Izinkan aku menulis tentangmu.
Di sini aku ingin mengaturkan kata-kata,
Jadikan ia jelaan ayat,
Isinya penuh cinta dan ketelusan,
Kala rintikan hujan memenuhi kelopak air,
Aku kesejukan diselimuti rindu,
Asingnya rasa ini,
Kerana dulu-dulu sejukku dipeluk suaramu menemani aku tidur,
Selimut yang paling selesa itu dendangan suara lunak kamu.
Mungkin aku rindu akan suaramu.Kala rembulan memutih di atas langit,
Dan bintang bersinar terang,
Aku rasa kita sepasang bulan dan bintang yang bahagia di atas kanvas langit yang hitam.
Langit itu sebagai para mereka yang mahukan cepat siang melenyapkan bulan dan bintang.
Mungkin aku rindu akan cabaran yang ditempuh oleh kita bersama.Senyum itu,
lirikkan yang tak terlalu melengkung,
Tak pula terbuka luas menampakkan besi biru,
Mata itu,
Kerlingan sisi mengintip pergerakan aku,
Tangan itu,
Yang menggenggam erat penumbuk geram kata-kataku,
Mungkin aku rindu akan tubuhmu.Lalu kiriman aku di sini,
Terbanglah bersama juangmu yang tinggi.***
Entahlah,
rindu ini terlebih hari ini,
Mungkin lama sudah tidak bersua.
YOU ARE READING
Kalam Perasaan
ŞiirPenulisan ini, terjemahan fikiran. Penulisan yang sama sekali tidak layak didengar oleh cuping telinga. Tetapi masih ingin disampaikan kepada pintu hati. Kepada para hati yang tersasar ke halaman ini, Aku buka jendela perasaan aku untuk kau selami...