INTRO

749 16 0
                                    

2018
Flight NC6258 ke Bandar Timun Kontot (BTK)

"Ladies and gentlemen, we will now demonstrate the use of safety equipment carried on board this aircraft. Please give your full attention to the cabin crew in front of you.
This is your seat belt. To fasten, insert the metal clip into the buckle and pull on the buckle strap to tighten the belt. To unfasten, lift the metal flap."...

Lama dah tak dengar safety demo ni. Kali terakhir aku mendengar pun entah la beberapa tahun yang lepas. Ada sedikit rasa berdebar sewaktu kapal terbang berlepas naik tinggi ke udara atau climbing. Seperti biasa aku akan mengalami Barotrauma iaitu keradangan pada telinga yang disebabkan oleh perubahan tekanan udara di dalam telinga. Nasib baik mummy dah pesan beli gula getah sewaktu di airport, bolehlah kurangkan sikit rasa Barotrauma tu.

Selepas beberapa ketika, kapten kapal akan memadamkan isyarat lampu tali pinggang kaledar dan memberikan announcement
"Ladies and gentlemen, the Captain has turned off the Fasten Seat Belt sign, and you may now move around the cabin. However we always recommend to keep your seat belt fastened while you're seated. You may now turn on your electronic devices."

Aku mula memandang ke luar tingkap tak menghiraukan apa yang cabin crew bebelkan. Seat tepi tingkap menjadi port favourite kalau fly seorang diri. Penerbangan yang mengambil masa hampir 4 jam ini membuatkan aku bosan. Takde kawan nak borak. Nak main game candy crush, tapi kepala rasa berat. Sudahnya, kepulan awan biru juga menjadi eye candy.

Beberapa tahun aku tidak menjejak kaki ke tanah air setelah aku berselisih faham dengan nenda. Kalau nak diingatkan kisah hidupku tidak la terlalu tragis dramatic cerita korea sangat. Tidak la juga ke tahap dibuang sewaktu bayi atau kes penderaan berat. Cukup la sekadar aku klasifikasikan sebagai pre-mental abuse.

Setiap kali aku menaiki burung besi, kenangan masa lalu akan menerpa bagai iklan tv13suku di benakku. Ada kalanya air jernih bergenang di hujung mata. Sampai bila aku teruskan ego ini, aku pun tak pasti. Walaupun aku hanya menjadi passive reader group whatsapp family besarku. Timbulkan diri sekali-sekala. Ucapan Selamat hari lahir untuk saudara-mara yang rapat. Bagaimanapun, air dicincang tak akan putus. Tidak dinafikan hubungan aku dan sepupu-sepupu yang lain sangat rapat.

Hidup diperantauan membuatkan diriku makin kuat dan tabah untuk hadapi tiap masalah dengan matang. Genap 8 tahun aku tidak menjejakkan kaki ke tanah air. Mesti banyak perubahan yang berlaku. Rasa rindu dihati kian mencengkam. Ah! Entah apa yang harus aku katakan bila berjumpa mereka. Walaupun mak long sekeluarga seringkali datang berjumpa denganku tapi itu tidak cukup untuk aku melepaskan rasa rindu pada kampung halaman. Kampung Kerbau Guling. Nama yang agak unik bagi pandanganku. Entah dari mana nenek moyang mendapatkan nama. Mungkin juga tengah meneroka ada kerbau tengah berguling. Entah lah, yang penting kampung Kerbau Guling aman dan sentosa dengan penduduk yang berbilang kaum.

Apa khabar mereka semua. Mampu kah aku berdepan dengan nenda. Syukur la hayat nenda dan tok ayah masih panjang. Aku selalu berdoa agar aku sempat untuk meminta maaf dengan mereka. Aku dengan tok ayah tidak punya sebarang masalah. Cuma aku tak boleh lagi berhadapan dengan mereka. Betul lah apa kata tok ayah. Aku dan nenda sama-sama degil dan juga ego yang tinggi. Sebab tu masing-masing hanya berdiamkan diri. Tapi aku tahu, aku yang sepatutnya meminta maaf walau siapa pun antara aku dan nenda bersalah.

Baru setengah jam berlalu di langit biru. Passenger seat sebelah dah dibuai mimpi. Aku mencuri menatap sejenak wajahnya. Persis seseorang yang pernah aku kenali. Alis matanya agak lebat tersikat rapi. Rambut ikal mayang ikatan ponny tail. Kuning langsat sedikit bekas jerawat di dahi.

Tengah asyik menatap wajah si kuning langsat. Tiba-tiba matanya sedikit berkedip seperti tersedar dari tidur lena. Aku cepat-cepat mengalihkan pendangan ke depan. Harap tak sedar aku tengah menatap wajahnya sebentar tadi. Bila aku menoleh semula pada, ternyata dia hanya mengalihkan posisi tidurnya. Nasib baik, kalau tak ada yang kenyang jelingan tapi mungkin juga senyuman. Aku masih lagi cuba mengingati mukanya seperti siapa. Adakah aku mengenali semasa zaman persekolahan atau di alam pekerjaan. Aku melihat semula awan nan biru sambil menangkap gambar kipas kapal terbang seperti orang lain juga. Nanti dah landing nak post kat Instgram dengan caption yang tidak berkaitan.

Puas snap gambar. Aku mula edit gambar guna filter pada application pada telefon bimbitku. Earphone aku pasangkan ditelinga. Memang itu la habit sejak azali, lagu akan menjadi salah satu sumber idea amaturku. Sedang asyik aku melakukan editing pada gambar. Satu nama muncul dari kotak ingatanku.

MELATI

Ya, nama yang telah lama terkubur dari memoriku. Seseorang yang telah membuatkan aku mengenal erti teman tapi mesra. Apa khabar agaknya dia sekarang. Aku pun dah miss count berapa lama kami tidak berjumpa.

Ingatan Capaian Rawak (gxg)Where stories live. Discover now