Bila perlu,
kita bertemu,
Buat sekarang,
Biar saling cemburu,Biar tiba rasa hiba,
Terlintas memori tentang kita,
Memaksa keluar segala rasa,
Nanti juga tergerak jiwa,Biar ia membuak-buak,
Biar tertutup jadi terbuka,
Biar sampai rasa cita,
Ikhlas bersedia mahu bersua.Masa lalu jodoh kita,
Masa kini terputus seketika,
Masa depan penyambung cerita.
Biar kita dijawab masa.
YOU ARE READING
Kalam Perasaan
PuisiPenulisan ini, terjemahan fikiran. Penulisan yang sama sekali tidak layak didengar oleh cuping telinga. Tetapi masih ingin disampaikan kepada pintu hati. Kepada para hati yang tersasar ke halaman ini, Aku buka jendela perasaan aku untuk kau selami...