90's
Sekolah Menengah Perempuan Pucuk PakuBeberapa bulan Erny berada di sekolahku. Aku, Diana dan Erny jadi agak rapat. Diana selalu sibuk dengan awek teh tariknya. Jadi, aku dan Erny menjadi agak rapat dan kadangkala terlebih rapat.
Pertama kali kami meluahkan perasaan disaat Erny bercerita tentang hubungannya sebelum ini. Aku hanya menjadi pendengar setia sang puteri. Kadangkala memberi pandangan dan semangat pada Erny. Masa ni Diana takde. Dia ada perjumpaan kelab. So, aku dan Erny saja lepak kat belakang dewan. Belakang dewan ni ada satu gazebo kecil. Memang port dating pelajar spesis macam aku. Walaupun hanya diterangi lampu tandas dewan makan. Tapi kerana cinta, gelap pun jadi terang.
"Lepas apa yang awak dengar ni. Mesti awak rasa tak best dah nak kawan dengan saya kan. Ye la, mempunyai perasaan yang tidak normal. Menyukai sesama jenis. Tapi, salah kah kalau saya meminati dan menyayangi perempuan?"
"Nak kata tak salah tu, tak juga la. Nak kata betul 100 percent pun, tak boleh juga. Lagipun saya.."
"Awak kenapa. Awak tak boleh terima semua ni ke. Dah tak nak kawan kita. Tak kan la sebab ni awak nak jauhkan diri dari saya. Dulu kata awak open-minded. Mungkin saya salah cerita semua ni kat awak?" Hujan-hujan muka sedih.
Gelabah chicken betullah dia ni. Habis aku disemburnya. Dah la disertai butiran hujan ke muka ku yang comel ini. Nasib baik aku sayang kau. Kalau tak, aku sembur kan aje.
"Eh, relax lah awak. Apa panik semacam ni. Saya nak confess something kat awak ni. Lepas saya confess ni. Awak jangan marah tau."
"Confess apa tu awak. Cakap je. Kita ok la awak."
"Sebenarnya. Em macamana nak cakap ni. Hehe. Sebenarnya, saya.."
Gila lah, kenapa aku tak mampu nak cakap ni. Apa aku nak buat ni. Lidah kelu habis ni. Oh ya, dalam filem kuch-kuch hota hei tu. Budak bisu tu tolong buat isyarat I Love You. Boleh la. Kalau dia faham. Alhamdulillah. Kalau tak faham. Cabut la.
"Ok Erny. Saya tunjuk isyarat kat awak je k. Kalau awak faham. Diamkan je k. Simpan dalam hati. Kalau nak reply. Bila-bila pun saya ok je."
1..2...3..
Aku sebut dalam hati sambil membuat isyarat tangan I Love You."Hah.. Apa benda tu. Sekali lagi boleh?."
Aduh la minah ni tak catch up pula. Nak buat sekali pun sejuk dah tangan aku ni. Muka ni pun tak tau apa cerita. Redha kan aje la.
"Tak boleh, sekali aje." Dengan muka sombong lagi tak boleh blah. Walaupun sebenarnya nak cabut lari dah ni.
"Hurm, ala kedekut la awak ni. Takpe la. Jom kita pergi dinner."
******************************
Lepas makan malam. Aku dan Erny naik ke bilik. Sekejap lagi prep malam akan bermula. Erny pula macam takde sebarang respon. Mungkin dia memang tak dapat tangkap kot maksud isyarat aku tadi. Tak pe la redha aje. Benda macam ni tak boleh rushing sangat. Buat biasa stay cool and steady. Kira macam pancing ikan. Ikan dan tersangkut kail, tarik slo-slow jangan rentap nanti terlepas. Tapi jantung aku ni dari tadi berdentam-dentum ni apahal pula. Relax la jantung.
Masa dalam kelas waktu prep malam. Takde apa yang memberansangkan. Semua pun Sel-sel saling berhubung. Tak tahu la kenapa malam ni rasa senyap semacam je. Rasa macam prep weekend pula. Aku pula takde mood nak study. Ye la, confession tadi takde sebarang respon. Hati sedih! Hati pedih!
YOU ARE READING
Ingatan Capaian Rawak (gxg)
Aléatoire"Beberapa tahun aku tidak menjejak kaki ke tanah air setelah aku berselisih faham.." "cikgu diorang ni nak buat lawak ke apa. Nama kelas sama dengan nama student." Istana Rock n Roll. Itu la nama pondok yang kami bina berdua. Terletak dibawah pokok...