KELABU.

24 3 0
                                    

Di setiap kata-katamu,
Cukup lurus lagi lirikal,
Ulasan mudah penuh kritikal,
Madah tinggi bahasa sabatikal,
Lontaran menusuk akal sinikal,

Masuknya laju berpuluh peluru,
Rangsang peluh biar aku perlu,
Sedarkan aku engkau seteru,
Yang paling aku sayang tetap kamu,
Sakitnya tertahan kerana nanti rindu,
Mati hidup semula tiada ada kamu,

Dandankan gayamu,
Biar aku kalis bait-baitmu,
Cantikkan hiasanmu,
Biar aku terpegun kelabu sendu,
Sentuh aku dengan matamu,
Biar aku lemas sayangkanmu,
Hidu aku dengan suaramu,
Biar aku bertemankan melodimu,
Sumpah aku mati hidup kembali,
Hanya kamu.

Sedarkan aku engkau seteru,
Yang paling aku sayang tetap kamu,

"Jika jalan ini tidak berakhir dengan kita,"

Engkau akan bersedia,

Kalam PerasaanWhere stories live. Discover now