SEBAB AKU PERGI DAN KEMBALI

312 8 0
                                    

2018
Dalam kereta Anna Sofea
Menuju ke tempat istimewa

"Rhe, Rhe. Wei bangun kita dah sampai ni." Terasa bahuku dicuit.

"Mel"

"Mel kepala timun kau. Aku Anne. Kau mimpi apa je tadi kan. Aku sembang tadi boleh pula kau layan tidur. Mujur kau baru sampai sini. Kalau tak memang aku sekeh je"

Aku tersengih. Rasa macam dah lama tertidur. Lena betul aku diulit mimpi. Lamunanku bersambung di dalam mimpi. Hebat. Muka rasa sembab sangat. Aku mencari toilet untuk menyegarkan muka. Sejuknya air paip ni. Menggigil aku dibuatnya. Mana la Anna Sofea bawa aku ni. Alam bunian ke apa.

"Tempat apa ni. Dah la aku tak bawa sweater. Sejuk gila ni"

"Aku kan Doraemon. Ada sweater kat dalam kereta tu. Don't worry. Layanan Anna Sofea mesti tip top punya."

Sebelum memulakan aktiviti yang peting Sekali isi perut. Perut pun dah ada bunyi guruh. Dah la baru bangun, sejuk pula tu. Mestilah perut cepat lapar. Kami mencari restoran yang menghadap ladang strawberry. Rasa luas sangat pemandangan dan udara terasa sangat segar. Rasa macam nak duduk terus kat sini. Muka pun rasa flawless semacam.  Menu di sini pun kebanyakkannya berunsurkan strawberry. Aku mencuba waffle dan teh berperisa strawberry. Lepas ni nak rasa aiskrim pula. Walaupun sejuk. Tapi keinginan tu mengatasi kesejukan. Selepas itu, kami meneroka ladang dan merasai pengalaman memetik sendiri buah strawberry. Aku merasa sangat teruja. Banyak yang aku dapat petik. Buahnya manis dan sedap sekali.

Kami menuju ke kolam air panas setelah puas meneroka ladang strawberry. Di kolam air panas Portland ini terdiri daripada beberapa kolam mengikut tahap suhu kepanasan. Aku memilih yang sederhana panas. Kami menyalin pakaian mandi. Terasa segar dapat berendam di dalam air panas. Terasa release tension sekian lama asyik bekerja saja. Aku hampir terlelap dek kerana terasa selesa. Tempat ini siap ada pelayan untuk mengambil order sekiranya pengunjung ingin mencuba herba yang dibuat oleh mereka sendiri. Akar kayu yang diambil dipersekitaran kawasan ini membuatkan ianya lebih berkhasiat.

Matahari dah terpacak tepat dikepala. Kami pun keluar dari kawasan Portland dan mencari tempat makan. Perut dah mula lapar. Aku pun tak tahu kena rasa lapar je bila kat Bandar Timun Kontot ni. Aku nak sesuatu yang mengenyangkan untuk dimakan. Selesai makan, kami pun window shopping. Shopping kompleks ni, banyak sangat menyimpan beribu kenangan. Tempat ni juga lah tempat aku selalu dating dengan Melati. Tak habis lagi ingatanku dekat budak bunga ni. Begitu banyak shopping kompleks di Bandar Timun  ni, kenapa lah kat sini juga Anna Sofea bawa. Anna Sofea ingat tak pasal Melati. Mungkin tak kot. Tapi, maybe kalau aku bertanya boleh dapat jawapan. Nanti kat hotel lah baru tanya. Nanti spoil mood nak shopping pula. Melati..Melati apa khabar la awak sekarang ya. Masih cantik seperti dulu ke atau dah kahwin.

Makan dan window shopping. Itulah favourite aku dan Anna Sofea Kalau ikutkan rasa hati, ada saja yang nak aku beli. Sekali-sekala bercuti, apa salahnya manjakan diri. Kat Jantung Pisang (JP) aku jarang bershopping. Takde kawan dan takde masa. Aku lebih suka memasak daripada makan di luar. Maklum lah bandar besar, bergerak je. Duit pun keluar juga. Mana jalan sesak, nak bayar tol, minyak dengan parking lagi. Semua tu hanya membuang masa dan memenatkan. Erti kata semua pun perlu duit kalau duduk di bandar metropolitan.

Penat shopping, kami pun balik ke hotel. Sampai kat hotel, aku baring melepaskan lelah. Lenguhnya kaki. Rasa dah nak timbul urat kaki ni. Anna Sofea dah selamat berdengkur. Seronok betul dia ni. Letak kepala je terus boleh. Aku je la seorang diri terkebil-kebil mengadap siling. Awal lagi untuk waktu tidur. Walaupun mata ni dah berat. Lepas mandi nanti baru aku lelapkan mata sekejap.

******************************

"Rhe, dah dua hari kau kat sini. Kau tak nak jumpa nenda ke. Sampai bila kau nak duduk hotel ni. Banyak duit. Bak sikit. Belanja aku."

Ingatan Capaian Rawak (gxg)Where stories live. Discover now