Habuk.

17 1 2
                                    

Ada yang lelah disitu,
Di bawah helaan dituturnya penat,
Lepas dibias segala prasangka,
Timbul pula rasa curiga,
Sekelumit hati terasa walau diam-diam disangka bisu.

Yang dilakukan dianggap picisan,
Pengabaian itu kau rangkum sumbing,
Teguhnya berkata serahan itu cindai,
Tidak,
digeleng tanda tidak setuju,
Tetap diambil buat tatapan bual bicara nanti.
Siap siaga nanti aku hadapi,
Walau semua itu tak terlaksanakan,
Dan kau hanya mengangguk tahu ia akan berlalu.

Megah tegap kerajaan majapahit,
Langkasuka tetap paling dekat,
Yang berperasaan itu adanya sakit,
Lambat laun itu kan disekat.

Puitis manis lidah ujar-ujaran,
Siap didengar setiap bait,
Terima sahaja setiap pengajaran,
Kau yang nanti semula terpalit.

Kalam PerasaanWhere stories live. Discover now