BUDAK KELAS PERAK

258 6 0
                                    

90's
Sekolah Menengah Perempuan Pucuk Paku

Seperti yang dipraktikkan sekolah ini, apabila keputusan akhir peperiksaan pelajar cemerlang akan dimasukkan ke kelas ditukarkan ke kelas yang kebih baik dari sebelumnya. Pembahagian akan dibahagikan mengikut peratusan yang ditetapkan setiap bagi setiap kelas untuk menjaga kualiti.

Platinum 90% ke atas, Emas 80% ke atas,
Perak 66% ke atas dan yang lain akan ditempatkan ke kelas Gangsa. Kelas Gangsa bukan lah pelajar yang kurang pandai, tapi di sekolah ini mereka ada pelajar yang agak ke belakang sikit berbanding pelajar kelas yang lain.

Tahun ni mesti kawan yang sama juga. Tingkatan 4 Platinum. Muka yang sama juga. Bagi la muka lain sikit. Takde la bosan mengadap muka Diana je. Baru semangat sikit nak belajar. Di dalam kelas Platinum pelajar saling bertanding untuk mendapat tempat pertama. Bertanding secara sihat je, takde la sampai bermasam muka. Kami akan membuat study group dan mengulangkaji bersama. Siapa dapat keputusan paling cemerlang tu kira satu bonus, sebab sekolah akan mengadakan anugerah Platinum setiap pertengahan dan akhir tahun. Aku pernah mendapat sekali je. Itu pun sebab silibus yang aku belajar keluar bulat-bulat dalam exam. Mana tak melompat aku jawab paper.

Hari pertama persekolahan, beberapa orang pelajar baru dari kelas Emas dan Perak ditempatkan dalam kelas kami. Mereka ni antara yang cemerlang dikelas masing-masing hinggah dapat mencapai peratusan Platinum. Tahniah.

Tengah aku sibuk bersembang kosong dengan Diana dan dua orang rakan di meja belakangku, tiba-tiba cikgu masuk potong stim.

"Maaf cikgu. Ni cikgu perkenalkan Azharina Zahari pelajar dari kelas Perak yang telah mendapat keputusan cemerlang untuk menyertai kelas Platinum. Diharap semua pelajar membantu rakan baru kamu ini untuk terus kekal pada tahun yang akan datang. Azharina kamu boleh duduk di sebelah Putat. Eh maaf, Dayang Noraini." Riuh rendah kelas sebab cikgu terpanggil nama gelaran Dayang Noraini. Kesian dia, merah padam muka si Putat. Azharina hanya tersenyum simpul. Lumrah la kan. First day jadi pelajar baru di kelas ni, takkan dah nak tunjuk belang. Ada yang kena pulau sepanjang tahun pula. Tak pasal jadi kera sumbang di tepi tingkap.

Azharina mengambil tempat duduk di hadapanku disebelah Putat. Aku terpaku saat bertentang mata dengannya. Ya tuhan panjangnya bulu mata. Macam pakai maskara je. Melentik cantik macam arab. Aku yang terkedu saat tadi hanya melihat sahaja Azharina dari belakang. Diana yang menyedari perlakuanku itu, lantas mencucuk tanganku dengan pen. Aku terkejut dan mengaduh kuat. Sekelas memandang ke arahku. Diana yang mencetuskan keadaan tu cepat-cepat menerangkan yang jari aku tersepit di celah meja.

"Kau dah kenapa cucuk tangan aku. Kalau bocor kau nak ganti ke?" Aku bercakap nada perlahan tahap suara dari dada. Semput betul rasanya kalau cakap tak lepas ni.

Untuk tidak didengari orang lain. Diana lantas mengambil kertas dan menulis sesuatu.

(D) Yang kau terpegun tengok jiran si Putat sampai tak berkelip langsung mata tu kenapa?

(R) Cantik betul mata dia

(D) Kau jangan. Semua pun kau nak try

(R) Relaxlah, aku cuci mata je

Begitulah mesej bertulis antara aku dan Diana. Tanpa sebarang suara hanya nota menjadi tempat mengata orang. Diana hanya menepuk dahi dan menggelengkan kepala dengan jawapanku. Aku memang tak pernah kenal makna serik. Bagi aku, cuba selagi boleh. Tak cuba tak tahu.

Ingatan Capaian Rawak (gxg)Where stories live. Discover now