LIMAU AIS CELUP

262 9 0
                                    

90's
Sekolah Menengah Perempuan Pucuk Paku

"Perhatian kepada semua pelajar, diminta untuk turun berkumpul di dewan sekarang juga. Kehadiran adalah wajib."

Tengah seronok aku membaca majalah Ujang tetiba terdengar pengumuman oleh ketua asrama.

"Apahal pula ketuas (saja nak singkatkan panggilan untuk Ketua Asrama) ni panggil pula. Baru je rasa nak luruskan badan ni. Kau ada nampak apa-apa notis tak tadi" tanya Dee padaku dengan muka menyampah.

"Rasanya takde pula. Notis spender hilang ada la"

"Jom je la turun. Macam penting sangat pula bunyinya tu"

Dengan malas dan longlainya dua ketul pelajar nakal ni turun tangga seperti suster ngesot.

"Rhe.. Dee.. tunggu saya!"

Sapa pula yang minta tunggu ni. Dah la malas nak turun. Ada pula yang nak menyelit celah ketiak ni. Tetiba rasa ada tangan memeluk dari belakang. Hampir terbuka silat gayung aku dibuatnya.

"Eh, Erny. Sorry kitorang terlupa la kau tadi hahaha" Diana tergelak.

Aku pula dah hampir nak pengsan menahan terkejut dan yang paling utama dipeluk oleh pujaan hati. Muka jangan cerita la. Bertukar-tukar dah color kat muka ni. Diana pula dah sengih-sengih melihat keadaanku macam cacing kepanasan. Bukan aku tak suka. Gila tak suka. Hip-hip horay tu. Tapi dalam hati la. Cuma aku segan tahap dewa level Dewataraya. Aku kan pemalu orangnya. Hanya mampu tersengih dan menyorok muka selagi boleh. Respon aku kepada si pelaku hanya. "Eh. Awak." Lepas tu senyap seribu dua puluh ratus bahasa. Dah la budak Erny ni tenung tak berkelip mata je dari tadi. Mana aku tak menggelabah.

Aku signal Diana. Mujur la kebetulan Diana dan aku bertentang mata.

"Apa yang korang tercegat lagi ni. Jom-jom. Nanti meroyan pula ketuas tu."

Thank you ticer Dee.

******************************

Masa dalam dewan suasana agak sedikit huru-hara tanpa kehadiran ketua asrama dengan warden. Masing-masing berborak berkelompok macam lembu meragut rumput.
Aku, Diana dan Erny hanya membisu sambil memerhatikan gelagat mereka. Kadang-kadang aku tersenyum sendiri dengan gosip yang dibawangkan.

Warden pun apasal la lambat sangat. Sekejap lagi waktu prep. Aku tak siap lagi kerja sekolah. Ni esok ada juga aku salin homework si Nurul je ni. Senangnya kerja aku kan. Tapi sebenarnya aku nak buat kad untuk Erny. Kad salam perkenalan. Aku agak kreatif juga orangnya. Tak main la beli kad kat kedai. Bazir. Guna manila kad. Potong ikut saiz dan bentuk sesuka hati. Lepas tu nak tulis puisi ke sajak ke tak pun merapu-rapu. Lekatkan stiker, gunting huruf-huruf kat majalah dan tampal dengan riangnya. Baru la sentimental value.

Otak aku dah fikir macam-macam dah apa nak letak kat future kad aku tu. Tapi kalau tergendala lama sangat ni. Boleh hilang idea aku. Cepatlah ustazah.

Tuk.. tuk (bunyi microphone diketuk)
Test..test..

"Assalamualaikum dan selamat malam semua pelajar. Maafkan ustazah sedikit terlewat. Tujuan saya panggil semua ke dewan pada malam ini kerana ada satu kes yang melibatkan salah seorang pelajar kita . Selama saya menjadi warden di asrama ini. Kes-kes seperti ini agak seringkali terjadi. Seorang pelajar kita telah kehilangan sejumlah wang yang agak banyak pada petang tadi. Wang tersebut adalah untuk membayar yuran peperiksaan dan juga membeli buku rujukan beserta perbelanjaan bulanan. Saya tidak suka menuduh dengan membuta-tuli. Justeru itu, untuk lebih adil dan telus diminta semua pelajar untuk merendamkan tangan ke dalam baldi berisi air bacaan yassin beserta limau nipis. Ketua pelajar sila bawa bekas tersebut di depan barisan pelajar."

Ingatan Capaian Rawak (gxg)Where stories live. Discover now