KOTAK MISTERI PULA

222 9 0
                                    

90's
Kelas Platinum
Sekolah Menengah Perempuan Pucuk Paku

Pagi yang indah. Sejuk. Tapi malangnya hari Isnin. Kalau tak boleh tidur lama sikit. Kalau weekday kena bangun awal. Sebab nak mandi untuk elakkan berebut tempat mandi. Dah la ada yang mandi macam tuan puteri tak tahu gosok apa je. Ramai yang menunggu, buat tak faham pula siap boleh menyanyi lagi. Takde sivik punya orang. Jual ikan!

Aku dah Diana biasanya akan sampai awal ke dewan makan. Bila bangun awal, boleh sarapan dengan penuh nikmat. Tak perlu rushing. Bila sampai kat sekolah boleh berehat atau kalau ada terlupa buat kerja sekolah boleh copy orang punya. Aktiviti separa jahat budak sekolah lah tu. Tapi waktu ujian atau exam, mujur boleh jawab dengan baik.

Bila aku duduk saja, aku akan masukkan buku di dalam laci. Sewaktu memasukkan buku, buku aku tersekat di skala enam seolah-olah ada benda di dalam laci. Aku meraba-raba untuk mengeluarkan benda tersebut. Bila aku keluarkan, ianya sebuah kotak kecil yang dibuat sendiri. Aku melihat kiri, kanan, depan dan belakang untuk mencari siapa yang meletakkan kotak tersebut. Tapi aku tengok semua tengah sibuk membuat kerja sendiri.
Aku menunjukkan Diana kotak tersebut. Diana juga bertanya siapakah yang memberinya.

Aku membuka kotak tersebut. Hanya kertas putih di tampal dan tercatit beberapa baris ayat. Tulisan yang sama seperti aku dapat sebelum ini. Kemas dan tersusun.

Bermaknakah tiap baris kata-kata
Ataukah hanya di bibir saja
Bersungguhkan rindu yang engkau pamerkan
Ataukan sekadar lakonan
Rindu telah melekat dalam hatiku
Walau awan lalu
Rinduku tak berubah arah

Rindu-rindu pula dah. Siapa kah kamu wahai sang pengirim. Boleh tak munculkan diri. Macam tahu je aku memang mencari dirinya. Tapi tidak bermakna aku rindu. Aku tertanya-tanya saja. Aku cuba belek tiap inci kotak itu. Ada penjuru kertas yang tidak melekat. Aku selak dan ada beberapa pesanan.

Ni lagu Siti Nurhaliza bertajuk Purnama Merindu. Surat sebelum ni sama juga tajuk lagu wajah kekasih.
Kalau Rhe sudi nak balas. Balas dan masukkan surat Rhe dalam kotak ni dan letak tempat asal.
Take your time😊

Mujur kau faham aku nak tahu ayat dari mana yang kau dapat ni. Ingatkan sajak tadi. Lagu Siti Nurhaliza pula. Mesti peminat Siti ni. Aku nak balas apa pula. Balas dengan lagu. Lagu apa? Aku tahu la, aku ni minat muzik. Tapi takde la sampaikan hasrat hati dengan lagu. Aku tunjukkan surat ni pada Diana. Diana pun menyuruh aku membalasnya dan menyuruh aku mengintip siapa yang akan ambil surat ni nanti. Bijak juga Diana ni. Aku pun mula mengingati lagu yang aku boleh kaitkan dengan surat ini.

Hilang tumpuan aku belajar hari ni sebab nak fikir nak balas lagu apa.  Mujur tidak ada kuiz mengejut atau cikgu yang perasa aku tidak begitu memberi tumpuan pada hari ni. Gara-gara nak balas surat berlagu. SPM tahun ni woi. Jangan banyak main. Fokus Rhe fokus.

Akhirnya sebelum tamat waktu terakhir persekolahan, aku mendapat idea dengan lirik lagu apa yang harus aku balas. Aku mengambil buku latihan dan mencabutnya di bahagian tengah buku. Aku pun mula menulis

Every little thing that you have said and done
Feels like it's deep within me
Doesn't really matter if you're on the run
It seems like we're meant to be

Aku membalas dengan lirik lagu As Long As You Love Me nyanyian Kumpulan Backstreet boys. Setelah menilik beberapa kali ejaan dan tulisan cakar ayamku itu agar mudah difahami. Aku melipat kertas tersebut dan memasukkannya ke dalam kotak tadi. Selesai aku membalas. Loceng tanda tamat waktu persekolahan pun berbunyi. Aku menyusun buku masuk ke dalam beg galasku dan terus bergegas keluar dari kelas. Diana juga mengikut langkahku. Bukannya kami nak balik ke asrama tapi ingin mengintip siapa yang akan mengambil kotak tersebut.

Ingatan Capaian Rawak (gxg)Where stories live. Discover now