90's
Bilik Alpha
Sekolah Menengah Perempuan Pucuk PakuBilik aku dan Diana dah macam ada pesta. Dengan keropok, biskut, kuih ambik dari dewan makan dan teh o. Melati ni anak tokey kedai runcit ke apa. Banyak betul stok makanan. Duduk bertahun kat hostel pun aku sanggup. Semua dah tersedia. Kami duduk mencari posisi masing-masing. Sambil makan, kami berborak pelbagai topik.
Aku yang sedari tadi menjadi pendengar setia. Tiba-tiba mengutarakan soalan.
"Ehem, err Mel. Awak kan duduk jauh. Kenapa awak masuk sekolah ni?"
"Oh, sebenarnya Mel yang nak duduk asrama. Mel anak tunggal. Papa dan mama busy dengan bisnes. Takde masa nak teman Mel. Mel bosan duduk rumah . Dengan result Mel yang cemerlang. Mel dapat la masuk sekolah ni. Lagipun makcik Mel duduk dekat area sekolah ni juga. Senang makcik nak tengok-tengokkan Mel. Sebab tu papa hantar Mel kat sini." Terang Melati panjang lebar.
Aku dan Diana mengangguk tanda faham. "Kenapa Mel boleh nak tegur kitorang hari tu kat dewan makan. Selalunya student lain tak rajin nak tegur. Lebih-lebih lagi si sombong ni." Tanya Diana sambil menjuih bibir menunjuk ke arahku. Aku menunjuk penumbuk ke muka Diana. Diana mengelak sambil bersilat. Melati tergelak melihat telatah kami.
"Mel pun tak pasti. Tapi Mel rasa korang macam ok je. Sebenarnya masa pendaftaran hari tu lagi Mel terserempak dengan Rhe ni kat koperasi. Mel ada telanggar bahu Rhe. Mel ada minta maaf. Tapi Rhe buat tak tahu je. Dalam hati Mel. Sombongnya dia ni."
"Tapi.."
"Tapi apa Mel" sergah Diana pada Melati. Gelojoh sungguh si Diana ni.
"Tapi, Mel suka tengok Rhe senyum. Mel ada ternampak Rhe senyum masa duduk makan kat kantin dengan Dee. Masa tu Mel makan meja sebelah menghadap korang. Mel perhati je korang berborak. Rancak betul. Tak perasan diperhatikan. Rasa nak cubit je pipi Rhe yang belesung pipit tu. geram" sambil mencubit-cubit bantal.
Diana tergelak besar mendengar penerangan Melati. Aku seperti biasa muka dan telinga akan bertukar kemerahan. Kurang asam keping punya member. Boleh dibantai gelak tak ingat dunia. Melati pun sama naik dengan Diana. Kuang ajaq!
Kami berborak sehingga hampir waktu subuh. Nasib baik esok cuti. Lepas ni boleh la tidur sampai tengahari. Melati tidur kat bilik kami. Memandangkan ramai penghuni bilik yang balik ke rumah masing-masing. Kami merapatkan tiga katil single. Aku tidur di katil tengah. Masa tidur aku menghadap sebelah Melati. Dengan lampu koridor yang samar-samar, aku nampak Melati juga belum tidur.
"Kenapa Mel tak tidur lagi. Mel tak biasa tidur tempat orang lain ye?"
"Takde la. Mel rasa macam mimpi je hari ni. Tak sangka dapat berborak dengan korang. Lepas tu dapat berkenalan dengan Si sombong ni lebih rapat. Walaupun Rhe pendiam a.k.a sombong. Tapi sedikit sebanyak Mel boleh baca karakter Rhe macamana". Sambil mencuit hidungku.
Aish.. nasib baik dah tutup lampu. Mukaku dah panas semacam ni. Mel ni pun. Cepat je tangan tu nak cuit-cuit.
"Mesti muka Rhe tengah merah sekarang ni kan" tanya Melati pula sambil tergelak.
Aku hanya tersenyum tanpa menjawab. Dah tau tanya pula."Mel minat personaliti Rhe. Nampak sombong. Bersahaja. Dengan penampilan yang kemas. Rambut Rhe yang lurus dan halus kemas tersikat rapi. Bercakap bila perlu. Tapi bila kenal Rhe lawak juga orangnya. Bila sesekali Rhe keluarkan ayat tu, tak kering gusi Mel gelak. Rasanya orang yang rapat dengan Rhe je akan tau Rhe macamana. Betul tak. Sebab tu Mel teringin sangat nak berkenalan dengan Rhe."
Aku terkedu. Sampai macam tu sekali Melati perhatikan aku. Aku rasa diri ni biasa-biasa je. Dah la nakal. Tak la cun pun. Tapi cute tu adalah. Kalau tak takde la ramai senior nak jadikan adik angkat. Alamak, terangkat bakul sendiri pula.
"Oh awak mengintip saya ya?"
"Kenapa, tak boleh ke Mel intip Rhe?"
"Hah, hehe. Ikut suka Mel la. Rhe ok je. Tapi lepas ni Rhe kena selalu control muka la. Ye la dah ada pengintip kan"
"Ee perasannya dia"
"Eh, siapa yang mula dulu?"
Melati diam dan menjelir lidah ke arahku.
==============================
2018
Flight NC6258 ke Bandar Timun Kontot (BTK)"Ladies and gentlemen, we have started our descent in preparation for landing, please make sure your seat backs and tray tables are in their full upright position. Make sure your seatbelt is securely fastened and all carry-on luggage is stowed underneath the seat in front of you or in the overhead bins. Please turn off all electronic devices until we are safely parked at the gate. Thank you."
Lamunan ku terhenti bila terdengar pengumuman dari ketua pramugara. Sekejap lagi akan berpijak la aku di tanah air tercinta yang telah lama aku tinggalkan. Aku tidak memberitahu sesiapa pun kepulangan ku ini. Cuti lama. Biar aku berehat, ambil masa untuk tenangkan diri satu malam hotel di bandar. Selepas tu aku akan inform sesiapa mengenai ketibaanku ini.
Aku mengambil cuti selama 10 hari. Sudah lama aku tidak mengambil cuti. Aku bukanlah workaholic, tapi aku bekerja untuk melupakan masalah yang melanda diriku. Bekerja sehingga terlupa memikirkan diri sendiri. Kadangkala ingat makan bila perut dah rasa pedih. Aku mengeluh sendiri. Apa yang aku kejar dalam hidup ini. Aku sendiri tidak pasti.
Aku menatap semula wajah wanita di sebelahku. Aku tersersenyum sendiri. Kembar Melati ini masih lagi lena. Kenapa bukan Melati yang berada disebelahku ini. Tapi kalau Melati, apa yang harus aku katakan padanya. Mungkin aku hanya terkedu dan terdiam sepanjang penerbangan. Atau, aku akan menanyakan pelabagai soalan. Entah la, rasa ini telah lama tersimpan. When someone you know becomes someone you knew. Aku kembali melihat ke luar tingkap. Aku lebih berminat kepada awan biru dari berborak dengan penumpang seat sebelah. Lagu di earphoneku memainkan lagu Di pintu syurga dendangan kumpulan rap remaja negara terkenal pada zaman 90'an KRU dan Elite membuatkan aku terbayang lagi kisah lama. Lagu memori menggamit zaman silam bersama Melati.
Sekukuh... sekukuh mana ikrar kasih kita Setebal mana masih ada sempadannya
Akan tiba nanti... harus ditempuhi
Ada daya kita melawan masaTakdirnya... takdirnya dunia hanya sementara Walau begitu cinta suci 'tuk selamanya
Ini realiti... hilang tak terganti
Namun ku tahu aku akhirnya kembali bersatuAndai daku pergi sebelummu
Kenangkanlah ku selalu didalam doamu
Kaulah cinta pertama dan terakhir untuku
Ku berjanji kan menantimu
Setia menunggu di pintu syurgaDi sana... di sana menati gemilang cinta
Jadi lenyapkanlah titisan airmata
Tabahkanlah hati... mengharungi hari
Abadikanlah saat indah...
kita kan tetap bersama...••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••
Hai Semua,
Macamana setakat 3 episod ni. On tak on?Maaf lah saya baru dalam penulisan ni. Boleh la menulis setakat macam karangan SPM.
Kalau ada cadangan dan komen. Boleh PM saya ok.
YOU ARE READING
Ingatan Capaian Rawak (gxg)
Acak"Beberapa tahun aku tidak menjejak kaki ke tanah air setelah aku berselisih faham.." "cikgu diorang ni nak buat lawak ke apa. Nama kelas sama dengan nama student." Istana Rock n Roll. Itu la nama pondok yang kami bina berdua. Terletak dibawah pokok...