terbaik punya."
"Ok baby. Love you so much" lantas Erny mencium bibirku. Budak ni. Sempat lagi. Mujur orang ramai tak balik asrama lagi. Dah la bilik kitorang ni laluan menuju ke tandas. Tak pasal je kalau kena nampak.
YOU ARE READING
Ingatan Capaian Rawak (gxg)
Random"Beberapa tahun aku tidak menjejak kaki ke tanah air setelah aku berselisih faham.." "cikgu diorang ni nak buat lawak ke apa. Nama kelas sama dengan nama student." Istana Rock n Roll. Itu la nama pondok yang kami bina berdua. Terletak dibawah pokok...