Ada di suatu sudut kau menyandarkan badanmu,
Di belah bata yang terpantul cahaya matahari engkau sandar menumpang bayangnya,
Engkau mahu rasa redup walau cahaya yang terik itu menyapa segenap dimensi ruangan,Engkau berasa penat dalam kelelahan yang dapat kau rebahkan di sudut itu,
Tetapi masih tempias terik matahari sememangnya kuat menembak bata-bata yang tak pernah merapatkan safnya, tahulah bangunannya usang. Silau itu tak terlalu kuat untuk membolehkan kau mengelak daripada ditembak percikan api di luar bumi.Bingungnya engkau merumitkan sesi rehat di suatu sudut itu,
Niat untuk menjadikan sudut itu bak ruang rehat dan rawat seakan kurang memenuhi citarasa,
Tidak cukup untuk mengecas semula kekuatan rohani,Apa bisa hidup di ruang legar santai tetapi engkau masih tercungap-cungap,
Kau simpan lidah panjang itu daripada terjelir,
Engkau benci disamakan anjing,
lalu engkau tenangkan diri agar ruangan jantung bisa mengembang menguncup menyedut seluruh oksigen dan menyingkirkan si nakal dioksida berkarbon,Bodoh, sudah 'fresh' di suatu sudut itu tetapi masakan rasa keletihan,
Mungkin cahaya matahari dikit dikit menyentuh diri tadi memanaskan sanubari,
Dan juga persepsi haiwan bodoh tadi menjengkelkan imaginasi tehadap diri,
Bisa juga bata ini belum cukup handal mengandal diri kau yang ingin bersembunyi,
Boleh juga sudut ini bukan ruangan yang tepat membelai hati yang inginkan lapangan harmoni,Ah engkau, ada ada saja. Tak cukup dengan keselesaan, mahu lagi kesengsaraan,
Tapi kan, kesengsaraan itu membunuh diri engkau untuk aku,
keselasaan yang ini hanya di sudut bata-bata yang kalah dengan cahaya matahari,Tak ke engkau mahukan aku?
![](https://img.wattpad.com/cover/74324355-288-k100324.jpg)
YOU ARE READING
Kalam Perasaan
PoetryPenulisan ini, terjemahan fikiran. Penulisan yang sama sekali tidak layak didengar oleh cuping telinga. Tetapi masih ingin disampaikan kepada pintu hati. Kepada para hati yang tersasar ke halaman ini, Aku buka jendela perasaan aku untuk kau selami...